Permohonan Menggunakan NOSS Baru

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 1 yang telah bersidang pada 27 Jun 2012 telah memutuskan supaya permohonan menggunakan NOSS baru tidak perlu dikemukakan dengan serta-merta sebaliknya PB/PLK diberikan tempoh masa 6 hingga 12 bulan selepas NOSS baru diwartakan.

Mesyuarat juga memutuskan supaya PB yang memohon untuk pertukaran NOSS di mana tempoh pentauliahan program NOSS lama masih sah dan melebihi 6 bulan sebelum tarikh tamat pentauliahan, perlu mengemukakan bayaran pemprosesan sebanyak RM 200.00 per tahap dan tempoh latihan akan diberikan 3 tahun dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal 1  semasa.

Sekian, terima kasih.