MAKLUMAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PB YANG MEMPEROLEHI PENARAFAN CEMERLANG (“5 BINTANG” UNTUK PENGECUALIAN LAWATAN VERIFIKASI

1.Adalah dimaklumkan bahawa JPK telah meluluskan pengecualian lawatan verifikasi boleh diberikan kepada PB yang memperolehi penarafan bintang CEMERLANG (“5”) bagi program berkaitan dan jenis permohonan seperti berikut:

a.Pembaharuan permohonan pentauliahan;
b.Pentauliahan penambahan program bagi peningkatan tahap program yang sama; dan
c.Pentauliahan perubahan program NOSS jumud atau dikaji semula bagi program sedia ada

2.Sehubungan itu, pusat bertauliah yang berkenaan boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan untuk pengecualian lawatan bagi program yang mendapat penarafan CEMERLANG (“5 Bintang”) dengan melengkapkan  Borang Permohonan Pentauliahan Pusat Bertauliah dan Program Kemahiran (JPK/T/KAPPK/01) sedia ada beserta borang Maklumat Tambahan Bagi Permohonan PB Yang Memperolehi Penarafan Program Cemerlang Untuk Pengecualian Lawatan Verifikasi seperti di Lampiran 1. 

3.Bagi PB yang tidak mengemukakan permohonan pengecualian lawatan, lawatan verifikasi akan dijalankan mengikut prosedur sedia ada.

4.Kelulusan pengecualian lawatan verifikasi ini berkuatkuasa mulai 1 September 2014.

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran

Sumber: www.dsd.gov.my