Lepasan KV, pemegang Diploma/Ijazah bidang teknikal boleh ambil VTO?

Saya sering dapat pertanyaan ini dari pembaca blog di sini.

Jawapannya, BOLEH. anda layak jadi TENAGA PENGAJAR & juga PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (walaupun tanpa SKM tapi kena ada sijil induksi PP-PPD-PPB).
Sekiranya anda ambil VTO, anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP).
Cuma pastikan bidang kelayakan anda tu sudah ada dalam Daftar NOSS supaya anda dapat jalankan internship (praktikal mengajar di Pusat Bertauliah JPK awam/swasta) selama 6 bulan setelah habis kursus teori.

Sumber: Razidah binti Sagap, Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru, CIAST

Tarikh-tarikh pengambilan

1) VTO
Pengambilan akan datang: bulan Nov/Dis, akan ditentukan kemudian

2) Induksi PP-PPD
Tarikh: 8-9 Oktober di Kepong Metro Prima (sekiranya anda di negeri lain yg jauh, tolong maklumkan, mungkin ada alternatif)
Tarikh tutup: 30 Sept

Hasil Kerja Identifying WA RileksJika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-62429999 atau 012-3123430.

 

Kursus Induksi PP-PPD, PP-PPT & PPL bulan November & Disember

Kursus Induksi PP-PPD, PP-PPT, PPL & VTO bulan  November (KL)


Kursus VTO mulai 11 Dis

Yuran: RM2,700 atau RM500x6 bulan
Tarikh mula: Kepong Metro Prima (separa masa, setiap Ahad)
Masa: 10-5pm

Kursus Induksi PP-PPD bulan Nov & Dis

Tarikh: 5-6 Nov di Kepong Metro Prima, KL
Tarikh: 3-4 Dis di Kepong Metro Prima, KL

Kursus Induksi PPL bulan Nov

Tarikh: 19-20 Nov di Kepong Metro Prima

Kursus Induksi PP-PPT bulan Dis

Tarikh: 17-18 Dis di Kepong Metro Prima

Yuran: RM350
Masa: 8.30-5pm
Bank: Maybank 514589203020 (I Smart Educare)

141214 b

Borang: Boleh muat turun di sini

Pendaftaran: Isi borang dengan selengkapnya & emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran.

*Jika nak kami jalankan di tempat anda (kalau ramai peserta ~15 orang), kena maklumkan sekurang-kurangnya 1 bulan ke atas.

PROSES BAHARU PENDAFTARAN PELATIH 2016 PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam 1 Kemahiran,

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran telah memutuskan beberapa perkara berkaitan proses baharu pendaftaran pelatih Persijilan Kemahiran Malaysia seperti maklumat berikut:

1. Pendaftaran pelatih empat (4) kali setahun

1.1. Pendaftaran pelatih hanya dibenarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti Jadual 1.

Jadual 1: Penjadualan Pendaftaran Pelatih.

 Pendaftaran Pelatih di JPK  Pendaftaran di PTPK
 1 Januari- 28 Februari  1 Februari- 15 Mac
  April – 31 Mei  1 Mei-15 Jun
 1 Julai – 31 Ogos  1 Ogos- 15 September
 1 Oktober – 30 November  1 November-15 Disember

1.2. Kaedah baru ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017.
1.3. Pusat Bertauliah (PB) perlu memastikan pendaftaran pelatih hanya dibuat sekali dalam tempoh seperti ditetapkan dalam Jadual 1 bagi memastikan nisbah Pegawai Penilai (PP) adalah mencukupi dan memudahkan PB mengatur jadual latihan bagi kumpulan pelatih tersebut.

2. Pendaftaran pelatih dalam tempoh peralihan (sebelum 31 Dis 2016)

2.1. PB hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran pelatih dengan mengemukakan dokumen proses baharu pendaftaran pelatih.
2.2. Sekiranya bilangan pelatih yang hendak didaftarkan melebihi kapasiti sedia ada yang diluluskan, PB perlu mengemukakan dokumen sokongan dan komitmen seperti penjadualan PP, jadual penggunaan bengkel dan peralatan latihan serta kemudahan fizikal bagi pertimbangan Jabatan.
3. Penguatkuasaan Proses Baharu Pendaftaran dan Kapasiti Pelatih

3.1. Mulai 1 Jan 2017, semua PB hanya boleh mendaftarkan pelatih mengikut kapasiti yang telah diluluskan oleh Jabatan.
3.2. Mengikut peruntukan Akta 652, Seksyen 23, Bahagian 23, PB perlu menyediakan personel dan kelengkapan serta kemudahan peralatan yang mencukupi bagi tujuan pelaksanaan latihan kemahiran bagi memenuhi ketetapan jaminan kualiti di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
3.3. Kapasiti pelatih bermaksud bilangan pelatih yang telah diluluskan oleh JPK berdasarkan kepada dua (2) kriteria utama iaitu keupayaan PB menyediakan bilangan personel Pegawai Penilai (PP) dan kemudahan fizikal/mesin dan kemudahan lain-lain yang mencukupi. Secara prinsipnya, nisbah PP kepada pelatih ialah 1 PP:25 pelatih.
3.4. PB hendaklah memohon kelulusan JPK bagi tujuan penambahan kapasiti terlebih dahulu sebelum pendaftaran dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

i. Surat iringan permohonan;
ii. Borang penambahan kapasiti pelatih [JPK/T/KAPPK/01(P1)]
iii. Maklumat personel pentauliahan;
iv. Kemudahan fizikal; dan
v. Maklumat-maklumat lain yang menyokong permohonan.

3.5. Permohonan penambahan kapasiti pelatih hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
(u/p: Pengarah MOSQ)

4. Kadar Fi dan Caj bagi permohonan penambahan kapasiti.

Bermula 1 Julai 2016, semua permohonan penambahan kapasiti pelatih dikenakan bayaran RM 200 setiap program melalui pewartaan Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi Dan Caj) 2016 di Laman Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 8 Jun 2016.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Sumber: www.dsd.gov.my

Kursus Induksi PP-PPD, PP-PPT & VTO bulan Ogos & Sept (KL, Kuantan, Penang, Kedah)

Kursus Induksi PP-PPD bulan Ogos

Tarikh: 13-14 Ogos di Gambang, Kuantan
Tarikh: 27 & 28 Ogos di Shah Alam
Tarikh: 27 & 28 Ogos di Bedong, Kedah

Kursus Induksi PP-PPT bulan Sept

Tarikh: 3-4 Sept di Kepong Metro Prima

Yuran: RM350
Masa: 8.30-5pm
Bank: Maybank 514589203020 (I Smart Educare)

Kursus VTO mulai 20 Ogos

Yuran: RM2,700 atau RM500x6 bulan
Tarikh mula: 20 Ogos di USJ Sentral 3 (separa masa, setiap Sabtu)
Masa: 10-5pm

141214 b

Borang: Boleh muat turun di sini

Pendaftaran: Isi borang dengan selengkapnya & emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran.

* Yuran kursus istimewa RM100 ditawarkan kepada calon yang pernah ikuti kursus induksi yang sama dengan I Smart Educare dalam masa 2001-2016. PERLU BUKTI berikut: Salinan sijil induksi berkenaan.

*Jika nak kami jalankan di tempat anda (kalau ramai peserta ~15 orang), kena maklumkan sekurang-kurangnya 1 bulan ke atas.