Pembekuan Permohonan Pentauliahan Program Pemandu Pelancong (HT-023-3:2012) Bagi Permohonan Pentauliahan Baharu Atau Pentauliahan Program Latihan Tambahan

 

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pentauliahan program Pemandu Pelancong (HT-023-3:2012) dibekukan bagi permohonan pentauliahan baharu atau pentauliahan program latihan tambahan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pembekuan ini adalah selaras dengan pembekuan lesen Institut Latihan Pelancongan oleh Kementerian Pelancongan dimana pusat bertauliah / pusat latihan kemahiran yang ingin mendapatkan pentauliahan dari Jabatan bagi program Pemandu Pelancong perlu mendapat lesen Institut Latihan Pelancongan dari Kementerian Pelancongan terlebih dahulu. Pusat bertauliah / pusat latihan kemahiran juga dinasihatkan untuk merujuk kepada laman web Kementerian Pelancongan di http://www.motour.gov.my untuk maklumat terkini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi”

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran