Lepasan KV, pemegang Diploma/Ijazah bidang teknikal boleh ambil VTO?

Saya sering dapat pertanyaan ini dari pembaca blog di sini.

Jawapannya, BOLEH. anda layak jadi TENAGA PENGAJAR & juga PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (walaupun tanpa SKM tapi kena ada sijil induksi PP-PPD-PPB).
Sekiranya anda ambil VTO, anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP).
Cuma pastikan bidang kelayakan anda tu sudah ada dalam Daftar NOSS supaya anda dapat jalankan internship (praktikal mengajar di Pusat Bertauliah JPK awam/swasta) selama 6 bulan setelah habis kursus teori.

Sumber: Razidah binti Sagap, Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru, CIAST

Tarikh-tarikh pengambilan

1) VTO
Pengambilan akan datang: bulan Nov/Dis, akan ditentukan kemudian

2) Induksi PP-PPD
Tarikh: 8-9 Oktober di Kepong Metro Prima (sekiranya anda di negeri lain yg jauh, tolong maklumkan, mungkin ada alternatif)
Tarikh tutup: 30 Sept

Hasil Kerja Identifying WA RileksJika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-62429999 atau 012-3123430.

 

Mengapa ambil VTO? Kelayakan Pegawai Penilai (PP)

Kebelakangan ni, saya menerima banyak pertanyaan dari calon yang berkelayakan diploma/ijazah (bidang teknikal) samada mereka layak ikuti kursus VTO. Tujuan utama untuk mengambil VTO adalah supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah (walaupun ada yang perlukannya untuk mengajar secara kontrak di agensi-agensi kerajaan tertentu). Berikut adalah kriteria perlantikan Pegawai Penilai.

4.6.3.2 Kriteria

a. Warganegara Malaysia ;
b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
c. Berkhidmat di satu PB sahaja;
d. Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB (dianjurkan oleh I Smart Educare setiap 2 bulan, sesi seterusnya adalah seperti berikut:

1) Tarikh: 6-7 Ogos 16
Tempat: Kepong, KL)

2) Tarikh: 13-14 Ogos 16
Tempat: Gambang, Kuantane. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan;

dan
f. Memiliki :
i. SKM dalam program yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi program tahap 1 dan tahap 2;
ii. SKM/DKM/DLKM dalam program yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi tahap 3 ke atas;
iii. Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM;
iv. Ijazah dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM/DLKM; atau
v. Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh KPPK dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan.
dan
i. Sijil Kemahiran Malaysia dalam program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3); atau

ii. Mana-mana Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh KPPK.

Pengambilan VTO akan datang:

Tarikh mula: 20hb Ogos (setiap Sabtu)
Tempoh: 6 bulan
Internship: 6 bulan (mula selepas 6 bulan kelas teori & lawatan PPL) di Pusat Bertauliah pilihan anda yang menawarkan program kemahiran bidang andaUntuk urusan pendaftaran, sila emel ke ismarteducare@gmail.com atau hubungi pejabat di 03-62429999 atau Melvin di 012-3123430.