Program PVMA bantu selesai isu pelajar tercicir

SHAH ALAM – Pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim terhadap isu pelajar tercicir atau pelajar bermasalah boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

Sebaliknya menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak ILKS Bumiputera, Nordin Abdul Malek, masalah pelajar tercicir mungkin dapat diatasi dengan kelas pemulihan atau kelas kemahiran di sekolah.

“Pihak kami menghormati pandangan banyak pihak terhadap isu ini. Bagaimanapun saya lihat tidak ada penyelesaian terbaik yang disuarakan oleh kerajaan.

“Pada pandangan kami, isu pelajar tercicir sepatutnya sudah ada penyelesaian.Pelajar yang bermasalah atau tidak minat untuk mengikuti  kelas kemahiran, yang mana ia diisi dengan aktiviti yang boleh membimbing semula mereka,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya bekerjasama dengan pengusaha pusat latihan kemahiran bumiputera yang menguruskan Program Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kami berpengalaman lebih 20 tahun untuk menguruskan pelajar seperti ini dan kami mengambil pelajar mengikuti program kemahiran seawal tingkatan empat.

“Kami tawarkan kepada remaja atau pelajar yang kebanyakannya tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran akademik,” jelasnya.

Kelmarin, Kementerian KPWKM  mencadangkan hukuman buang sekolah digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan untuk pelajar bermasalah yang diisi dengan aktiviti yang boleh membimbing semula mereka.

Rohani menyarankan Kementerian Pendidikan menimbang  semula hukuman buang sekolah itu memandangkan kebanyakan pelajar yang dibuang sekolah lebih terdedah untuk bergaul dengan golongan yang salah dan terlibat dengan jenayah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kaji semula hukuman buang sekolah]

Menurutnya lagi, program itu mampu meringankan bebanan guru dalam mengawal selia pelajar di sekolah.

“Setiap sekolah ada kelompok yang dianggap berisiko tinggi yang tidak berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Mereka mempunyai sikap yang mengganggu keharmonian sekolah.

“Beban guru sudah terlalu tinggi. Mereka perlu fokus kepada pelajar yang mahu meneruskan pengajian dan dalam masa sama mereka perlu menumpukan perhatian kepada kelompok pelajar berisiko tinggi ini,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu jawatan kuasa ditubuhkan kementerian bagi menangani masalah tersebut.

“Saya cadangkan tubuhkan task force dan jemput kami sebagai ahli jawatan kuasa memandangkan kami mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam menguruskan kelompok pelajar tercicir,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Ulasan: Pelajar PVMA lazimnya tiada 5 kredit, jadi, boleh mohon sambung belajar di pusat latihan kemahiran di Pusat Bertauliah JPK, boleh cari di sini

Kursus Induksi PPL 15-16 April di Kuala Selangor (Cuti-cuti Malaysia)

Tarikh: 15-16 April 2017
Masa: 8.30-5pm
Tempat: I Smart Educare, Kepong Metro Prima
Yuran: RM350 + 10 (caj pengeposan sijil)Faedah kursus kepada pesertaBerpengetahuan mengenai Pentauliahan Persijilan melalui konsep Persijilan & Sistem Latihan Dual Nasioan (SLDN).
Peningkatan kelayakan personel untuk pembangunan kerjaya
Dapat menyediakan panduan & motivasi kepada masyarakat dan organisasi dalam aspek pembangunan & penilaian Pusat Bertauliah.Berpeluang menjadi Tenaga pakar Industri Negara (DPIN)
Persijilan yang diiktiraf oleh pihak Awam & SwastaFaedah kursus kepada organisasi-Mempunyai aset dalam aspek jaminan mutu pentauliahan Pusat Bertauliah
-Mempunyai personel yang berkelayakan & diiktiraf
Kualiti Pusat Bertauliah dan daya saing dapat ditingkatkan

Siapa yang patut hadir?
a) Calon Pegawai Pengesah Luaran
b) Calon Pegawai Pengesah luaran SLDN
c) PP-PPT yang ingin dilantik sebagai PPL-PPT
d) Individu yang terlibat dengan pengendalian Pusat Bertauliah

Kenapa perlu hadir?
a) Memenuhi syarat untuk menjadi PPL
b)Memahami tugas dan tanggungjawab PPL

Syarat
a) 18 tahun ke atas
b) Warganegara Malaysia atau PR
c) Telah lulus kursus induksi PP-PPD

Untuk pengesahan tempat anda, sila isi borang permohonan yg boleh dimuat turun dari sini http://jpkmalaysia.com/?attachment_id=603, kemudian emel kembali bersama slip bayaran ke ismarteducare@gmail.com.

Butiran Bank: I Smart Educare, Maybank 514589203020
Yuran: RM350 + 10 (caj pengeposan sijil)
* Kursus VTO batch baru mula 23/4/17

* Kursus Induksi PP-PPD 6-7 Mei 2017 

Klinik Bimbingan & Khidmat Nasihat Persijilan Program Kemahiran 2014

KLINIK BIMBINGAN & KHIDMAT NASIHAT PERSIJILAN PROGRAM KEMAHIRAN 2014

Klinik ini adalah bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada Pusat Bertauliah (PB) yang telah mendapat pentauliahan program kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Klinik ini merangkumi proses dan prosedur Pendaftaran Pelatih, Permohonan PPL dan Permohonan Sijil Pelatih. Selain daripada itu Klinik ini juga meliputi perkara-perkara berkaitan pelaksanaan latihan dan penilaian pelatih berasaskan NOSS format baharu dan lama melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Klinik ini akan dijalankan seperti maklumat berikut:

 

No SIRI

ZON

TARIKH

Tempat

01/2014

Utara

Akan ditentukan kemudian

Pulau Pinang

02/2014

Tengah

Selangor/Putrajaya

03/2014

Sarawak

Kuching

04/2014

Selatan

Melaka

05/2014

Sabah

Kota Kinabalu

06/2014

Timur

Terengganu

Masa:

8.00 pagi – 5.00 petang

Jumlah Peserta:

Dihadkan kepada 30 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PB.

Bayaran:

TiadaBayaranDikenakan.
(Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PB.  JPK akan menyediakan makan dan minum semasa sesi berkenaan)

Muat turun Dokumen

Borang Penyertaan PB

Jadual Program PB

Wakil PB  boleh merujuk kepada Jadual Pengendalian Klinik dan mengisi Borang Penyertaan Klinik Bimbingan dan Khidmat Nasihat yang disertakan. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah di fakskan ke 03-88862430 atau email kepada pegawai penyelaras berikut:

Mohammad Liza B Abdul Razak               Pn Norsahizem Bt Mohd Nor
Tel:03-8886 5507                                               Tel:03-8886 2309
mliza@mohr.gov.my                                     norshahizam@mohr.gov.my

Pn Rodzilla Bt Yahya Sharafuddin                                                                            Tel:03-8886 2443
rodzilla@mohr.gov.my

Pn.Raihan Bt Mohd Zayadi
Tel:03-8886 5860
Raihan.mz@mohr.gov.my

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi pegawai penyelaras tersebut.

Kursus Induksi PP-PPD bulan September

Tarikh: 7-8 Sept
Masa: 8.30-5pm
Tempat: I Smart Educare, Kepong
Borang: Muat turun di sini
Yuran: RM400 (termasuk makan/minum 3 kali sehari, nota, sijil, kos penghantaran sijil)
Bayaran atas: I Smart Educare, Maybank 514589203020

PERCUMA
1) Khidmat runding untuk medapatkan SKM secara PPT: Nilai RM100
2) Khidmat runding untuk mendapatkan akreditasi Pusat Bertauliah: Nilai RM300

Jadi, jika anda bercadang nak dapatkan SKM & mohon Pusat Bertauliah, pelaburan anda dianggap SANGAT BERBALOI, malah dapat sijil dari JPK (logo harimau), makan/minum PERCUMA!. Penginapan hotel – tak termasuk ya 🙂

Untuk maklumat lanjut atau daftar, sila emelkan borang anda ke:
ismarteducare [at] gmail.com atau hubungi 03-62429999 (Nora) atau 012-3123430 (Melvin)