Lulusan DKLM/DKM/DVM Layak Memohon dalam UPU 2018!

Berita baik untuk graduan kemahiran (DKLM/DKM/DVM), anda layak untuk membuat permohonan ke universiti awam menerusi permohonan UPU pada tahun hadapan.

Anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang berkaitan di 4 buah universiti yang dikenali sebagai Rangkaian Universiti Teknikal iaitu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universti Teknikal Malaysia (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein onn (UTHM)

Walau bagaimanapun, kami ingatkan bahawa permohonan anda tidak semestinya diterima kerana ianya bergantung kepada pertimbangan senat universiti. Untuk semakan senarai dan syarat kelayakan kursus yang ditawarkan mengikut kelulusan masing-masing, sila klik pada senarai dibawah:

Kategori Diploma Kemahiran Lanjutan Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Vokasional Malaysia/Diploma IPTS/diploma lain-lain

 

Untuk semak kursus mengikut kategori diatas berserta dengan syarat kelayakan, sila klik pada pautan berkenaan. Kemudian anda boleh ubah pilihan bidang, pilih kategori dan aliran semula. Kemudian akan terpapar kursus yang ditawarkan mengikut kelulusan anda.  Klik simbol “+” untuk semak syarat kelayakan secara spesifik. Jika mahu kursus yang spesifik buat carian terperinci dengan menaip kursus yang dinginkan.

Selamat Maju Jaya!