Category Archives: JPK

MAKLUMAN PELAKSANAAN SISTEM ESPKM VER 2.0 KEPADA SEMUA PUSAT BERTAULIAH (PB) DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA(SPKM)

Ruj : JPK /700/43/1 Bil ( 50 )
Tarikh : 25 Oktober 2017

Salam Sejahtera dan Salam Kemahiran,

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem eSPKM Ver 2.0 bagi memantapkan proses sedia ada dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Mulai 1 Ogos 2017, penggunaan Sistem eSPKM Ver 2.0 ini telah dibuat secara Pilot Projek kepada semua PB Melaka untuk pendaftaran pelatih dan penilaian. Susulan daripada itu, Jabatan akan memperluaskan penggunaan sistem ini kepada semua PB lain. Sehubungan itu, semua PB hendaklah mengunakan Sistem eSPKM Ver 2.0 berkuatkuasa 1 November 2017 melalui capaian http://staging.skkm.gov.my/espkm Sebarang pertanyaan berkaitan penggunaan sistem ini bolehlah menghubungi helpdesk 03-8886 5527 dan 03-8886 2309.
Sekian,Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi ’’
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

 

Muat turun Dokumen

save Makluman Pelaksanaan

save Carta Alir Proses Pendaftaran Pelatih

save Senarai Semak Pendaftaran Pelatih

save Panduan Penggunaan Sistem eSPKM Versi 2.0

Malaysia needs 45pc skilled workforce by 2030

KUALA LUMPUR, Oct 20 — At least, 45 per cent of the total workforce need to be skilled workers by 2030 to help realise Malaysia’s goal as a developed high income nation, says Yayasan Melaka International College chief executive Datuk Saroni Judi.

He said in this regard, the skilled workforce needed to be upgraded with continuous training to be more competitive in employment and to command higher earnings.

“Efforts in empowering TVET (Technical and Vocational Education and Training) have resulted in TVET gaining more recognition in the world for its role in the economic development of the country.

“Malaysia has almost 28 per cent skilled workers and targets to raise it to 35 per cent by 2020, while a developed nation like Switzerland has almost 50 per cent skilled manpower,” he added in a statement here today.

Saroni said investment in education was important to contribute to the wellbeing of the people inclusively and sustainably where the government through human resource development programmes allocated RM50 million to create competitive workers at global level.

Apart from that, the government was also committed to ensure TVET was implemented effectively by recognising the field as the third thrust in the 11th Malaysia Plan (11MP), he said. — Bernama

TEMPOH MASA PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL SKM/DKM/DLKM/PC DI BAWAH PUSAT BERTAULIAH (PB)

Ruj     : JPK/700/51 Jld 13 (  31   )

Tarikh : 3 Oktober 2017

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku,

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang dalam proses penambahbaikan pengurusan Sijil SKM/DKM/DLKM/PC di bawah kendalian Jabatan ini.

Sehubungan dengan itu, PB adalah dinasihatkan supaya membuat semakan status permohonan lengkap  pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC kepada JPK selepas tiga (3) bulan daripada permohonan Sijil dikemukakan kepada JPK sekiranya masih belum menerima Sijil tersebut. Sekiranya PB gagal untuk membuat semakan status Sijil tersebut selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan lengkap, PB dikehendaki mengemukakan bukti-bukti permohonan pengeluaran Sijil terdahulu sebagai bukti pengesahan kepada JPK.

Selain itu, bagi PB yang telah menerima Sijil SKM/DKM/DLKM/PC tetapi terdapat kesilapan pada Sijil  tersebut, PB hendaklah mengemukakan permohonan pembetulan Sijil tersebut dalam tempoh dua(2) bulan selepas tarikh cetakan Sijil tersebut.

Peraturan baharu ini berkuatkuasa bagi permohonan pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC yang diterima bermula 1 November 2017.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Pusat Bertauliah JPK di KL/Selangor DIKEHENDAKI & Kolej (MQA) untuk DIJUAL

 

Berikut adalah PB JPK & Kolej (program MQA) yang nak dijual

1) PB yang berdaftar dengan PTPK (lesen tamat 2020) untuk 1 program di Lembah Klang (Lesen & premis yg telah diubahsuai cantik bernilai RM1 Juta ++ dijual pada harga RM400K shj – siapa cepat, dia dapat)
Dikemaskini pada 26/7 (Telah DIJUAL)
Tinggal PB di Johor, Perak & Terengganu.
2) Kolej dengan KDN di Perak & PJ (RM4 & 5 Juta)
3) Kolej tanpa lesen KDN (RM1.1 juta, tapi sebab nak cepat, sekarang cuma RM850K!!!* T&C apply)

Jika berminat, sila hubungi 012-3123430.

Jika anda ada Pusat Bertauliah yang ingin dijual (buat masa ni cuma minat Lembah Klang sahaja), sila hubungi saya.

PINDAAN PENGUATKUASAAN PROSES BAHARU PENDAFTARAN PELATIH 2016 PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Ruj : JPK/700/43/1 ( 15 )
Tarikh : 15 Dis 2016

Salam Sejahtera dan Salam 1 Kemahiran, Adalah dimaklumkan merujuk kepada hebahan pemakluman penguatkuasaan proses baharu pendaftaran pelatih 2016 Persijilan Kemahiran Malaysia dengan rujukan JPK/700/43/1 (6) bertarikh 28 Julai 2016 (Baca artikel di bawah), JPK telah memutuskan penguatkuasaan sepenuhnya akan bermula 1 Jan 2018. Namun begitu pelaksanaan pendaftaran empat(4) kali setahun berkuatkuasa 1 Jan 2017.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi”

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Ruj : JPK/700/43/1 ( 6 )
Tarikh : 28 Julai 2016

Salam Sejahtera dan Salam 1 Kemahiran,

Adalah dimaklumkan Jabatan telah memutuskan beberapa perkara berkaitan proses baharu pendaftaran pelatih Persijilan Kemahiran Malaysia seperti maklumat berikut:

1. Pendaftaran pelatih empat (4) kali setahun

1.1. Pendaftaran pelatih hanya dibenarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti Jadual 1.

Jadual 1: Penjadualan Pendaftaran Pelatih.

 Pendaftaran Pelatih di JPK  Pendaftaran di PTPK
 1 Januari- 28 Februari  1 Februari- 15 Mac
  April – 31 Mei  1 Mei-15 Jun
 1 Julai – 31 Ogos  1 Ogos- 15 September
 1 Oktober – 30 November  1 November-15 Disember

1.2. Kaedah baru ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017.
1.3. Pusat Bertauliah (PB) perlu memastikan pendaftaran pelatih hanya dibuat sekali dalam tempoh seperti ditetapkan dalam Jadual 1 bagi memastikan nisbah Pegawai Penilai (PP) adalah mencukupi dan memudahkan PB mengatur jadual latihan bagi kumpulan pelatih tersebut.

2. Pendaftaran pelatih dalam tempoh peralihan (sebelum 31 Dis 2016)

2.1. PB hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran pelatih dengan mengemukakan dokumen proses baharu pendaftaran pelatih.
2.2. Sekiranya bilangan pelatih yang hendak didaftarkan melebihi kapasiti sedia ada yang diluluskan, PB perlu mengemukakan dokumen sokongan dan komitmen seperti penjadualan PP, jadual penggunaan bengkel dan peralatan latihan serta kemudahan fizikal bagi pertimbangan Jabatan.
3. Penguatkuasaan Proses Baharu Pendaftaran dan Kapasiti Pelatih

3.1. Mulai 1 Jan 2017, semua PB hanya boleh mendaftarkan pelatih mengikut kapasiti yang telah diluluskan oleh Jabatan.
3.2. Mengikut peruntukan Akta 652, Seksyen 23, Bahagian 23, PB perlu menyediakan personel dan kelengkapan serta kemudahan peralatan yang mencukupi bagi tujuan pelaksanaan latihan kemahiran bagi memenuhi ketetapan jaminan kualiti di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
3.3. Kapasiti pelatih bermaksud bilangan pelatih yang telah diluluskan oleh JPK berdasarkan kepada dua (2) kriteria utama iaitu keupayaan PB menyediakan bilangan personel Pegawai Penilai (PP) dan kemudahan fizikal/mesin dan kemudahan lain-lain yang mencukupi. Secara prinsipnya, nisbah PP kepada pelatih ialah 1 PP:25 pelatih.
3.4. PB hendaklah memohon kelulusan JPK bagi tujuan penambahan kapasiti terlebih dahulu sebelum pendaftaran dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

i. Surat iringan permohonan;
ii. Borang penambahan kapasiti pelatih [JPK/T/KAPPK/01(P1)]
iii. Maklumat personel pentauliahan;
iv. Kemudahan fizikal; dan
v. Maklumat-maklumat lain yang menyokong permohonan.

3.5. Permohonan penambahan kapasiti pelatih hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
(u/p: Pengarah MOSQ)

4. Kadar Fi dan Caj bagi permohonan penambahan kapasiti.

Bermula 1 Julai 2016, semua permohonan penambahan kapasiti pelatih dikenakan bayaran RM 200 setiap program melalui pewartaan Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi Dan Caj) 2016 di Laman Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 8 Jun 2016.

Sekian terima kasih.