Nak tahu cara dapatkan DKM jika sudah ada SKM3?

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam MQF

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Ia berada di Tahap 4, setara dengan Diploma dalam sektor Teknikal & Vokasional@DVM dan sektor Pengajian Tinggi@Diploma MQA.

Diploma Kemahiran Malaysia - Takrif Tahap NOSS

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengarus perdana program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, sekarang lepasan SKM3 bukan sahaja boleh sambung ke Diploma Kemahiran Malaysia tetapi juga Diploma MQA (akademik) di Institusi Pendidkan Tinggi Swasta (IPTS), tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila baca Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), juga boleh diperolehi melalui tiga (3) kaedah utama.

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga (3) kaedah

3 Cara Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf

Kaedah melalui program latihan di institut latihan kemahiran @ pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) awam ataupun swasta bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu.

#Sekiranya anda tak tahu Pusat Bertauliah Swasta mana yang baik serta menawarkan program DKM yang anda nak sambung

Permohonan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia


2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

Namun, bukan semua program yang tersenarai dalam Daftar NOSS ditawarkan di Pusat-pusat Bertauliah JPK ataupun Pusat SLDN, terutamanya DKM, Tahap 4.

Juga, program DKM yang ditawarkan di Pusat Bertauliah (PB) ataupun SLDN biasanya sepenuh masa dan makan masa yang panjang (rata-ratanya 12 bulan di PB & 3 bulan Latihan Industri). Anda mungkin tidak dapat berhenti kerja dari syarikat anda sekarang untuk belajar, jadi kaedah PPT adalah lebih sesuai.

Diploma Kemahiran Malaysia - Tempoh Latihan

* Sekiranya anda memerlukan khidmat runding untuk mendapatkan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau membeli Pusat Bertauliah yang sedia ada, sila hubungi min di 012-3123430.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Anda mungkin telah kerja sejurus selepas dapat SKM3 dan telah kerja beberapa tahun dalam bidang berkaitan. Ataupun tak pernah pun belajar di pusat latihan kemahiran untuk dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia tetapi dah lama berkecimpung di sesuatu bidang kemahiran tertentu.

Kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan DKM anda adalah melalui pengalaman terdahulu (kerja atau latihan). Anda dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Apakah Syarat Permohonan DKM secara PPT?

Diploma Kemahiran Malaysia - Syarat Umum Permohonan Secara PPT
Diploma Kemahiran Malaysia - PPT ikut tahap

Berbanding dengan permohonan SKM-PPT, DKM-PPT melibatkan pembangunan portfolio DAN Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT)

Diploma Kemahiran Malaysia - LPKT

Saya rasa baik saya berhenti di sini kerana artikel ni cuma nak kongsi 3 cara utama anda boleh dapatkan DKM anda. Kalau nak tahu cara permohonan (Panduan dan langkah-langkahnya) SKM/DKM/DLKM secara PPT, boleh rujuk laman Persijilan Kemahiran Malaysia melalui PPT.

Jika masih keliru, tak yakin ataupun takda masa nak fahamkan dengan baca banyak sangat panduan yg diberikan, boleh pertimbangkan untuk ikuti Bengkel Pembangunan Portfolio & LPKT yang kami jalankan untuk bimbing anda dari A-Z.

Jika DKM bukan pilihan anda selepas SKM3, boleh baca sini untuk pilihan yang lain.

2 thoughts on “Nak tahu cara dapatkan DKM jika sudah ada SKM3?

  1. Pertanyaan saya tuan,saya mempunyai skm3 elektronik industri,tapi sy kerja skrg bukan elektronik industri,sy krja sebagai pembantu pejabat..boleh ka ambil DKM dlm bidang pembantu pejabat…

    1. Eysios, boleh dengan syarat anda ada pengalaman min 5 tahun dalam bidang pentadbiran pejabat & memenuhi syarat standard NOSS pentadbiran pejabat Tahap 3 & 4.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *