DKM/DLKM-PPT layak sambung ke Sarjana Muda BTech UTHM melalui APEL

No photo description available.

Berita baik untuk mereka yang mengambil DKM,DLKM secara “PPT” dan sedang bekerja dalam bidang berkaitan bidang kursus sekurang-kurangnya 2 tahun. Kalau beminat untuk menambah ilmu pengetahuan di peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang Teknologi, saya difahamkan pusat APEL sedia utk memproses permohonan anda bagi mengikuti program Sarjana Muda Btech di UTHM. Untuk maklumat lanjut sila hubungi APEL centre UTHM.

Sumber: Dikongsi oleh Prof Madya Dr Razali Hassan, UTHM

Komen: Selain UTHM, Unimap, UTEM & UMP (yang lebih dikenali sebagai MTUN) yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda bidang Teknologi untuk lepasan DKM/DLKM (Tanpa SPM), UniRazak, KL bersama ISE Education Sdn Bhd juga menawarkan program URiseDiploma Profesional & Eksekutif Bachelor Pengurusan Industri, KHAS untuk pemegang/graduan TVET/SKM/DKM/DLKM (juga tak perlu SPM DAN tak perlu ujian APEL).

Program URise ini membolehkan graduan TVET/SKM/DKM/DLKM:

  1. Merasai program akademik pengajian tinggi tanpa terlalu membebankan (cuma 6-9 bulan, blended (online + tutorial bersemuka). Ia bagaikan matrikulasi.
  2. Peluang mendapat diploma/ijazah sarjana muda walaupun tiada SPM dengan bajet yang sederhana serta masa yang jauh lebih singkat berbanding program penuh status MQA.
  3. Membantu graduan TVET meningkatkan daya saing serta keupayaan untuk naik pangkat ke peringkat pengurusan, setelah adanya kemahiran teknikal.
  4. Meningkatkan status sosial graduan TVET.
Borang ni untuk pendaftaran/tunjuk minat program URise sahaja (sila hubungi APEL centre UTHM jika ingin tahu lebih lanjut mengenai kemasukan ke UTHM)

8 thoughts on “DKM/DLKM-PPT layak sambung ke Sarjana Muda BTech UTHM melalui APEL

  1. Assalamualaikum , saya Mohd Hafiz Bin Parmin. Saya ingin bertanya, saya kelulusan diploma politeknik dalam bidang kejuruteraan Mekanikal Automotif, ada tak program ijazah sarjana muda yg mode part time. Sekarang saya berkhidmat dalam Skim DH bawah kementerian pendidikan malaysia.

  2. Saya bakal menduduki SKM tahap3 dlm bidang urutan terapi.. soalan saya.. selepas lulus SKM.. boleh ke saya terus mengambil IJjazah tanpa mengambil DKM terlebih dahulu? Dan ada ke bidang yang saya ceburi ini untuk peringkat ijazah?

  3. 1. Sya hendak bertanya , saya memiliki diploma DKM dlm bidang automotive dan degree didalam bidang pengurusan.
    2. Saya penah memohon untuk sambung belajar di Uitm skudai tetapi permohonan saya ditolak atas sebab tiada Surat pengesahan.

      1. Saya memohon program Master of Philosophy . Tiitle reaserch Advantage of hybrid system in automotive industry. Saya sudah pertanyaan pulak utm mahukan surat pengesahan dari Skm.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *