EKSPO TVET MALAYSIA

Ekspo TVET Malaysia 2018 bertujuan untuk memberikan kesedaran awam kepada masyarakat mengenai penjenamaan TVET Malaysia yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 27 September 2017 di ADTEC Shah Alam, Selangor.

Penganjuran ekspo yang julung kali diadakan dengan penglibatan tujuh (7) Kementerian TVET dan institusi TVET swasta di negara ini dipenuhi dengan pelbagai acara dan program berkaitan TVET termasuk karnival kerjaya, peluang pendidikan dan latihan, pameran produk/inovasi TVET dan seminar termasuk berkenaan gelombang Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Ekspo yang akan dibuka kepada orang ramai ini akan mengumpulkan pengamal TVET, pelajar, pihak industri dan individu dari seluruh negara yang merupakan modal insan yang penting dalam membangunkan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing menerusi bidang TVET.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *