Mengapa ambil VTO? Kelayakan Pegawai Penilai (PP)

kelaykan pegawai penilai

Apakah Kelayakan Pegawai Penilai?

Kebelakangan ni, saya menerima banyak pertanyaan dari calon yang berkelayakan diploma/ijazah (bidang teknikal) samada mereka layak ikuti kursus VTO. Tujuan utama mengambil VTO adalah supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah JPK – salah satu kelayakan Pegawai Penilai (walaupun ada yang perlukannya untuk mengajar secara kontrak di agensi-agensi kerajaan tertentu). Berikut adalah kriteria perlantikan Pegawai Penilai.

Kriteria

a. Warganegara Malaysia ;
b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
c. Berkhidmat di satu PB sahaja;
d. Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB (dianjurkan oleh I Smart Educare setiap 2 bulan, sesi seterusnya adalah seperti berikut:

1) Tarikh: 6-7 Ogos 16
Tempat: Kepong, KL)

2) Tarikh: 13-14 Ogos 16
Tempat: Gambang, Kuantan. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan;

dan

f. Memiliki :
i. SKM3 dalam program yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi program tahap 1 dan tahap 2;
ii. SKM/DKM/DLKM dalam program yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi tahap 3 ke atas;
iii. Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM;
iv. Ijazah dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM/DLKM; atau
v. Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh KPPK dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan.
 
dan
 
i. Sijil Kemahiran Malaysia dalam program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3); atau

ii. Mana-mana Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh KPPK.

Pengambilan VTO akan datang:  

Tarikh mula: 20hb Ogos (setiap Sabtu)
Tempoh: 6 bulan
Internship: 6 bulan (mula selepas 6 bulan kelas teori & lawatan PPL) di Pusat Bertauliah pilihan anda yang menawarkan program kemahiran bidang andaUntuk urusan pendaftaran, sila emel ke ismarteducare@gmail.com atau hubungi pejabat di 03-62429999 atau Melvin di 012-3123430.

7 thoughts on “Mengapa ambil VTO? Kelayakan Pegawai Penilai (PP)

  1. hi salam sejahtera, sy nk tnya brkenaan wim untuk kursus kod dibawah
    EE-022-2:2013
    EE-022-3:2013
    dan berapa u wim tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *