Kumpulan pertama lulusan diploma kemahiran lanjut pengajian di MTUN September ini

PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) — Kumpulan pertama pelajar lulusan diploma kemahiran bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) pada sesi pengajian September ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) secara prinsipnya bersetuju supaya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diambil kira untuk kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda sekiranya pemohon sudah mempunyai diploma atau diploma lanjutan dalam bidang kemahiran.

“Sebelum ini, dia (lulusan diploma kemahiran) tidak boleh masuk universiti sebab perlu tengok SPM, tetapi kalau dia dah ada diploma yang lebih tinggi daripada SPM, kita mahu supaya mereka diberi pengiktirafan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPKK, di sini hari ini.

Sumber: http://www.bernama.com

Komen: Bukan setakat MTUN je yang boleh terima, ada juga Universiti Awam (UA) dan dalam masa yang tak jauh lagi UA/IPTA serta IPTS pun mungkin boleh berbuat demikian.
Admin pun telah menerima panggilan baru-baru ni dari salah sebuah UA untuk membincangkan kerjasama.
Sekiranya IPTS anda berminat, boleh hubungi admin juga di ismarteducare@gmail.com atau 012-3123430 untuk bincangkan butirannya.

2 thoughts on “Kumpulan pertama lulusan diploma kemahiran lanjut pengajian di MTUN September ini

  1. As Salam,

    Macamana saya nak tau perkembangan berkenaan berita tersebut.
    Mohon pencerahan , sbb anak saya baru saja selesai menjalani ujian Apel pada 13hb Feb yang lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *