Kursus Induksi PP-PPD-PPB bulan April


Tarikh: 28-29 April 18 (Tinggal 5 tempat lagi setakat 20/4)
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kepong Metro Prima, KL
Yuran: RM350 (termasuk minum pagi, makan tengah hari, nota & sijil dari JPK)
Untuk pendaftaran, sila muat turun borang di sini
Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi 03-62429999 atau 012-3123430

Kursus Induksi PP-PPD-PPB ialah kursus bagi individu mengetahui tentang sistem dan cara perlaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM & DKM) di sesebuah Pusat Latihan Kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Siapa yang patut menghadiri kursus ini ?

  1. Individu yang ingin bekerja di kolej / pusat latihan kolej kemahiran swasta atau kerajaan, tak kira pemegang SKM, diploma ataupun ijazah bidang kemahiran.
  2. Individu / syarikat / badan / pertubuhan yang ingin membuka kolej / pusat latihan kemahiran.

 
Siapa yang diwajibkan untuk menghadiri dan mempunyai sijil Kursus Induksi PP-PPD-PPB ?
 
  1. Pegawai Penilai (PP) - Individu yang akan menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar) di kolej / pusat latihan kemahiran swata dan kerajaan (bersama sijil SKM & VTO)
  2. Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) - Individu yang akan menjadi Pegawai Pengesah Dalaman (penyelia tenaga pengajar) di kolej / pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaaan.
  3. Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) - Individu yang akan menjadi Pengurus Pusat Bertauliah (pengurus) di kolej / pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan.
  4. Pegawai Pengesah Luaran - Individu yang ingin menjadi Pegawai Pengesah Luaran (penyelia luar) untuk Persijilan Kemahiran Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *