Kursus Pembangunan WIM PERCUMA

Kursus Pembangunan WIM ini bertujuan memberi pendedahan kepada tenaga pengajar Pusat Bertauliah Awam dan Swasta berkenaan pembangunan Pelan Mengajar, Kertas Penerangan, Kertas Tugasan dan Kertas Kerja berasaskan NOSS (DESCUM).

KANDUNGAN KURSUS

  1. Pengenalan JPK
  2. Pengenalan NOSS
  3. Carta Alir Proses Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis
  4. Carta Profil Kompetensi – CPC
  5. Profil Kompetensi – CP
  6. Kurikulum Unit Kompetensi – CoCU
  7. Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Teori
  8. Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Amali

KUMPULAN SASARAN

Terbuka di kalangan tenaga pengajar Pusat Bertauliah Awam dan Swasta sebagai persediaan sebelum melaksanakan bengkel pembangunan WIM.

KEMUDAHAN

Kursus ini adalah percuma. Penginapan dan makan minum disediakan. Kursus akan dijalankan di Institut Latihan Awam (ILA)/1MTC/Hotel dengan menggunakan fasiliti penginapan dan kemudahan premis berkaitan.

MUAT TURUN

HUBUNGI KAMI

  (T) 03-5543 8200   (F) 03-5543  8274   (e-MEL) upf@ciast.gov.my
Nama Pegawai Samb e-Mel (@ciast.gov.my)
En. Salim bin Amil  8299 salim
En. Mohd Yusri bin Pardi  8275 myusri
En. Mohd Ozahir bin Mat Palal  8286 ozahir

10 thoughts on “Kursus Pembangunan WIM PERCUMA

  1. Salam sejahtera, saya Alvin Ng pelajar KV MATA Kuantan bakal graduan. Saya ingin memohon untuk kursus dalam bidang pengajaran, ingin tahu selanjutnya tentang kursus WIM.

    1. Salam sejahtera Alvin, jika ingin jadi pengajar kemahiran, anda perlu ambil kursus-kursus berikut:

      1. Induksi PP-PPD
      Tarikh: 22-23 Jun di Kajang
      RM350 untuk 2 hari

      2. VTO
      Pengambilan Julai mula sekarang
      Kursus separa masa: 360 jam (hujung minggu shj) selama 6 bulan + 720 jam (internship sepenuh masa di Pusat Bertauliah seperti KV)
      RM3,500 + RM100 pendaftaran

      Bank: ISE Education Sdn Bhd, Maybank 514589385943

      Sekiranya jadual & tempat sesuai dengan anda, sila isi muat turun borang dari sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *