Graduan DVM perlu pengecualian lulus SPM Sejarah? Laluan DVM ke IPT

Apakah laluan graduan DVM ke IPT sekarang?

Selama ni, banyak persoalan mengenai apakah sebenarnya laluan graduan DVM ke IPT. Ada yang kata perlu lulus sejarah SPM, ada yang kata perlu kredit BM SPM. Ya, sebelum ni, memang kena lulus sejarah SPM & kredit BM SPM untuk cohort 2013-2016. Namun, sekarang dah tak perlu, buat masa ni untuk IPTA/UA sahaja.

Sila rujuk kepada syarat kredit BM SPM & lulus Sejarah SPM terkini, kriteria tersebut telah DIGUGURKAN, mulai 20 Nov 2019.

* Namun, ia masih bergantung kepada senate universiti masing-masing dan keperluan syarat kemasukan program masing-masing.

Untuk IPTS, nampaknya syarat ini masih terpakai.

laluan graduan DVM ke IPT
Kemasukan ke Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) untuk graduan DVM

Untuk cohort selepas 2016 pula, perlu ada program pengukuhan (Bridging program).

Kelayakan masuk:

1. Lulus Diploma Vokasional Malaysia (DVM)/Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 tertakhluk kepada kelulusan Senat/Lembaga Akademik IPTS tersebut ATAU

2. Lulus DVM/DKM/DLKM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 serta sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman kerja dalam bidang berkenaan.

Walaupun ini bukan perkara baru, namun masih ada lagi pembaca yg tanya tentang penyetaraan SVM & SPM. Jadi bacalah kenyataan dari KPM ini.
Ingat, graduan KV boleh ambil ijazah Sarjana Muda di IPT dengan 2 keadaan, sila rujuk atas

laluan graduan DVM ke IPT
Laluan graduan DVM ke IPT

Nota: Sekiranya anda ada apa-apa pertanyaan mengenai kemasukan ke IPTA, sila rujuk dengan UPU atau IPTA berkenaan.

Min cuma ada maklumat jika anda berminat untuk sambung belajar di IPTS@Unirazak, KL:

Diploma – Pengurusan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Perakaunan

Ijazah Sarjana Muda – Perniagaan, Pengurusan, Pendidikan, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Perakaunan (akreditasi CPA), Percukaian & Kepimpinan.

Sekiranya anda tiada DVM, SVM ke SPM tetapi ada SKM sahaja, masih ada peluang melanjutkan ke IPTS.

Program yang layak diambil adalah Diploma Professional & Bachelor Eksekutif Pengurusan Industri / Executive Bachelor in Industrial Management (EBIM) (boleh dibiayai dengan KWSP).

Dan sekiranya anda ada pengalaman kerja, berumur 21 tahun ke atas, juga boleh melanjutkan pelajaran ke ijazah sarjana muda melalui laluan APEL A.

Kemasukkan Julai 2020

4 thoughts on “Graduan DVM perlu pengecualian lulus SPM Sejarah? Laluan DVM ke IPT

    1. Bergantung kpd IPTS, rata-ratanya masih perlu. Namun, ada IPTS tertentu yang boleh menerima graduan DVM tanpa memenuhi kredit SPM dengan menduduki ujian APEL.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *