Masuk Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) Tak Perlu SPM lagi!!!

Image may contain: text
No photo description available.

Komen: Berita baik buat semua lepasan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Sepintas lihat, nampak seperti semua pemegang DKM, DLKM dan DVM tanpa SPM pun dah boleh masuk UA untuk sambung program Ijazah Sarjana Muda. Namun, lebih baik anda semak dengan setiap UA berkenaan kerana ia memerlukan kelulusan Senat Universiti.

Semua Universiti dan Kolej Universiti tertakluk di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU).

Semak Bahagian IV, Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 27.

Kalau nak ubah, kena ubah atau buat pindaan Akta Universiti tu baru boleh digunapakai secara keseluruhannya.

Jika betul anda bersijilkan DKM/DLKM/DVM dan masih tak diterima UA sebab tiada SPM dan masih ingin mendapatkan ijazah (bidang pengurusan industri) dari IPTS (Universiti Swasta di KL), sila isi borang tunjuk minat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *