PEMAKLUMAN PELAKSAAAN SISTEM SEMAKAN STATUS PENGELUARAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA(DKM)

PEMAKLUMAN PELAKSAAAN SISTEM SEMAKAN STATUS PENGELUARAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA(DKM)

Tarikh :  12 November 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN SEMAKAN STATUS PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Dimaklumkan PB/Pemohon bolehlah membuat semakan status permohonan persijilan SKM/DKM melalui link di bawah :

https://www.skkm.gov.my/esijil/semak-status

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada sistem tersebut, pengguna boleh membuat aduan pada Sistem Aduan IT dengan menghantar emel skkm@mohr.gov.my atau hubungi helpdesk di talian 03-88862468/2335/5516.

Kerjasama dari semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih

Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

47 thoughts on “PEMAKLUMAN PELAKSAAAN SISTEM SEMAKAN STATUS PENGELUARAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA(DKM)

  1. hi selamat petang , saya student iktbn alor gajah ingin tanya bagaimana kalau sijil jpk hilang? apa patut saya buat untuk dapatkan semula sijil tersebut.

    minta jasa baik tuan /puan untuk tunjuk ajar bagaimana saya dapatkan semula sijil saya

    terima kasih

  2. saya bekas pelajar ilp,selepas tamat course.saya tidak penah ambil sijil saya…bagaimana cara utk saya dptkan sijil saya smula

  3. Assalamualaikum di sini saya ingin bertanya saya belajar di ikm lumut selepas habis belajar terus berkerja dan sijil tersebut saya tak ambil sebab habis convo tersebut sijil masih belum siap. Sekarang ni sijil sudah tiada bila cek dekat ikm sijil tersebut tak simpan saya belajar tahun 2000 – 2001. Bila cek dekat jpk tiada rekod dan telah hubungi pihak mara kata kena cek dekat jpk jugak kenapa boleh jadi macam ni. Sbb mara tidak mengeluarkan sijil tersebut. Di tempat kerja saya dipelukan ambil sijil tahap 3 untuk selaraskan semua jawatan sebagai foreman. Saya dah buntu dgn masalah ni minta pihak tuan dapat menolong saya.

  4. slm
    saya lepasan ilp (diploma) dan telah selesai membayar yuran (tidak membuat pinjaman ptk)
    so saya hanya dapat 3 sijil setelah selesai pengajian
    sijil skm 1,2,3 saya pihak ilp masih pegang ke ada pada siapa??
    grad 2016

    bila check status sijil di link atas tiada sebarang maklumat

    mohon pencerahan

  5. SAYA ADA BUAT SKM TAHAP 2 DAN 3 DALAM PROGAM PPT.SAYA TELAH DISAH KAN LULUS..BAGI MENGETAHUI SIJIL DAH SIAP.SAYA PERLU MINTA DENGAN SIAPA.SAYA NA GUNA UNTUK TEMU DUGA SPA.

  6. Saya redzuan bin bakri. Pelajar ikm kk.. bagai mana nak chek nama saya yg sudah daftar skm tahap 3 aircond

    1. Maaf Redzuan, anda kena semak dgn IKM KK. Sepatutnya kalau dah daftar, ada resit pendaftaran & senarai nama pendaftaran dari JPK dan kamu sepatutnya masukkan dalam portfolio calon.

  7. Salam, saya nak bertanya, sijil skm3 saya ada pada kawan saya, pada hari pemberian sijil saya mintak kawan baik saya ambilkan sebab saya berada di perak, kawan saya ada di tempat saya belajar selangor. Pada hari saya datang rumah nak ambil sijil dia cakap ada pada anak sedara dia sebab rumah selerak cat untuk hari kenduri, nanti dia pos, bila saya mintak suruh pos,dia cakap nak pos tapi sampai sekarang tak pos, saya nak smbung belajar ambik vto pon susah sekarang, boleh ke mintak balik sijil skm tu dari pihak jabatan kemahiran malaysia terus, sebab saya tidak mahu bergaduh dengan kawan saya kerana macam macam alasan dia bg sampai satu masa dia cuma baca sahaja wassup saya tanpa reply bila saya mntak no tracking pos laju. Sedih sangat sebab saya nak sambung vto tak dapat sebab sijil tu tiada.

  8. Assalamualaikum..sya pelajar dari iktbn chembong..dh sem 4 tp sya tak pernah tau cgpa berapa..bila check kt ekampus tidak ada

  9. Asalamualaikum..wbt
    anak saya mendapat diploma kemahiran malaysia tahap 4 penyelenggaraan pesawat.
    nak mohon masuk IPTA awam perlukan transkrip..dimanakah saya boleh dapatkan transkrip diploma tersebut?

  10. Salam sejahtera.
    Sijil vto saya hilang macam mana nak mohon sijil ganti sebab panduan dan surat akuan yang ada hanya untuk sijil skm dan dkm.

  11. Saya ingin cuba untuk mendapatkan diploma kemahiran original saya di tempat saya menuntut tapi akademi tempat saya menuntut itu suda ditutup. Di mana saya boleh berurusan untuk mendapatkan diploma dan sijil2 skm tahap 2 dan 3 saya?

  12. Boleh kah sijil peringkat pertengahan mlvk dari ilp dinaik taraf ke diploma atau sebagainya….kursus di ilp tahun 89 hinhga 91

    1. Hamdan, anda boleh mohon SKM3 dgn sijil pertengahan anda.
      Lepas tu, mohon DKM secara PPT dgn pengalaman kerja yg anda ada.
      Boleh rujuk sini – SKM-PPT

  13. Salam admin , sy nak tanya . suami sy pernah ambil SKM pada tahun 2008 . jadi , sijil dia telah hilang . sekarang , dia ingin mendapatkan semula sijilnya , namun dia telah lupa tentang detail SKM nya dulu . sy ada terbaca , jika borang permohonan tidak lengkap , borang tersebut tidak akan dilayan . jadi , macam mana ye suami sy nak dapatkan sijil nya kembali ?

  14. assalamualikum , saya telah mengikuti kursus induksi PPL pada tahun 2016 , tetapi sijil saya itu sudah hilang, bagaimanakah saya ingin mendapatkannya semula
    tkasih

    1. Salam En Abdul Ghani, adakah anda telah dilantik sebagai PPL selepas ambil induksi masa tu?
      Dan bulan berapa yg anda ambil sijil tu?

  15. Salam, nak tanya saya kv rintis. Kalau sijil hilang macam mana ye? Belajar 4 tahun (2012-2015) tapi tak habis ojt.

  16. Saya telah tamat SKM tahap 3 tetapi tidak pernah dapat apa2 sijil Dan apa bila mintak tempat pertauliahan tidal dapat memberi.

  17. Saya telah tamat dkm kktm bulan 12 2018..masa konvo saya tak pergi..dimanakah saya boleh tuntut sijil dkm saya?

  18. As salam admin mcm nak dpt kan semula sijil SKM tahap 1.2…. Kolej tu dah pindah…. Sya x ambl lgi sijil saya tu dri tahun 2009..

  19. Salam..anak saya belajar di sebuah college utk sijil skm 2/3 dan diploma cng 6 bln..tempuh yg ditetapkan 27 bln termasuk practical.skrg pihak college salahkan jpk kerana persoalkan hour tak cukup..utk pengetahuan anak saya cuma ada kelas 2 hari saje seminggu..saya tak paham ini silap pihak jpk @ college..skrg college suke hati memanjangkan tempoh belajar tanpa ada hitam puteh bersurat..boleh tak saya ambil tindakkan ke atas college ini..@jpk..

    1. Pagi Pn Marlina, 2 hari seminggu? Kursus separa masa ke? Program apa ya? Kolej mana tu?
      Lazimnya, Tahap 2&3 akan ambil masa 18-24 bulan, bergantung kepada program & C&G dilaksanakan serentak, jadi 27 bulan sepatutnya cukup.

      1. Kolej silverpoon dipuchong..saya rasa tertipu tidak seperti dijanjikan.mereka sesuka hati info dekat pelajar.tiada hitam puteh surat @email kepada ibubapa utk sebarang tibdakan mereka.saya cuba tekefon no 03 88865589 utk aduan tidak berangkat..letih saya pikir cara.utk pengetahuan anak saya ambil sepenuh masa..tapi pelik seminggu 2 kali saje.cuti byk..mula saya bising kenape budak sijil dgn diploma sama..mereka ckp nanti bln 3 utk sijil habis utk diploma diteruskan tapi bln 3 tangguh bln 6..tunggu bln 6 ini dapat tahu anak3 ckp sambung bln 9..exam bln 5…suka3 mereka ke? Tu saya nak jpk siasat..klu betui silap mereka sata nak saman silvsrspoon
        .jgn smpi anak3 tak berminat belajar boleh hubungi saya 011-16656020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *