PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN, PELAKSANAAN DAN PENSIJILAN BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI MELALUI SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Ruj    :     JPK/702/1/10 Jld. 14 (       )

Tarikh :     14 September 2018

PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN, PELAKSANAAN DAN PENSIJILAN BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI MELALUI SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa permohonann pentauliahan dan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapai Terdahulu (PPT) bagi NOSS bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti disenaraikan dalam Jadual 1 adalah dibekukan berkuatkuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Jadual 1 :

Senarai NOSS Berkaitan Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari

No. Kod NOSS Nama NOSS Tahap
 1 MP-080-3:2011 Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga 3
 2 MP-081-3:2011 Aromaterapi 3
3 MP-082-3:2011 Urut Terapi 3
4 MP-082-4:2012 Urut Terapeutik & Penjagaan 4
5 MP-071-1 Pembantu Juruterapi Aura Metafizik 1
6 MP-071-2 Juruterapi Aura Metafizik 2
7 MP-071-3 Juruterapi Kanan Aura Metafizik 3
8 MP-070-2 Pembantu Juruterapi Ais-Hidro 2
9 MP-070-3 Juruterapi Ais-Hidro 3
10 MP-090-3:2011 Terapi Reiki 3
11 MP-091-3:2011 Terapi Qi Gong 3
12 MP-092-3:2016 Terapi Panchakarma Ayurvedik 3
13 MP-030-3:2015 Perkhidmatan Crystal Healing 3
14 MP-110-3:2011 Terapi Bekam Angin 3
15 MP-031-3:2016 Perkhidmatan Tuinology 3
16 Q869-002-4:2016 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 4
17 Q869-002-5:2016 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 5
18 Q869-004-3:2016 Perawatan Ruqyah 3
19 Q869-004-4:2016 Perawatan Ruqyah 4
20 Q869-004-5:2016 Perawatan Ruqyah 5

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

10 thoughts on “PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN, PELAKSANAAN DAN PENSIJILAN BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI MELALUI SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

  1. saya berharap jpk menarik balik pembekuan ini! kami merupakan program pendidikan khas integrasi yg menjalankan kursus mp-080-3:2011 refleksologi kaki tangan dan telinga! Bengkel refleksologi pun telah kami set up dgn inisiatif dan sokongan daripada ibu bapa! di sekolah, kursus ini merupakan satu-satunya tumpuan murid berkeperluan khas yg mengikuti KSSMPK. saya amat berharap pihak JPK memandang serius perkara ini dan menyedari bahawa pembekuan memberi implikasi yg amat besar kpd kami!

    1. Cikgu Lily?

      Memang dah ditarik balik pun 🙂

      Ruj : JPK/702/1/10 Jld. 14 ( 30 )

      Tarikh : 11 Oktober 2018

      Pembatalan Pembekuan Pentauliahan Bagi NOSS Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

      Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah mempertimbangkan dan bersetuju membatalkan pembekuan permohonan pentauliahan bagi NOSS bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti disenaraikan dalam Jadual 1 berkuatkuasa serta-merta. Sehubungan itu, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (27) bertarikh 24 September 2018 adalah terbatal.

      Jadual 1 :Senarai NOSS Berkaitan Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari

      No. Kod NOSS Nama NOSS Tahap
      1 MP-080-3:2011 Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga 3
      2 MP-081-3:2011 Aromaterapi 3
      3 MP-082-3:2011 Urut Terapi 3
      4 MP-082-4:2012 Urut Terapeutik & Penjagaan 4
      5 MP-071-1 Pembantu Juruterapi Aura Metafizik 1
      6 MP-071-2 Juruterapi Aura Metafizik 2
      7 MP-071-3 Juruterapi Kanan Aura Metafizik 3
      8 MP-070-2 Pembantu Juruterapi Ais-Hidro 2
      9 MP-070-3 Juruterapi Ais-Hidro 3
      10 MP-090-3:2011 Terapi Reiki 3
      11 MP-091-3:2011 Terapi Qi Gong 3
      12 MP-092-3:2016 Terapi Panchakarma Ayurvedik 3
      13 MP-030-3:2015 Perkhidmatan Crystal Healing 3
      14 MP-110-3:2011 Terapi Bekam Angin 3
      15 MP-031-3:2016 Perkhidmatan Tuinology 3
      16 Q869-002-4:2016 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 4
      17 Q869-002-5:2016 Penjagaan Ibu Selepas Bersalin 5
      18 Q869-004-3:2016 Perawatan Ruqyah 3
      19 Q869-004-4:2016 Perawatan Ruqyah 4
      20 Q869-004-5:2016 Perawatan Ruqyah 5

      Sekian, terima kasih.

      “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
      “Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

      Ketua Pengarah
      Jabatan Pembangunan Kemahiran
      Kementerian Sumber Manusia

          1. Pn Munirah, sila hubungi Institut Sosial Malaysia

            Lot PT 13856,
            Km 6 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban,
            Sungai Besi,
            57100 Kuala Lumpur,
            Malaysia.

            Tel: 03-7985 3333
            Fax: 03-7985 3300

    1. Maaf Ana, kami tiada.
      Anda boleh beli dari JPK Cyberjaya/Putrajaya ataupun kalau nak kami tolong belikan pun boleh, nanti emel kpd kami kod program yang nak dibeli.

  2. Minta maaf, terlupa nak masukkan sekali maklumat berikut:

    Saya mencari Kursus Urut Terapi untuk diri saya yang menetap di Klang, Selangor. Di manakah pusat latihan yang paling dekat dengan tempat saya?

    Adakah kursus ini boleh di ambil secara part-time? Jika tidak, berapa lama jangka masa setiap kursus?

    Saya tidak ada apa-apa sijil kemahiran lagi tetapi saya berhajat untuk dapatkan SKM 3 untuk bidang Urut Terapi ini. Boleh admin, terangkan kepada saya bagaimana proses yang perlu saya lalui sehingga saya mendapat SKM 3 ini?

    Terima kasih.

    1. Maaf Liyana, tiada Pusat Bertauliah JPK yg tawarkan program ni di Klang tapi KL.
      Juga, nak tahu, adakah anda perlu pinjaman atau boleh bayar sendiri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *