Persamaan dan Perbezaan Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

(PP vs TP) Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

PP vs TP: Tahukah anda persamaan dan perbezaan pegawai penilai (PP) dan tenaga pengajar (TP)?

Pertama sekali, mari kita lihat apakah takrif kedua-dua istilah ini.

“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN SISTEM LATIHAN PROGRAM BERTAULIAH (SLaPB) DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN
(PERSONEL PENTAULIAHAN
)
Ha, nampak tak perbezaannya? Ataupun nampak sama je?

Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar

  1. Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
PP vs TP: Kritiria Lantikan PP
PP vs TP: Syarat Kelayakan PP
PP vs TP: Kriteria Lantikan TP

a) Dari 3 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.

b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP tetapi WAJIB untuk PP.
Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda (> 3 tahun ke atas secara amnya) tetapi masih tiada SKM lagi, bolehlah mohon SKM secara PPT (Berdasarkan pengalaman kerja & bukti ketrampilan, tak perlu ikuti kursus berbulan/tahun lamanya)

c) Juga, PP WAJIB ada Sijil Pegawai Latihan Operasi/Vokasional (I-031-3:2014) @ VTO (yang merupakan syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional) atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).

Harap maklum, sijil NCS TTT adalah TIDAK setaraf. Ia cuma boleh dijadikan untuk kelayakan sebagai PP program Modular sahaja.

2. Kedua, ketahuilah peranan & tanggungjawab PP vs TP. Bolehlah katakan peranan & tanggungjawab PP jauh melebihi TP tetapi itulah yang menjadikan PP lebih diperlukan oleh Pusat Bertauliah JPK (awam & swasta) berbanding TP.

4.6.1 Peranan dan tanggungjawab Tenaga Pengajar (TP)
a. Mengajar pelatih dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih;
b. Mematuhi arahan yang ditetapkan oleh PP

Gabungan PP & TP

Sekarang, mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan PP & TP untuk mengoptimumkan kapasiti pelatih di Pusat Bertauliah SLaPB anda.

Jadual seterusnya pula menunjukkan lantikan PP untuk program SKM/CU bagi program sepenuh masa (FT) & separa masa (PT)

Akhir sekali adalah jadual lantikan PP & TP di PB yang berlainan.

Kesimpulannya, skop Pegawai Penilai adalah jauh lebih besar berbanding dengan Tenaga Pengajar. Oleh itu, permintaannya (peluang kerja PP) lebih tinggi di PB berbanding TP.

Kursus Percuma Penjana Kerjaya

Jika anda berminat jadi Pegawai Penilai (PP) tetapi masih tidak memenuhi mana-mana syaratnya, berikut adalah pautan ringkas untuk mendapatkan kelayakkan yang diperlukan.

  1. Sijil induksi PP-PPD-PPB
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  3. Sijil VTO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *