Kursus Induksi PPL, PP-PPT, PP-PPD-PPB & SLDN

Kursus Induksi JPK 2020

Kursus induksi JPK 2020 disambung selepas penangguhan selama 4 bulan disebabkan PKP.

Kursus Induksi PP-PPD-PPB

Sesi induksi PP-PPD-PPB yang pertama selepas PKP, pada 18-19 Julai telah penuh. Begitu juga dengan sesi yang berikutnya:
15-16 Ogos – PENUH
12-13 Sept – PENUH
3-4 Okt – PENUH
10-11 Okt – PENUH (Vangohh Eminent Hotel, Penang).
TERKINI (20/10) – Sesi 24-25 Oktober hampir penuh, ditunda ke 19-20 Dis kerana PKPB.
* Jika anda baru diambil kerja bawah Insentif Penjana Kerjaya, anda boleh suruh majikan anda mohon kursus ini secara PERCUMA untuk anda.

kursus induksi JPK 2020

Who should attend this induction course? / Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni?

a) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels / Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK):
i) Assessor / Pegawai Penilai (PP)
ii) Internal Verifier / Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)
iii) Centre Manager / Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)
b) Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre / Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah
c) External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first / Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) – Need to attend PPL Induction Course
d) Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System / Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Kursus Induksi PPL

Seperti induksi PP-PPD-PPB, induksi PPL juga telah ditunda dari 17-18 Okt ke 12-13 Dis disebabkan PKPB.

kursus induksi JPK 2020

Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas
  3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Objektif kursus induksi PPL:

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Peluang memang banyak, ada yang mungkin dapat rezeki 5 angka sebulan jika buat dengan baik secara sepenuh masa.

Kursus Induksi PP-PPT

Seperti induksi PP-PPD-PPB & induksi PPL, induksi PP-PPT juga telah ditunda dari 7-8 Nov ke 9-10 Jan 2021 disebabkan penundaan kursus induksi PP-PPD & PPL dan PKPB.

Kursus Induksi JPK 2020

Siapa yg patut hadir?

1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

Jika berminat, sila muat turun borang Borang Permohonan Induksi
Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat. Anda juga perlu membuat bayaran kepada penganjur sebanyak RM350 atas Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd untuk pengesahan tempat.

Kursus Induksi SLDN

Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.

Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?

Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
– Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
– Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
– Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
– Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
– Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN

NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN

Kursus Induksi SLDN telah ditunda ke 28/11 kerana lanjutan PKPB

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-27819937 ATAU Melvin@012-3123430 ATAU
www.wasap.my/60163066096/DaftarInduksiPP-PPD

Percetakan sijil kursus induksi JPK 2020 (mulai Jan 2020)

Untuk makluman semua, percetakan sijil induksi JPK (PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL) mulai tahun 2020 adalah diusahakan oleh peserta sendiri.
Ia boleh dicetak sendiri dari www.skkm.gov.my. Pihak JPK TIDAK AKAN CETAK lagi sijil induksi.

Itulah sebabnya semua peserta perlu daftar dalam sistem dulu, sebaik-baiknya 2 minggu sebelum tarikh kursus kerana perlu masa untuk disemak oleh pihak urusetia.

Anda boleh cetak sijil induksi anda setelah keputusan telah ada (biasanya 1-3 bulan lamanya) dan telah dikemaskini dalam www.skkm.gov.my. Kertas yang digunakan boleh je A4 70gm, 80gm, kadbod…. suka hati andalah.

Adakah ini akan menyebabkan isu sijil palsu berlaku? Ya, mungkin juga pada pendapat min. Jadi, nak tahu betul ke tak, perlu la juga semak dalam sistem skkm.gov.my nanti.

Apa komen anda?

Jangan adu pada admin ya, kami cuma maklumkan sahaja, bukannya pembuat keputusan