Tahukah anda sijil induksi PP-PPD, PP-PPT & PPL sekarang sah untuk tempoh 3 tahun?

Ya, tempoh 3 tahun tu dikira selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel. Syarat ini cuma kuatkuasa untuk mereka yang telah ikuti induksi selepas Mac 2015 (supaya adil untuk peserta yang lama kerana tidak berkuatkuasa sebelum tu).

Sekiranya peserta kursus tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan peserta perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.

Periksa mula, 20 soalan objektif
Ada yang cepat habis, ada yang sempat pose lagi 😀
Muka ceria selepas periksa
Semua gembira, nampaknya LULUS kot haha
Min tak terampil ambil gambar secara wefie, kena ambil kursus fotografi ni 😛

Selesailah induksi PP-PPT dua hari pada 16&17 Mac di I Smart Educare, anjuran ISE Education Sdn Bhd.
Ada je benda baru setiap tahun.😂
Contohnya sekarang mohon Sijil Kemahiran Malaysia dan juga PP-PPT secara online di www.skkm.gov.my, bakal PB akan secara auomatik jadi PB-PPT dsbgnya.

Jadi, jika anda dah ikuti kursus induksi lama sangat, tak kira PP-PPD, PP-PPT ke PPL, DAN tak pernah aktif/dilantik, digalakkan juga anda ikuti semula jika ingin aktif kerana banyak benda dah berubah. Anda kena ikuti perkembangan terkini supaya tak salah info.

Ni adalah 2 induksi terdekat sebelum Puasa nanti:

Induksi PP-PPD
30-31 Mac

Induksi PPL
27&28 April (Setakat hari ni, cuma 1 sesi seluruh bulan April kalau ikut jadual di CIAST)


DAFTAR SEKARANG kerana tempat TERHAD

NOTA:
1. TIADA Induksi PPL-PPT – sila baca lebih lanjut
2. Anda perlu tahu cara nak pilih penganjur

2 thoughts on “Tahukah anda sijil induksi PP-PPD, PP-PPT & PPL sekarang sah untuk tempoh 3 tahun?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *