Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diterima di industri dan luar negeri ke?

Contoh SKM bidang VTO (I-031-3:2014) – Pegawai Latihan Vokasional – WAJIB untuk Pegawai Penilai (PP)

Apakah faedah Persijilan Kemahiran Malaysia?

1. Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Realitinya, tidak lagi semua industri tetapi pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama Industrial Lead Body (ILB) memang sentiasa berusaha ke arah itu.

Tetapi untuk sesetengah industri seperti bengkel servis kenderaan, Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan Motor telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac 2018 di mana antara lain bakal mewajibkan pengusaha memiliki lesen khas mengendalikan perniagaan itu.

Begitu juga untuk sektor perkhidmatan kecantikan dan dandanan rambut, sesetengah pihak berkuasa tempatan seperti MPAJ & MPS dikatakan mensyaratkan pengusaha atau pekerjanya perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk memohon lesen premis.

Difahamkan juga sektor air akan mewajibkan sesetengah pekerja dalam bidang tertentu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia menjelang 2020.

2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Ini dah terbukti dengan kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur dimana seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Ia telah terbukti bahawa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni memang laku dan jauh lebih bernilai dari sijil-sijil lain, tak kira tempatan ke luar negeri seperti UK.

Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).


Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun JPK.

Jadi, jelas bahawa nilai SKM/DKM/DLKM ini amat besar, cuma ramai yang masih tidak tahu menghargainya.

Sekiranya anda ada lebih info yang nak kongsi dengan admin, sila komen ya.

2 thoughts on “Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diterima di industri dan luar negeri ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *