SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

SKM-PPT

SKM-PPT – satu kaedah memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan SKM-PPT?

Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).

Siapa Yang Boleh Memohon?

Permohonan adalah dibuka kepada semua bidang yang tersenarai di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS)

Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi?

Faedah kepada individu

  • Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
  • Penganugerahan SKM-PPT dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
  • Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.

Faedah kepada majikan

  • Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
  • Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
  • Meningkatkan imej syarikat 

Faedah kepada negara

  • Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
  • Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
  • Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
  • Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara

Berapa Bayaran Yang Dikenakan?

Bayaran permohonan sebanyak RM300/tahap bagi setiap program hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank atau Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ yang memiliki tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.  Bayaran dalam bentuk tunai, wang pos dan lain-lain tidak akan diterima;

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon SKM-PPT?

1. Kenal pasti bidang anda dengan muat turun Daftar NOSS.

2. Lepas tu, beli NOSS dari:
a) www.myspike.my (cuma sah setahun sahaja dan tidak sesuai untuk dicetak – alignment semua lari)
b) JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – Cara terbaik jika anda berdekatan ataupun perlu pergi ke sana.
c) Hubungi kami – Cara terbaik jika anda nak cepat ataupun tinggal jauh
Namun, tajuk NOSS terhad.

3. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (dah tahu lakukan aktiviti tersebut dan ada BUKTI kukuh).

4. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.myspike.my

5. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri) ATAU
• Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
• Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
• Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM
* Boleh muat turun taklimat pelaksanaan Laporan Pengalaman Ketrampilan Terdahulu (LPKT) untuk keterangan lanjut.

Bagi yang sudah ada Siil Kemahiran Malaysia (SKM) Asas/Pertengahan/Tinggi, anda layak mohon SKM/DKM/DLKM yang lebih tinggi dalam bidang yang sama.

PERLU BANTUAN LANJUTAN PERMOHONAN SKM-PPT (walaupun telah baca panduan permohonan) ?

a) Boleh dapat mengenali lebih melalui kursus induksi PP-PPT* yang dianjurkan dari masa ke semasa (purata 3 kali setahun)
b) Khidmat runding atau bengkel (3 hari untuk SKM, 5 hari untuk DKM/DLKM)* – Sila wasap atau hubungi 012-3123430

*Induksi PP-PPT
Tarikh: 18-19 Dis 2020 (Rujuk sini untuk jadual 2020)
Masa: 8.30-5pm
Yuran: RM350 (termasuk nota, minum pagi & makan tengah hari, sijil dari JPK)

Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Siapa yg patut hadir?
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)
4) Pusat/syarikat yang ingin mohon sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) (perlu ada PP-PPT)

Jika berminat, sila muat turun borang Borang Permohonan Induksi
Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran (Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd) untuk pengesahan tempat.

 1.Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT?
 Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
  
 2.Mengapa saya perlu memohon PPT?
 PPT dapat:
Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; danMeningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan.
  
3.Siapakah yang layak memohon PPT?
 Terbuka kepada individu yang mempunyai kekompetenan melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atau latihan (formal atau tidak formal).
  
4.Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM-PPT?
 Anda perlu
Mengenalpasti bidang dan tahap yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini.Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT.
  
5.Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS?
 Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
  
6.Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?
 NOSS boleh dibeli di pejabat JPK Putrajaya dan Cyberjaya. Setiap tahap NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
Sekiranya anda tiada masa nak pergi, min mungkin boleh tolong belikan, sila emel ke ismarteducare [at] gmail.com besertakan kod NOSS yg ingin dibeli.
  
7.Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS?
 Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS:
Melalui latihan di PB-PPT- panduan ini boleh didapati di laman web JPK www.dsd.gov.my; atauMengumpul pengalaman sehingga cukup.
  
8.Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT?
 Sila rujuk Langkah Permohonan di atas
  
9.Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT?
 Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O), atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.Resit akan diserahkan kepada pemohon selepas pendaftaran dibuat beserta dengan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
  
10.Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima?
 Permohonan yang layak, JPK akan mengeluarkan “Notis Pendaftaran dan Penugasan” beserta resit kepada calonPermohonan yang ditolak,borang permohonan dan bayaran akan dipulangkan kepada calon.
  
11. Kenapakah permohonan saya ditolak?
 Borang permohonan tidak lengkap; atauPemohon tidak memenuhi syarat kelayakan memohon PPT.
  
 12.Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”?
 Calon perlu menghubungi PP untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian

* Calon adalah digalakkan mengumpul bukti-bukti keterampilan yang dimiliki sebelum sesi kaunseling dan penilaian dijalankan.
  
13.Berapa lamakah tempoh pembangunan portfolio yang dibenarkan?
 2 bulan – SKM 1/2/3
5 bulan – DKM/DLKM (termasuk pembangunan projek/kes pengalaman terdahulu)* Tempoh yang ditetapkan adalah tarikh “Tempoh Penilaian” seperti di dalam “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
  
14.Siapakah personel yang terlibat didalam menentukan mutu persijilan PPT?
 Calon;Pegawai Penilai (PP-PPT);Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT); Pegawai pemantau JPK (untuk VTO/DKM/DLKM)
  
15.Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan?
 TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
  
 16.Bolehkah saya memohon tempoh perlanjutan sesi kaunseling dan penilaian.
 TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
  
 17.Sekiranya saya telah menyelesaikan proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
 PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.Calon perlu bersedia untuk diverifikasi oleh PPL-PPT yang akan dilantikKeputusan verifikasi akan diketahui diakhir sesi verifikasi. * Sesi verifikasi wajib dihadiri oleh calon, PP-PPT dan PPL-PPT.
  
18.Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
 PPL akan menghantar borang pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus kepada calon/ agensi yang menguruskan permohonan calon.Calon hendaklah menghantar borang maklumbalas penerimaan sijil.
  
19.Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?
 Mereka yang layak memohon terbahagi kepada dua jenis permohonan iaitu: i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya, dan negara amnya di mana terbahagi kepada tiga kategori:

Kategori 1 : Personel Yang Terlibat Dalam Aktiviti JPK

Kategori 2 : Personel Pertandingan Kemahiran Peringkat kebangsaan/Antarabangsa

Kategori 3 : Personel ATM Yang Memiliki Sijil Tred ATMCalon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) (Rujuk Panduan Permohonan Pengiktirafan Khas di laman web JPK www.dsd.gov.my ).
  
20.Bagaimanakah kaedah untuk memohon PPT Khas?
 Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK :Borang Permohonan DKM.DLKM/SKM Melalui Pengiktirafan Khas [JPK/PPT/1008(P3)] rujuk lampiran B yang lengkap diisi.
Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama ‘KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN'(tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).
‘Curiculum Vitae’ (CV).Salinan Ijazah/Diploma/Sijil-sijil/Surat Penghargaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
Bukti-bukti permohonan (Penglibatan dengan aktiviti JPK/ Sijil Tred ATM yang mana berkaitan).
Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan(CIAST) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Pendaftaran melalui kaedah online e-SKM dengan melayari laman web http://eskm.dsd.gov.my. Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon. Cetak surat pengiring kelulusan permohonan untuk rujukan. Permohonan menggunakan kaedah manual tida akan diproses dan akan dikembalikan.
Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran” (tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).
Mengemukakan salinan kad pengenalan pemohon, salinan Diploma berkenaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.
Curiculum Vitae (CV).
Permohonan yang tidak mematuhi mana-mana keperluan yang dinyatakan, akan ditolak dan bayaran tidak akan dikembalikan.

—————————————————————————————————–

Recognition of Prior Achievement (RPA) or formerly known as the Accreditation of Prior Achievement is a method to give recognition to any individual who can demonstrate skills outlined in the National Occupational Skills Standards (NOSS) based on prior experience and achievements.
Note: Academic world call it APEL

Open to anyone who has the skills and knowledge regardless of when, how and where they were obtained, either through work experience, life experience or training (formal or informal).

All industrial workers from the manufacturing and services sectors who have obtained the required working experience in the related field and have fulfilled other set conditions are eligible. Industrial workers who qualify will be awarded a Certificate up to the highest level according to their respective fields as specified in the National Occupational Skills Standards (NOSS).

How To Apply for SKM-PPT?

a) Self application via www.myspike.my – Download & read  MANUAL PENGGUNA PPT 2018  OR
b) Learn from a 2 days course – kursus induksi PP-PPT**  that’s organised from time to time (average 3 times a year) –  Next session on  7-8 Nov 2020 at Kepong
c) Consultation or attend workshop (3 days for SKM, 5 days for SKM/DLKM)* – Please whatsapp or call 012-3123430

**
2020 PP-PPT Induction Course
Date:
5-6 Dec 2020
Time: 8.30-5.30pm
Fees: RM350
Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Foreigner can apply for SKM-PPT with the following additional terms:

i. Submit application at least 6 months before the expiry of work permit;
ii. Possess valid personal identification;
iii. Possess valid work permit or pass, issued by Malaysian Immigration Department;
iv. Working in any operational & Malaysian registered company;
v. Has been staying in Malaysia for more than 2 consecutive years; AND 
vi. All application, counselling & assessment to be conducted in either Malay (Bahasa Malaysia) or English.

SKM-PPT

Who should attend?
1) Interested to be appointed as PP-PPT (appointment requirement: working experience in same relevant field >10 years and have SKM)
2) Interested to apply SKM-PPT (procedure, terms and evaluation criteria via PPT)
3) JPK Accredited centre (PB) that intends to be PB-PPT (needs a PPT co-ordinator that has PP-PPT induction course cert)
4) Any centre/company that intends to be Pusat Penilaian Amali (PPA) (needs a PP-PPT)

If interested, kindly DOWNLOAD Application Form
Kindly email back with payment slip to ismarteducare@gmail.com for confirmation of seat.