PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SKKM BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM KREDIT KEMAHIRAN MALAYSIA (SKKM) BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Adalah dimaklumkan bahawa, penggunaan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) akan bermula pada 1 Oktober 2018 bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk menggantikan proses secara manual yang digunakan sekarang.

Semua permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan capaian url: – https://www.skkm.gov.my . Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna SKKM terlebih dahulu sebelum proses seterusnya boleh dilakukan. Untuk permulaan, permohonan PPT secara Mengikut Tahap (MT) & Single-Tier (ST) boleh dipohon melalui sistem ini.

Penggunaan sistem ini juga akan melibatkan peranan Personel PPT iaitu PP-PPT dan PPL-PPT. Oleh itu, Personel PPT juga perlu mendaftar sebagai pengguna SKKM supaya proses Penugasan PP-PPT dan Penugasan PPL-PPT berjalan lancar.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada sistem tersebut, pengguna boleh membuat aduan pada Sistem Aduan IT dengan menghantar emel ke jpkpptgp@mohr.gov.my atau hubungi helpdesk di talian 03-83214769.

Kerjasama dari semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih
 
Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Bahagian MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran

9 thoughts on “PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SKKM BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

  1. Would like to ask.
    There is mistakes between mine passwords and my friend passwords. I help her to register but the problem now we are facing is her name is correct but her log in ID is mykad and mine is her Mykad log in password. Can you kindly assist me what should we do? Cause we ned to Enroll in our Tahap 4 Early Childhood Care And Education.

    And which email address I can email in to ask for help!!!! Thank you

      1. Thanks Admin. Yesterday I had called in but no one ans my phone call. As for email I had also email now is waiting for response from them. Normally how long will they reply our email? Thank you

        1. Jasmine, sorry to hear that. You just got to try till you get them, if no reply from email by this week or can’t get them via phone, please go directly to JPK Cyberjaya to hunt them down.

          1. Thanks for replying. I am from Sabah. How to go to hunt them down? Do you have any direct line which I can get through the technician?? Thank you.

    1. Jabatan Pembangunan Kemahiran
      Tingkat 7 – 8, Blok D4, Kompleks D
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62530 Putrajaya

      Tel : 03-8886 5589 | Faks : 03-8889 2423

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *