Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diterima di industri dan luar negeri ke?

SKM diterima industri/luar negari
Contoh SKM bidang VTO (I-031-3:2014) – Pegawai Latihan Vokasional – WAJIB untuk Pegawai Penilai (PP)

SKM diterima industri/luar negeri?

Isu SKM diterima industri/luar negeri kerap dipersoalkan. Sebelum kita bincang pasal tu, mari kita lihat faedah Persijilan Kemahiran Malaysia.

Apakah faedah Persijilan Kemahiran Malaysia?

1. Persijilan Kemahiran memang diiktiraf oleh industri di Malaysia
Realitinya, tidak lagi semua industri tetapi pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bersama Industrial Lead Body (ILB) memang sentiasa berusaha ke arah itu.

Untuk sesetengah industri seperti bengkel servis kenderaan, Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikan Kenderaan Motor telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Mac 2018 di mana antara lain bakal mewajibkan pengusaha memiliki lesen khas mengendalikan perniagaan itu.

Begitu juga untuk sektor perkhidmatan kecantikan dan dandanan rambut, sesetengah pihak berkuasa tempatan seperti MPAJ & MPS dikatakan mensyaratkan pengusaha atau pekerjanya perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk memohon lesen premis.

Difahamkan juga sektor air akan mewajibkan sesetengah pekerja dalam bidang tertentu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia menjelang 2020.

2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
Ini dah terbukti dengan kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur dimana seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.

3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Ia telah terbukti bahawa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni memang laku dan jauh lebih bernilai dari sijil-sijil lain, tak kira tempatan ke luar negeri seperti UK.

Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Jadi, jelas bahawa nilai SKM/DKM/DLKM ini amat besar, cuma ramai yang masih tidak tahu menghargainya.

Sekarang anda yakin tak SKM diterima industri/luar negeri?

Sekiranya anda ada lebih info yang nak kongsi dengan admin, sila komen ya.

14 thoughts on “Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) diterima di industri dan luar negeri ke?

  1. Bidang Perakaunan di KVSP2 belum dapat pengiktirafan. Saya rasa ada juga bidang lain tapi tak ingat. Saya takut sijil ini tak laku susah pula dapat kerja nanti. Apatah lagi SPM pun tak ada. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapt yang dikendong berciciran.

  2. Admin,bulan 1 ni saya daftar di ilp amik skm tek komputer rangkaian..adakah skm dlm bidang perkomputeran dipandang oleh company ii ?

    1. Ya dan pastikan anda bukan setakat ada sijil SKM sahaja, kena betul-betul pandai buat kerja.
      Juga, jangan lupa sentiasa mengikut perkembangan masa kini terutamanya dalam bidang kemahiran anda.

  3. saya harus membuat keputusan utk mengikuti kursus daripada MARii yang diberithu kerja dalam perindustrian kilang pemsangan kereta di kuala lumpur selama 5 bulan practical.seterusnya mendapat sijil skm3 selepas 3 tahun bekerja bersama satu company. Tetapi sijil spm sya belum saya ketahui smada lulus atau gagal. apa pilihan yang harus sya lakukan. menetap di sabah dan menyambung pelajaran atau mengikuti kursus kemahiran yang jauh dari keluarga.

    1. Maaf Irfan, tak berapa faham soalan anda. Latihan kemahiran adalah berasaskan Competency Based Training (CBT) @ Latihan Berasaskan Ketrampilan.

  4. Maksud saya adakah diploma kemahiran malaysia contoh mcm KV,student tersebut dpt tk kompeten sebagai pw4 atau kena ambil lain ujian untuk layak sbgai pw4?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *