SKM – PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu – satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tanpa mengambil kira bila, bagaimana dan di mana ianya diperolehi sama ada melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup ataupun latihan (formal atau tidak formal).

Permohonan adalah dibuka kepada semua bidang yang tersenarai di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS)

Langkah permohonan?
1. Kenal pasti bidang anda, beli NOSS dari kami (kalau ada) atau JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – cuma RM20 setahap
2. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (dah tahu lakukan aktiviti tersebut dan ada BUKTI kukuh).
3. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.skkm.gov.my
4. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
•Surat perakuan tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri)
•Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
•Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
•Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM

Bagi yang sudah ada SKM Asas/Pertengahan/Tinggi, anda layak mohon SKM/DKM/DLKM yang lebih tinggi dalam bidang yang sama.

a) Mohon sendiri secara PPT melalui www.skkm.gov.my – Baca  MANUAL PENGGUNA PPT 2018 atau
b) Belajar melalui kursus – kursus induksi PP-PPT* yang dianjurkan dari masa ke semasa (purata 3 kali setahun)
c) Khidmat runding* – Sila hubungi/wasap 012-3123430

*Induksi PP-PPT
Tarikh: 29-30 Jun (Rujuk sini untuk jadual 2019)
Masa: 8.30-5pm
Yuran: RM350 (termasuk nota, minum pagi & makan tengah hari, sijil dari JPK) + RM10/20 untuk caj pengeposan sijil ke Semenanjung/Sabah & Sarawak
Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Siapa yg patut hadir?
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

Jika berminat, sila muat turun borang Borang Permohonan Induksi
Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran (Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd) untuk pengesahan tempat.

Ringkasan SKM-PPT

 1.Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT?
 Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
  
 2.Mengapa saya perlu memohon PPT?
 PPT dapat:
Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; danMeningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan.
  
3.Siapakah yang layak memohon PPT?
 Terbuka kepada individu yang mempunyai kekompetenan melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atau latihan (formal atau tidak formal).
  
4.Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM melalui PPT?
 Anda perlu
Mengenalpasti bidang dan tahap yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini.Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT.
  
5.Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS?
 Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan.
  
6.Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS?
 NOSS boleh dibeli di pejabat JPK Putrajaya dan Cyberjaya. Setiap tahap NOSS berharga RM20.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.
Sekiranya anda tiada masa nak pergi, min mungkin boleh tolong belikan, sila emel ke ismarteducare [at] gmail.com besertakan kod NOSS yg ingin dibeli.
  
7.Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS?
 Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS:
Melalui latihan di PB-PPT- panduan ini boleh didapati di laman web JPK www.dsd.gov.my; atauMengumpul pengalaman sehingga cukup.
  
8.Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT?
 Sila rujuk Langkah Permohonan di atas
  
9.Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT?
 Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap dan perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan (L.O), atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’.Resit akan diserahkan kepada pemohon selepas pendaftaran dibuat beserta dengan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
  
10.Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima?
 Permohonan yang layak, JPK akan mengeluarkan “Notis Pendaftaran dan Penugasan” beserta resit kepada calonPermohonan yang ditolak,borang permohonan dan bayaran akan dipulangkan kepada calon.
  
1 1. Kenapakah permohonan saya ditolak?
  Borang permohonan tidak lengkap; atauPemohon tidak memenuhi syarat kelayakan memohon PPT.
  
 12. Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”?
  Calon perlu menghubungi PP untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian

* Calon adalah digalakkan mengumpul bukti-bukti keterampilan yang dimiliki sebelum sesi kaunseling dan penilaian dijalankan.
  
13.Berapa lamakah tempoh pembangunan portfolio yang dibenarkan?
 2 bulan – SKM 1/2/3
5 bulan – DKM/DLKM (termasuk pembangunan projek/kes pengalaman terdahulu)* Tempoh yang ditetapkan adalah tarikh “Tempoh Penilaian” seperti di dalam “Notis Pendaftaran dan Penugasan”.
  
14.Siapakah personel yang terlibat didalam menentukan mutu persijilan PPT?
 Calon;Pegawai Penilai (PP-PPT);Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT);Pegawai pemantau JPK (untuk VTO/DKM/DLKM)
  
15.Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan?
 TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
  
 16.Bolehkah saya memohon tempoh perlanjutan sesi kaunseling dan penilaian.
 TIDAK DIBENARKAN.

JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK.
  
 17.Sekiranya saya telah menyelesaikan proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
 PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.Calon perlu bersedia untuk diverifikasi oleh PPL-PPT yang akan dilantikKeputusan verifikasi akan diketahui diakhir sesi verifikasi. * Sesi verifikasi wajib dihadiri oleh calon, PP-PPT dan PPL-PPT.
  
18.Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?
 PPL akan menghantar borang pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus kepada calon/ agensi yang menguruskan permohonan calon.Calon hendaklah menghantar borang maklumbalas penerimaan sijil.
  
19.Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT?
 Mereka yang layak memohon terbahagi kepada dua jenis permohonan iaitu: i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya, dan negara amnya di mana terbahagi kepada tiga kategori:

Kategori 1 : Personel Yang Terlibat Dalam Aktiviti JPKKategori 2 : Personel Pertandingan Kemahiran Peringkat kebangsaan/AntarabangsaKategori 3 : Personel ATM Yang Memiliki Sijil Tred ATMCalon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) (Rujuk Panduan Permohonan Pengiktirafan Khas di laman web JPK www.dsd.gov.my ).
  
20.Bagaimanakah kaedah untuk memohon PPT Khas?
 Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK :Borang Permohonan DKM.DLKM/SKM Melalui Pengiktirafan Khas [JPK/PPT/1008(P3)] rujuk lampiran B yang lengkap diisi.Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama ‘KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN'(tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).’Curiculum Vitae’ (CV).Salinan Ijazah/Diploma/Sijil-sijil/Surat Penghargaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.Bukti-bukti permohonan (Penglibatan dengan aktiviti JPK/ Sijil Tred ATM yang mana berkaitan).Calon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan(CIAST) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.Pendaftaran melalui kaedah online e-SKM dengan melayari laman web http://eskm.dsd.gov.my. Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum memohon.Cetak surat pengiring kelulusan permohonan untuk rujukan. Permohonan menggunakan kaedah manual tida akan diproses dan akan dikembalikan.Bayaran sebanyak RM300.00 bagi setiap tahap dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O) atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran” (tempoh sahlaku tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima).Mengemukakan salinan kad pengenalan pemohon, salinan Diploma berkenaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Majikan.Curiculum Vitae (CV).Permohonan yang tidak mematuhi mana-mana keperluan yang dinyatakan, akan ditolak dan bayaran tidak akan dikembalikan.

——————————————————————————————————————–

Recognition of Prior Achievement (RPA) or formerly known as the Accreditation of Prior Achievement is a method to give recognition to any individual who can demonstrate skills outlined in the National Occupational Skills Standards (NOSS) based on prior experience and achievements.
Note: Academic world call it APEL

Open to anyone who has the skills and knowledge regardless of when, how and where they were obtained, either through work experience, life experience or training (formal or informal).

All industrial workers from the manufacturing and services sectors who have obtained the required working experience in the related field and have fulfilled other set conditions are eligible. Industrial workers who qualify will be awarded a Certificate up to the highest level according to their respective fields as specified in the National Occupational Skills Standards (NOSS).

How To Apply for SKM/DKM/DLKM via PPT?

a) Self application via www.skkm.gov.my – Download & read  MANUAL PENGGUNA PPT 2018  OR
b) Learn from a 2 days course – kursus induksi PP-PPT**  that’s organised from time to time (average 3 times a year) –  Next session on  29-30 June 2019 at Kepong
c) Consultation* – Please contact/whatsapp 012-3123430

**
PP-PPT Induction Course
Date:
16-17 March (Done)
29-30 Jun
2-3 Nov
Time: 8.30-5pm
Fees: RM350 (includes notes, morning tea break, lunch & certificate from Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Foreigner can apply for SKM with the following additional terms:

i. Submit application at least 6 months before the expiry of work permit;
ii. Possess valid personal identification;
iii. Possess valid work permit or pass, issued by Malaysian Immigration Department;
iv. Working in any operational & Malaysian registered company;
v. Has been staying in Malaysia for more than 2 consecutive years; AND 
vi. All application, counselling & assessment to be conducted in either Malay (Bahasa Malaysia) or English.

Who should attend?
1) Interested to be appointed as PP-PPT (appointment requirement: working experience in same relevant field >10 years and have SKM)
2) Interested to apply SKM via PPT (procedure, terms and evaluation criterias via PPT)
3) JPK Accredited centre (PB) that intends to be PB-PPT (needs a PPT co-ordinator that has PP-PPT induction course cert)

If interested, kindly DOWNLOAD Application Form
Kindly email back with payment slip to ismarteducare@gmail.com for confirmation of seat.