Tag Archives: Automotif

Halatuju Lepasan SPM – Akademik atau TVET?

Tahniah kepada anda jika lulus SPM 2019 dengan cemerlang. Dengan keputusan yang baik, pilihan anda memanglah banyak.
Laluan akademik seperti Matrikulasi, Program Asasi, STAM/STPM dan Diploma Akademik adalah antara pilihan anda.
Namun, laluan TVET/program kemahiran yang menganugerahkan SKM. juga boleh dipertimbangkan.
Ya, jangan ingat program kemahiran cuma untuk mereka yang gagal/tidak cukup kredit untuk SPM.

Sejak keputusan SPM keluar pada 5 Mac 2020, ramai pelajar dan ibu bapa telah mesej, whatsapp atau hubungi min berkenaan kursus yang boleh diambil, terutamanya mereka yang tidak cukup kredit/gagal SPM Sejarah/BM.

Untuk pengetahuan anda, kursus kemahiran rata-ratanya cuma perlukan kemahiran 3M, boleh Membaca, Mengira & Menulis. Ini kerana fokus adalah pada kemahiran tangan/hands-on (70%) berbanding dengan teori (30%).

Dan untuk membantu anda/anak anda memilih kursus kemahiran/TVET, pertama sekali tanya anda/anak anda sendiri apakah minat atau hobinya.
Adalah lebih penting pemilihan kursus berdasarkan minat anda/anak anda, bukannya berdasarkan kursus apa yang paling panas/popular.

Berikut adalah beberapa contoh lazim pemilihan program (pencarian kursus di Pusat Bertauliah JPK adalah mengikut nama/kod program) berdasarkan minat:

Automotif – G452-002-2:2018 atau kod lama TP-300-2/2:2013 Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan
Kimpalan – MC-024-2:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam
Masakan/kulinari – HT-012-2:2012 Penyediaan & Pembuatan Makanan
Bakeri – HT-013-2:2011 Pembuatan Roti 
Kecantikan – MP-060-2:2013 Perkhidmatan Estetik
ECE – T982-001-3:2017 atau kod lama
CC-011-3:2012 PENDIDIKAN & PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK
Drone – H512-001-2:2019 (Drone Piloting/Mission Commanding) 

Anda juga boleh muat turun Daftar NOSS untuk mengetahui semua standard pekerjaan yang telah dibangunkan setakat ini (namun, tidak semua program ada penyedia latihannya).

Sekiranya anda tidak tahu di mana nak belajar kursus kemahiran tertentu, boleh isi borang tunjuk minat di sini (Swasta dan BERBAYAR shj).

Jika anda tiada bajet dan cuma mampu belajar di institut kemahiran awam, sila rujuk sini.

Akhir sekali, sekiranya anda dah ada SKM3 dan ke atas (DKM, DLKM) atau pengalaman industri >3 tahun, anda juga berpeluang untuk melanjutkan ke ijazah eksekutif (program URise) dari Universiti Tun Abdul Razak ataupun diploma, ijazah sarjana muda (Bachelors) & ijazah sarjana (Masters) melalui laluan APEL jika dah berumur 20,21 & 30 tahun masing-masing.

Jadi, SPM sudah bukan segala-galanya. Tanpa SPM juga boleh lanjutkan sehingga ke Universiti ya.

NOSS dan MSIC – Apa tu?

Malaysia Standard Industry Classification (MSIC) adalah klasifikasi standard bagi aktiviti ekonomi di Malaysia. Ia bukan berdasarkan sesuatu barangan/perkhidmatan/pekerjaan.

Bertujuan menyediakan kategori aktiviti ekonomi yang boleh digunakan sebagai asas dalam pengumpulan dan statistik aktiviti ekonomi negara.


Muat turun daftar NOSS dari www.jpkmalaysia.com/noss

Bagi yang sudah tahu & sedang jalankan program NOSS, ingat beli NOSS baru dari JPK sebelum anda membaharui program. Jika nak tahu lebih lanjut, terutamanya mereka yang dah lama ikuti induksi PP-PPD-PPB atau PP-PPT, ambilah peluang ni untuk ambil semula kerana banyak rombakan telah dibuat. Harga istimewa untuk pelanggan I Smart Educare untuk refresher.
Boleh rujuk jadual induksi 2019 di sini.

Antara program hangat yang telah guna kod MSIC adalah:

G452-002-2/3:2018 Perkhidmatan Pembaikan/Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan @ Automotive
F432-003-3:2017 Operasi Pemasangan & Penyenggaraan Penghawa Dingin dan Pengudaraan Mekanikal @ 3 Phase HVAC
I551-003-2/3:2018 Operasi Pengemasan @ Housekeeping
I561-002-2/3:2018 Operasi Servis/Penyeliaan Makanan & Minuman @ F&B

CPC GS452-003-2:2018 (Ada 2 Elektif) (dulu TP-300-2:2016)
CPC F432-003-3:2017 (dulu ME-020-3:2012) @ 3 Phase HVAC
CPC I551-003-2:2018 (dulu HT-050-3:2012) @ Housekeeping
CPC I561-002-3:2018 (dulu HT-010-3:2012) @ F&B

Ingat, anda boleh beli NOSS dari JPK Putrajaya, Cyberjaya, pejabat-pejabat Wilayah atau kalau takda masa nak pergi sana, boleh rujuk dengan min dulu.