Tag Archives: Bantuan Prihatin Nasional

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT/ILKA/IKLS) PROGRAM DKM/DLKM

BANTUAN PRIHATIN NASIONAL: BPN IPT/ILKA/ILKS

BPN IPT/ILKA/ILKS ini cuma RM200, bantuan sekali bayar (one off).

BPN IPT/ILKA/ILKS

FAQ/Soalan Lazim

Soalan 1:
Berapakah nilai Bantuan Pelatih One-Off ini?
Jawapan 1:
Bantuan Pelatih One-Off ini adalah berjumlah RM200.

Soalan 2:
Siapakah yang layak menerima Bantuan Pelatih One-Off ini?
Jawapan 2:
Pelatih yang memenuhi kriteria berikut layak menerima Bantuan One-Off :
i. Warganegara Malaysia;
ii. Pelatih sepenuh masa Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma
Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang telah berdaftar di bawah
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia;
dan
iii. Berstatus aktif bermula 31 Mac 2020 atau belum tamat latihan pada 31 Mac 2020

Soalan 3:
Bagaimanakah cara pelatih ingin memohon BPN IPT/ILKA/ILKS ini?
Jawapan 3:
Pelatih boleh berhubung dengan Pegawai Penyelaras di Pusat Bertauliah (PB) masing-masing.

Soalan 4:
Bagaimanakah bantuan ini disalurkan kepada pelatih?
Jawapan 4:
Sekiranya memenuhi syarat di perkara 2, bantuan akan disalurkan kepada
pelatih yang layak ke dalam akaun pelatih melalui kaedah berikut:
i. Pelatih yang menjalani latihan di bawah institusi/agensi berikut iaitu
Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan
Vokasional (BPLTV), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA)
serta Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) hendaklah
berhubung terus dengan institusi/agensi tersebut. Bayaran akan diuruskan
institusi/agensi masing-masing dan bukan oleh JPK;
ii. Pelatih di bawah PB selain dari institusi/agensi di perkara 4(i) hendaklah
menghubungi Penyelaras PB masing-masing untuk mengemaskini perkara
berikut:
a. No kad pengenalan
b. Nombor akaun bank dan nama bank. c. No telefon bimbit/email
iii. PB SLaPB perlu mengemaskini maklumat pelatih di dalam Sistem
Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) bagi setiap pelatih
selewat-lewatnya 30 April 2020 bagi tujuan pembayaran. Bantuan akan
disalurkan kepada pelatih yang layak ke dalam akaun pelatih
masing-masing.
iv. Bagi tujuan audit selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PB
hendaklah menyimpan rekod pelatih yang memohon bantuan seperti
berikut:
a. Salinan kad pengenalan
b. Salinan penyata/buku bank (muka surat yang mempunyai nombor
akaun bank)

Soalan 5:
Bagaimana sekiranya pelatih tidak memiliki akaun bank?
Jawapan 5:
Bantuan hanya akan disalurkan kepada akaun pelatih sahaja. Pelatih perlu
membuka akaun bank sekiranya masih belum memiliki akaun bank sendiri.

Soalan 6:
Bolehkah bantuan disalurkan melalui akaun ibu,ayah atau saudara mara?
Jawapan 6:
Tidak. Pelatih MESTI mempunyai akaun bank sendiri.

Soalan 7:
Bolehkah pelatih membuka akaun di mana-mana bank?
Jawapan 7:
Ya. Pelatih boleh membuka akaun di mana-mana bank tempatan. Mana-mana akaun yang dibuka dengan bank tempatan sama ada konvensional atau islamik, boleh diterima. Akaun Tabung Haji dan Akaun Amanah Saham tidak dibenarkan untuk bantuan one-off ini.

Soalan 8:
Bagaimanakah pelatih ingin menyemak status kelayakan masing-masing?
Jawapan 8:
Pelatih boleh menyemak status kelayakan melalui Pegawai Penyelaras PB
masing-masing.

Soalan 9:
Adakah pelatih yang sedang mengikuti latihan industri layak menerima bantuan ini?
Jawapan 9:
Pelatih yang sedang mengikuti latihan industri layak menerima bantuan ini.

Soalan 10:
Sekiranya pelatih sedang menjalani latihan industri, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bantuan ini?
Jawapan 10:
Pelatih boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di PB masing-masing untuk
mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini.

Soalan 11:
Adakah pelatih yang sedang mengikuti program Persijilan Tahap Tunggal DKM dan DLKM layak menerima bantuan ini?
Jawapan 11:
Ya. Pelatih layak menerima bantuan ini.

Soalan 12:
Sekiranya pelatih tersebut berdaftar di bawah program MQA dan Persijilan
Kemahiran Malaysia dalam masa yang sama, bolehkah pelatih memohon bantuan bagi kedua-dua jenis persijilan?
Jawapan 12:
Tidak boleh. Pelatih hanya layak terima sekali sahaja. Jika pelatih telah
memohon bantuan melalui Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), pelatih tidak perlu lagi memohon bantuan ini kepada Kementerian Sumber Manusia.

Soalan 13:
Adakah calon DKM dan DLKM PPT boleh menerima bantuan?
Jawapan 13:
Tidak boleh. Bantuan ini adalah kepada pelatih bagi PB SLaPB dan PB SLDNyang menjalani latihan secara sepenuh masa bagi program DKM dan DLKM.

Soalan 14:
Adakah pelatih yang telah berhenti atau tangguh pengajian sebelum atau dalam tempoh PKP layak menerima bantuan ini?
Jawapan 14:
Tidak. Hanya pelatih yang berstatus aktif pada 31 Mac 2020 sahaja yang layak menerima bantuan ini.

Soalan 15:
Adakah pelatih yang akan tamat latihan pada bulan Mei 2020 layak menerima bantuan ini?
Jawapan 15:
Layak. Pernyataan ini adalah merujuk kepada pelatih yang sedang mengikuti latihan dan berstatus aktif di PB masing-masing pada 31 Mac 2020.

Soalan 16:
Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung dengan bantuan ini, siapakah pegawai yang boleh dirujuk?
Jawapan 16:
Pelatih boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di PB masing-masing.

Soalan 17:
Adakah pelatih yang tamat latihan sebelum 31 Mac 2020 tetapi belum menduduki Penilaian Akhir dan Lawatan Verifikasi PPL layak menerima bantuan ini ?
Jawapan 17:
Layak, mereka termasuk pelatih yang masih berstatus aktif.

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Prihatin Nasional (Versi : Bahasa Inggeris)

Pemakluman Bantuan Prihatin Nasional Program DKM/DLKM

Tatacara Pengemaskinian Maklumat Pelatih

Sumber: www.dsd.gov.my

Komen: Malang sekali, pelajar-pelajar kemahiran tahap Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3) tidak termasuk sekali dalam bantuan ini