Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Ia berada di Tahap 4, setara dengan Diploma dalam sektor Teknikal & Vokasional@DVM dan sektor Pengajian Tinggi@Diploma MQA.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengarus perdana program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, sekarang lepasan SKM3 bukan sahaja boleh sambung ke Diploma Kemahiran Malaysia tetapi juga Diploma MQA (akademik) di Institusi Pendidkan Tinggi Swasta (IPTS), tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila baca Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), juga boleh diperolehi melalui tiga (3) kaedah utama.
Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga (3) kaedah
1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf
Kaedah melalui program latihan di institut latihan kemahiran @ pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) awam ataupun swasta bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu.
#Sekiranya anda tak tahu Pusat Bertauliah Swasta mana yang baik serta menawarkan program DKM yang anda nak sambung…
2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)
Namun, bukan semua program yang tersenarai dalam Daftar NOSS ditawarkan di Pusat-pusat Bertauliah JPK ataupun Pusat SLDN, terutamanya DKM, Tahap 4.
Juga, program DKM yang ditawarkan di Pusat Bertauliah (PB) ataupun SLDN biasanya sepenuh masa dan makan masa yang panjang (rata-ratanya 12 bulan di PB & 3 bulan Latihan Industri). Anda mungkin tidak dapat berhenti kerja dari syarikat anda sekarang untuk belajar, jadi kaedah PPT adalah lebih sesuai.
Anda mungkin telah kerja sejurus selepas dapat SKM3 dan telah kerja beberapa tahun dalam bidang berkaitan. Ataupun tak pernah pun belajar di pusat latihan kemahiran untuk dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia tetapi dah lama berkecimpung di sesuatu bidang kemahiran tertentu.
Kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan DKM anda adalah melalui pengalaman terdahulu (kerja atau latihan). Anda dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.
Apakah Syarat Permohonan DKM secara PPT?
Berbanding dengan permohonan SKM-PPT, DKM-PPT melibatkan pembangunan portfolio DAN Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT)
Saya rasa baik saya berhenti di sini kerana artikel ni cuma nak kongsi 3 cara utama anda boleh dapatkan DKM anda. Kalau nak tahu cara permohonan (Panduan dan langkah-langkahnya) SKM/DKM/DLKM secara PPT, boleh rujuk laman Persijilan Kemahiran Malaysia melalui PPT.
Jika masih keliru, tak yakin ataupun takda masa nak fahamkan dengan baca banyak sangat panduan yg diberikan, boleh pertimbangkan untuk ikuti Bengkel Pembangunan Portfolio & LPKT yang kami jalankan untuk bimbing anda dari A-Z.
JOM kita terokai apa kelebihan sekiranya anda ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lebih tinggi lagi, Diploma/Diploma Lanjutan Kemahirna Malaysia (DKM/DLKM). Persijilan Kemahiran Malaysia ini dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Anda boleh:
Dari segi pekerjaan. Anda boleh:
1. Terus bekerja sebagai pembantu bahagian operasi atau pembantu mekanik dengan syarikat/orang perseorangan tertentu. Pastinya anda lebih menjadi rebutan berdasarkan kemahiran yang anda miliki. Ini kerana pihak syarikat tidak perlu memberi latihan lagi kepada anda. Anda boleh rujuk Panduan Gaji Permulaan 2020 untuk 200 pekerjaan terpilih dari sini.
3. Kerja secara freelance – Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan seperti pendawaian elektrik, welding, kecantikan dan lain-lain. Ataupun menghasilkan produk seperti membuat kek & roti, menjahit pakaian. Dengan kemahiran ini juga dapat menjana pendapatan sampingan. Pastinya dengan SKM yang anda miliki memberi keyakinan kepada pelanggan.
4. Anda boleh membuka perniagaan sendiri – sesetengah PBT perlukan SKM untuk kelulusan lesen premis. Lulusan SKM berpeluang menjadi seorang usahawan dengan membuka perniagaan sendiri dengan kemahiran yang dimiliki. Antara bidang kemahiran yang menjadi perhatian adalah seperti bengkel kereta, bakeri, kedai jahitan, salon dan sebagainya.
5. Adakah anda tahu bukan sahaja Sijil Kemahiran Malaysia diterima di industri tetapi juga di luar negeri? Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).
Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
6. Menjadi Pegawai Penilai ataupun selalu dipanggil sebagai tenaga pengajar / cikgu / guru di PLK- Pusat Latihan Kemahiran samada di PLK awam (seperti di ILP/IKBN/GiatMARA/ADTEC dll dimana kod pusat bermula huruf K ) atau PLK swasta (kod pusat bermula L) atau syarikat konsortium@industri. Syarat minima untuk melayakkan anda sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) di PLK ini adalah SKM Tahap 3. Apa yang perlu anda lengkapkan lepas SKM Tahap 3/DKM tersebut ialah ambil Sijil Pengajar Vokasional (VTO / I-031-3) yang boleh diambil di PLK awam seperti CIAST atau PLK swasta seperti I Smart Educare Sijil Induksi PP/PPD.
7. Jadi coach untuk sistem SLDN. Coach juga dikenali sebagai Pengajar. Peranan sebagai Coach adalah melatih perantis di dalam sesuatu industry. Contohnya dalam bidang Teknikal; Kompetensi Pembelajaran & Metodologi; dan Kompetensi Sosial & Kemanusiaan.
8. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – Anda juga berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran(PPL). PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK. Syarat bagi lantikan sebagai PPL ini adalah wajib ada sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.
9. Berpeluang dilantik sebagai Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT). PP-PPT adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Syarat bagi lantikan sebagai PP-PPT adalah wajib ada sijil induksi PP-PPT & pengalaman industri bidang SKM yang sama >>10 tahun.
Dari segi melanjutkan pendidikan (min SKM3). Anda Uberpeluang :
10. Lanjutkan pengajian ke peringkat:
a) Diploma Kemahiran Malaysia – DKM DKM ini kelayakannya adalah menyamai atau setaraf dengan Diploma MQA dari universiti awam/swasta. Ia diiktiraf oleh kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (SPA).
Selepas DKM, anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DLKM (Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) dalam bidang kemahiran yg anda ambil tu.
Tak tahu nak ambil kat mana? Silaisi borang ni. Jika anda ada sekurang-kurangnya pengalaman kerja 2 tahun ke atas dan memiliki SKM3, anda juga boleh pertimbangkan untuk mohonDKM secara PPT (Pengalaman kerja). Sekiranya tidak tahu caranya walaupun telah baca Panduan dan perlukan bimbingan dari A-Z, boleh ikuti bengkel pembangunan portfolioyang dianjurkan oleh ISE Education Sdn Bhd.
b) Diploma Akademik, tanpa SPM Dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dan TANPA SPM , anda juga layak diterima untuk melanjutkan pelajaran peringkat Diploma Akademik di IPTS. Ini adalah perkembangan terbaru (mulai Jan 2021) kerana sebelum ini, anda perlu lulus SPM dengan 1 kredit, bersama dengan SKM3 untuk layak melanjutkan program Diploma Akademik.
c) Ijazah Pengurusan Industri @ URise
Anda juga boleh pertimbangkan untuk sambung terus ke Ijazah Eksekutif (tanpa MQA), sekiranya anda kerja di sektor swasta, perlukan Ijazah untuk kenaikan pangkat ataupun meningkatkan ilmu dalam bidang pengurusan secara amnya (ia adalah pelengkap kepada kemahiran teknikal anda).
Syarat Kemasukan program URise (Ijazah yang direka khas untuk pemegang Sijil Kemahiran Tahap 3 ke atas, dengan pengalaman kerja-digalakkan) adalah:
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan 2. SKM/SPMV/DKM/DLKM ATAU 3. Pengalaman industri >2 tahun
Jadi, jangan pandang sebelah mata ye mereka yang memiliki SKM/DKM ini biarpun syarat asas/minima untuk mengambil program SKM hanya berumur lebih 16 tahun, mempunyai minat terhadap sesuatu bidang/program, boleh membaca, menulis dan mengira. Dengan syarat minima ini, lepasan UPSR/PT3/PMR pun boleh diterima untuk melanjutkan pelajaran SKM di PLK(Pusat Latihan Kemahiran) yang diiktiraf oleh JPK.
Penerbitan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) merupakan langkah berterusan Kementerian bagi menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
Pengenalan semula kadar gaji pokok permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kini dimurnikan kandungannya. Panduan ini sebagai satu pengiktirafan kepada graduan TVET yang memaparkan kemahiran bertaraf antarabangsa dan gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1,200.00 sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai 1 Februari 2020.
DATO’ AMIR BIN OMAR Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia
200 PEKERJAAN TERPILIH INI ADALAH BERASASKAN KEMAHIRAN
Berdasarkan pekerjaan yang popular dalam pasaran buruh semasa
Disertakan deskripsi tugas am
Disertakan pekerjaan dengan kelayakan yang dipersijilkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Perbezaan Panduan Gaji Permulaan 2016 Vs 2020
Sekiranya anda buat perbandingan, adalah sedikit pertambahan dari segi gaji permulaan 2016 & 2020. Pertambahannya meningkat dari 8.4% (DLKM T5) sehingga 17.7% (SKM T1)
Ingat, faktor lain@kompetensi lain seperti kejujuran, disiplin, kelayakan akademik (jika ada) serta soft skills seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa lain (terutamanya English) juga amat penting dalam menentukan permulaan gaji anda serta kenaikan pangkat & gaji seterusnya.
Pensijilan Kemahiran Malaysia adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS). Setiap pelajar akan dinilai dan dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat NOSS sebelum dianugerahkan dengan Pensijilan Kemahiran Malaysia.
Melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia, lulusan sijil dan diploma kemahiran dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka daripada separuh mahir kepada mahir seterusnya ke peringkat Penyeliaan dan Pengurusan dan Reka Bentuk.
Kursus Percuma Penjana Kerjaya di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah bertujuan merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.
Antara insentif di bawah Penjana Kerjaya adalah menyediakan latihan semula (reskilling and upskilling) @ Kursus Percuma Penjana Kerjaya termasuk program place and train yang berdasarkan keperluan majikan dan pekerja yang diambil di bawah PenjanaKerjaya.
Penyediaan latihan semula ini secara tidak langsung merupakan salah satu perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja melalui tingkatan kemahiran bagi mencegah pengangguran jangka panjang serta memastikan seseorang itu sentiasa bersedia dari segi kemahiran dan sahsiah semasa menyertai alam pekerjaan semula.
Syarat Majikan
Majikan yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau organisasi lain, sebelum 1 Jun 2020; DAN telah berdaftar dengan SOCSO pada 1Jun, 2020.
Majikan telah diluluskan di bawah Insentif PengambilanPekerja sahaja layak dipertimbangkan untuk memohon latihan untuk pekerjanya yang diambil bawah Insentif Pengambilan Pekreja
Kelayakan ANDA@Peserta Menyertai Kursus Percuma Penjana Kerjaya
Majikan dan pekerja yang telah diluluskan di bawah Insentif Pengambilan Pekerja sahaja layak dipertimbangkan untuk mengikuti latihan.
Latihan yang diberikan adalah bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan #HireMalaysia yang mencarum atau bukan mencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan dan golongan belia (graduan) #MyApprentice.
Siapa Yang TIDAK LAYAK Mohon Kursus Percuma Penjana Kerjaya?
Agensi Pekerjaan Swasta yang menawarkan khidmat pekerja kepada syarikat lain (principal) dan bukan majikan langsung; dan
Kakitangan sektor awam, kerajaan pusat dan badan berkanun negara dan negeri, pihak berkuasa tempatan dan mereka yang bekerja sendiri.
Kursus PERCUMA Penjana Kerjaya yang ditawarkan oleh I Smart Educare
Introduce and give an understanding of Malaysian Skill Certification System / Memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Compulsory for each JPK Accredited Centre (Pusat Bertauliah) personnel (PP, PPD or PPB) before appointment as Accredited personnel / Syarat wajib dihadiri oleh setiap personel Pusat Bertauliah sebelum dilantik sebagai Personel Pentauliahan
PP – Pegawai Penilai (Assessor) Usually the trainer, also need min SKM3 & VTO qualifications. Biasanya tenaga pengajar, juga perlu minimum SKM3 & VTO
PPD – Pegawai Pengesah Dalaman (Internal Verifier) Usually, the head of a program/supervisor to the trainer also needs min SKM3 qualification. Biasanya, ketua program/penyelia pengajar. Juga memerlukan min SKM3.
PPB – Pengurus Pusat Bertauliah (Centre Manager) The chief intermediary between Pusat Bertauliah and JPK officers, managing the centre. Personel yang mengurus PusatBertauliah, pegawai utama yang berurusan dengan pegawai JPK.
Introduce and give an understanding of Malaysian Skill Certification System implementation via PPT / Memperkenalkan dan memberi pemahaman mengenai pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui PPT
Roles and responsibilities of personnel in the implementation of PPT / Peranan dan tanggungjawab personel dalam pelaksanaan PPT
PP-PPT: Pegawai Penilai-PPT (Assessor for PPT system)
Must have SKM, usually min 10 years of industry experience & PP-PPT Induction course cert Mesti ada SKM, lazimnya ada min 10 tahun pengalaman idustri & sijil induksi PP-PPT
PPL-PPT: Pegawai Pengesah Luaran-PPT (Verifier for PPT system)
NO PPL-PPT induction course to attend. Can apply after: 2 years as PP-PPT OR signed 30 portfolios as PP-PPT, whichever comes first. Must have SKM, usually min 10 years of industry experience & PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL Induction course cert.
Tiada kursus induksi PPL-PPT untuk dihadiri, boleh mohon setelah: 2 tahun berkhidmat sebagai PP-PPT atau menandatangani 30 portfolio sebagai PP-PPT, yang mana dulu Mesti ada SKM, lazimnya ada min 10 tahun pengalaman industri & sijil induksi PP-PPT
Give an understanding of Malaysian Skill Certification System / Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Roles and responsiblities as PPL / Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
Fulfill the appointment criteria as PPL for JPK Accredited centre & SLDN porgram / Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN
Tarikh/jadual akan datang:
PP-PPD-PPB: 20-21 atau 27-28 Feb (PENUH) DAN 27-28 Mac PPL: 6-7 Mac 2021 di Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong PP-PPT: 13-14 Mac 2021 di Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong
Before we go into how to purchase IPTS and setup JPK centre, let’s have a brief look at the Malaysia Higher & TVET Education sector.
Malaysia Private Higher & TVET Education in Brief
The higher education sector is responsible for the operation of higher education institutions (HEIs) in Malaysia and is under the jurisdiction of the Ministry of Higher Education (MOHE).
MOHE’s integral role is creating a higher education ecosystem with the finest Public Universities (UA), Private Higher Educational Institutions (PHEIS@IPTA/IPTS), Polytechnics and Community College. These institutions are the main components in the national education ecosystem and training to generate first-rate thinkers, scholars, masters, skilled and semi-skilled manpower in accordance with their respective roles.
To ensure the success at this role, MOHE has three (3) departments that manage the institutions of higher learning, namely:
The Department of Higher Education (JPT) – UA and IPTS;
Department of Polytechnic Education (JPP) – Polytechnic; and
Department of Community College Education (JPKK) – Community Colleges
Efforts to achieve this role are also supported by agencies with roles that are vital in higher education, namely:
The Malaysian Qualifications Agency (MQA) – supervising and coordinating quality assurance as well as accreditation of national higher education; and
Colleges in Malaysia are usually privately-owned institutions that do not have their own degree-awarding power. Even so, they are usually allowed to award qualifications from other institutions, including via twinning programmes with reputable foreign universities from the UK, Australia and USA. Some colleges also offer qualifications from professional bodies such as CLP, ACCA, ICAEW, CAT, and GCE A-Levels. Just like universities, colleges can only offer programmes accredited by the Malaysian Qualifications Agency.
Malaysian Qualifications Agency
Known as the MQA, it is a statutory body established under the Malaysian Qualifications Act 2007 to accredit academic programmes offered by all higher educational institutions, which is compulsory. This provides another level of comfort of the quality of a course especially in terms of its content and teaching materials, delivery mechanism and teaching staff experience.
JPK Accredited Training Centres (JPK AC)
Accredited skills training centres are institutions registered under the Department of Skills Development that run training courses to equip students with specialised technical and vocational skills. Certificates issued are Sijil Kemahiran Malaysia (1-3), Diploma Kemahiran Malaysia & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia. Accredited by the Malaysian government, such courses provide pathways that enable students to gain internationally-recognised qualifications, such as by City and Guilds (UK), Confederation of Tourism, Hotel and Catering Management (UK), LCCI (UK), TAFE (Australia), and other international and professional bodies.
An express executive degree created specially for the Sijil Kemahiran (SKM) / technical cert holders to further studies in University
How to purchase IPTS and setup JPK centre? – Purchase IPTS license
Unfortunately, you can only purchase IPTS license from existing ones as there’s a moratorium on the establishment of private higher learning institutions until Dec 31, 2020 (it has been extended few times since it came into effect on 1st Feb 2013). However, looking at this year’s COVID-19 situation and the excess IPTS, it is likely to be extended again.
What are the main considerations when purchasing private college/IPTS?
1. Paid-up capital – Min RM1mil (if less than that, you just need to top up without having to present to the MoHE for change of ownership) 2. Are the programmes *FA (Full accreditation) or PA (Partial accreditation)? * FA considered matured program = JPA recognition so can work and get promotion at the Government Prior to 1 Januari 2017, qualifications recognised by Malaysian Government can be referred at Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf). 3. Liabilities of the college/IPTS 4. Size of the premise (min is 8,000 sf) 5. If no premise already (tenancy expired), need to know current number of students (also critical if you intend to shift to another premise) 6. If KDN license is required to recruit international students, must check on the previous record to ensure it is not blacklisted by Ministry of Home Affairs (KDN)
How to purchase IPTS and setup JPK centre? Applying to be a JPK Accredited Centre
If you’re lost at any steps, feel free to call or whatsapp us for a no-obligation FREE consultation. wasap.my/60123123430/setupPB (Kindly state which step you’re lost)
In summary, four (4) key things that JPK look at for accreditation of centre/program.
If you were to offer programs starting from Level 3, you also need to teach Core Abilities starting from Level 1, 2 & 3. WIM for Core Abilities & Mapping Matriks is required.
4. Tools, Equipments & Materials (TEM)
Kindly refer to the NOSS of the program you intend to offer. Listing and ratio of the TEM is stated in the NOSS.
What are the main considerations when acquiring a JPK Centre?
If you want quick access to the PTPK (loan for skills study), purchasing an existing JPK centre would give be the best choice (otherwise, new centres need to wait for one year of operation). Better if it’s already registered with PTPK. Most recent practice is the funding is on first come first serve basis, no more quota system (However, please refer to PTPK directly for latest updates).
Just like setting up JPK centre, you need to consider those 4 key things mentioned earlier.
Location/state – This is very very important, you would not be able to buy and shift to another state to operate. It is not allowable.
Tahniah kepada anda jika sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia 3. Kalau belum ada, anda samada boleh belajar di mana-mana institut latihan kemahiran awam ke swasta. Jika dah ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, bolehlah mohon secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Tapi sebelum tu, sila kenapasti kod program yang anda nak mohon dulu dengan muat turun Daftar NOSS.
Baik, apakah pilihan yang ada jika dah ada SKM3? Marilah kita lihat kelebihan & kelemahan setiap pilihan yang ada. Artikel ni mungkin agak panjang, kalau anda dah tahu pilihan anda, terus ke pilihan tersebut.
A. Sambung DKM B. Kerja di industri C. Sambung VTO (Sijil Pengajar Vokasional) D. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)
1. Peluang kerjaya (dan gaji) yang lebih baik/luas berbanding Sijil Kemahiran Malaysia sahaja.
Kredit imej: The Economic Times
Dengan adanya DKM juga, anda boleh juga jadi Pegawai Penilai (PP) SKM atau DKM program yang sama, bukan setakat SKM sahaja (dengan syarat ada juga sijil VTO dan induksi PP-PPD-PPB)
2. DKM (termasuk SKM) SEPENUH MASA (bukan PPT) sudah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA). Oleh kerana ia juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), anda boleh sambung belajar ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS (ada program tertentu yang masih tertakhluk kepada keputusan Senat Universiti)
Namun, adakah ia betul-betul diiktiraf oleh JPA untuk lantikan perkhidmatan awam, contohnya ke gred KA29? Ia masih agak kabur kerana masih ada calon yang tak berjaya dengan kelayakan DKM (sepenuh masa). Min sendiri pun masih keliru. Lihat kisah benar di bawah, pengalaman yang dilalui oleh warga FB Group TVET Malaysia (5/5/20). Min rasa DKM cuma diterima untuk sesetengah gred sahaja.
2. Nilai Diploma tak setinggi Ijazah (bila dibandingkan antara DKM secara PPT dan Ijazah Eksekutif – kedua-duanya pun tanpa MQA).
Fikirkan, jika ada 2 pekerja yang sama-sama mahir & berkelayakan SKM3. Seorang ada tambahan Diploma dan seorang lagi ada Ijazah, majikan akan beri peluang kepada siapa dulu untuk naik pangkat? Bukan setakat nilai komersial, status sosial pemegang diploma boleh dikatakan lebih rendah berbanding pemegang ijazah.
1. Mengasah kemahiran teknikal yang telah dipelajari serta menimba pengalaman industri
Kredit imej: www.reliablecounter.com
Anda boleh menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Pengalaman yang diperolehi nanti juga membantu bila ingin sambung pelajaran kerana anda boleh mengaitkan dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dan jika anda berminat jadi pengajar kemahiran nanti, pengalaman industri ini sangat berguna untuk anda menyampaikan ilmu kepada pelajar anda nanti. Pengalaman anda tu juga membantu anda memohon DKM dan DLKM secara PPT ataupun Ijazah Sarjana / Sarjana Muda melalui APEL A.
2. Menjana pendapatan
Kredit imej: www.cnbc.com
Sekiranya keluarga anda tak mampu lagi untuk bayar yuran penggajian atau buat pengeluaran KWSP untuk sambung pendidikan (andai kata tak dapat pinjaman PTPK ke apa-apa institusi lain), baik juga anda kerja dulu untuk menjana sedikit pendapatan untuk anda serta keluarga anda. Jimat seboleh yang mungkin, kumpul wang untuk belajar bila mampu ataupun KWSP dah cukup dana.
Kelemahannya:-
1. Disebabkan SKM3 bertaraf sijil sahaja, gaji anda pun setakat tu sahaja. Peluang naik pangkat (tak kira awam ke swasta), pasti terbantut. Jadi, tangga gaji dan pangkat pun rendah. Memang kemahiran tu penting tetapi untuk organisasi tertentu, terutamanya sektor awam, syarikat GLC & berstruktur masih memerlukan persijilan untuk kenaikan pangkat.
2. Bila dah berkeluarga dan berumur, mungkin masa lebih padat kerana ada pelbagai komitmen, kerja & keluarga. Anda juga mungkin kehilangan motivasi untuk belajar.
1. Anda berpeluang menjadi pengajar kemahiran bertauliah dan mendidik generasi akan datang yang juga berminat belajar bidang kemahiran seperti anda. Namun, min syorkan anda betul-betul minat mengajar dan bukan kerana tak dapat cari kerja baru nak jadi pengajar.
Bakal pengajar yang sedang menjalani penilaian internship (720jam) di I Smart Educare, PB VTO di Kepong
Kelemahannya:-
1. Disebabkan tiada pengalaman industri, anda tidak dapat mengaitkan teori dengan keadaan sebenar dalam industri. Justeru itu, anda mungkin tidak dapat menarik perhatian pelajar anda dengan contoh-contoh serta pengalaman menarik yang berlaku di industri.
1. Anda dapat ‘lompat’ selangkah, terus ke Ijazah (eksekutif) tanpa melalui diploma (jika anda yakin).
2. Yurannya (biasanya bawah RM15K) lebih murah berbanding Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda konvensional (MQA) (antara RM20-40K).
3. Tempoh pengajian yang singkat (6-12 bulan) berbanding dengan 2.5-3.5 tahun untuk diploma/ijazah (MQA).
4. Tidak perlu mempelajari mata pelajaran umum (MPU)
5. Tidak perlu pra-syarat akademik, cth lulus SPM BM & Sejarah
6. Pendekatan pembelajaran bersifat praktikal/aplikasi.
7. Laluan kerjaya juga bersifat industri.
8. Gaya pembelajaran yang fleksibel (blended – online + bersemuka, tak kira PKP ke tidak)
9. Boleh meneruskan pembelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) / Sarjana (Masters) kemudian kerana modul yang diajar adalah juga sebahagian dari modul ijazah sarjana muda MQA.
Kelemahannya:-
1. Diploma profesional dan ijazah eksekutif tiada akreditasi MQA. Akreditasi MQA adalah wajib untuk: a. Lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA) b. Kenaikan pangkat untuk sesetengah jawatan, terutamanya tahap pengurusan. Hanya persijilan bertaraf MQA diterima oleh sesetengah syarikat swasta, terutamanya Syarikat Berkaitan Kerajaan / GLC (Namun, masih banyak lagi syarikat SME yang tidak mementingkan akreditasi MQA, asalkan ia bukan keluaran badan/universiti luar negeri yang entah ada bangunan ke tidak & tiada akreditasi)
2. Disebabkan lepasan SKM3 rata-ratanya cuma berumur 17 tahun ++, dikhuatiri anda tidak cukup matang untuk menangani proses pembelajaran yang 1-2 tahap lebih tinggi dari Sijil Kemahiran Malaysia. Namun, jika anda berani mencabar diri sendiri dan berusaha, tiada apa yang boleh halang anda dari berjaya.
Memandangkan prospek pekerjaan tidak begitu memberangsangkan dalam masa 6-12 bulan yang akan datang (mungkin lebih lama, bergantung kepada bila kita boleh mencipta vaksin Covid-19 serta faktor lain seperti harga minyak sedunia dan kestabilan politik negara), ada baiknya anda, graduan DKM/DLKM/DVM untuk mempertimbangkan untuk menyambung pelajaran ke Tahap 6 (Sarjana Muda) supaya:
1. Peluang kerjaya lebih tinggi (sektor awam memerlukan ijazah untuk kenaikan pangkat ke kumpulan pengurusan dan profesional)
2. Meningkatkan lagi ilmu teknikal anda (sekiranya berhasrat untuk jadi pakar teknikal dalam sesuatu bidang ataupun menjadi pensyarah/penyelidik dalam bidang teknikal anda)
Kredit imej: UMP News
3. Menambahkan ilmu pengurusan anda (sekiranya anda berhasrat untuk naik ke pangkat pengurusan ataupun memulakan perniagaan/perusahaan sendiri, contohnya jadi teknopreneur)
Sekiranya anda cuma ada SKM/DVM sahaja ataupun cuma pengalaman industri >3 tahun tetapi tiada sebarang sijil serta bekerja di sektor swasta, anda juga boleh pertimbangkan program URise yang rata-ratanya memberi anda manfaat yang sama seperti No 3 di atas.
Kelebihannya: – Pembelajran gabungan atas talian dan kelas bersemuka (blended learning), – Masa lebih singkat (6 hingga 9 bulan), – Tiada Mata Pelajaran Umum (MPU) – Tiada pra-syarat akademik (cuma perlu Sijil Kemahiran Malaysia 3 ke atas atau pengalaman industri > 3 tahun) – Pendekatan pembelajaran bersifat aplikasi – Halatuju kerjaya – industri – Cara pembelajaran – fleksibel – Persijilan pelbagai – berdasarkan tahap – Yuran penggajian – Ekonomi – Pengeluaran KWSP (epf withdrawal) – Tuntut dari PSMB (HRDF claimable) sekiranya syarikat berdaftar dengan PSMB
BPN IPT/ILKA/ILKS ini cuma RM200, bantuan sekali bayar (one off).
FAQ/Soalan Lazim
Soalan 1: Berapakah nilai Bantuan Pelatih One-Off ini? Jawapan 1: Bantuan Pelatih One-Off ini adalah berjumlah RM200.
Soalan 2: Siapakah yang layak menerima Bantuan Pelatih One-Off ini? Jawapan 2: Pelatih yang memenuhi kriteria berikut layak menerima Bantuan One-Off : i. Warganegara Malaysia; ii. Pelatih sepenuh masa Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) yang telah berdaftar di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia; dan iii. Berstatus aktif bermula 31 Mac 2020 atau belum tamat latihan pada 31 Mac 2020
Soalan 3: Bagaimanakah cara pelatih ingin memohon BPN IPT/ILKA/ILKS ini? Jawapan 3: Pelatih boleh berhubung dengan Pegawai Penyelaras di Pusat Bertauliah (PB) masing-masing.
Soalan 4: Bagaimanakah bantuan ini disalurkan kepada pelatih? Jawapan 4: Sekiranya memenuhi syarat di perkara 2, bantuan akan disalurkan kepada pelatih yang layak ke dalam akaun pelatih melalui kaedah berikut: i. Pelatih yang menjalani latihan di bawah institusi/agensi berikut iaitu Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bahagian Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (BPLTV), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) serta Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) hendaklah berhubung terus dengan institusi/agensi tersebut. Bayaran akan diuruskan institusi/agensi masing-masing dan bukan oleh JPK; ii. Pelatih di bawah PB selain dari institusi/agensi di perkara 4(i) hendaklah menghubungi Penyelaras PB masing-masing untuk mengemaskini perkara berikut: a. No kad pengenalan b. Nombor akaun bank dan nama bank. c. No telefon bimbit/email iii. PB SLaPB perlu mengemaskini maklumat pelatih di dalam Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) bagi setiap pelatih selewat-lewatnya 30 April 2020 bagi tujuan pembayaran. Bantuan akan disalurkan kepada pelatih yang layak ke dalam akaun pelatih masing-masing. iv. Bagi tujuan audit selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PB hendaklah menyimpan rekod pelatih yang memohon bantuan seperti berikut: a. Salinan kad pengenalan b. Salinan penyata/buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank)
Soalan 5: Bagaimana sekiranya pelatih tidak memiliki akaun bank? Jawapan 5: Bantuan hanya akan disalurkan kepada akaun pelatih sahaja. Pelatih perlu membuka akaun bank sekiranya masih belum memiliki akaun bank sendiri.
Soalan 6: Bolehkah bantuan disalurkan melalui akaun ibu,ayah atau saudara mara? Jawapan 6: Tidak. Pelatih MESTI mempunyai akaun bank sendiri.
Soalan 7: Bolehkah pelatih membuka akaun di mana-mana bank? Jawapan 7: Ya. Pelatih boleh membuka akaun di mana-mana bank tempatan. Mana-mana akaun yang dibuka dengan bank tempatan sama ada konvensional atau islamik, boleh diterima. Akaun Tabung Haji dan Akaun Amanah Saham tidak dibenarkan untuk bantuan one-off ini.
Soalan 8: Bagaimanakah pelatih ingin menyemak status kelayakan masing-masing? Jawapan 8: Pelatih boleh menyemak status kelayakan melalui Pegawai Penyelaras PB masing-masing.
Soalan 9: Adakah pelatih yang sedang mengikuti latihan industri layak menerima bantuan ini? Jawapan 9: Pelatih yang sedang mengikuti latihan industri layak menerima bantuan ini.
Soalan 10: Sekiranya pelatih sedang menjalani latihan industri, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bantuan ini? Jawapan 10: Pelatih boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di PB masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan bantuan ini.
Soalan 11: Adakah pelatih yang sedang mengikuti program Persijilan Tahap Tunggal DKM dan DLKM layak menerima bantuan ini? Jawapan 11: Ya. Pelatih layak menerima bantuan ini.
Soalan 12: Sekiranya pelatih tersebut berdaftar di bawah program MQA dan Persijilan Kemahiran Malaysia dalam masa yang sama, bolehkah pelatih memohon bantuan bagi kedua-dua jenis persijilan? Jawapan 12: Tidak boleh. Pelatih hanya layak terima sekali sahaja. Jika pelatih telah memohon bantuan melalui Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), pelatih tidak perlu lagi memohon bantuan ini kepada Kementerian Sumber Manusia.
Soalan 13: Adakah calon DKM dan DLKM PPT boleh menerima bantuan? Jawapan 13: Tidak boleh. Bantuan ini adalah kepada pelatih bagi PB SLaPB dan PB SLDNyang menjalani latihan secara sepenuh masa bagi program DKM dan DLKM.
Soalan 14: Adakah pelatih yang telah berhenti atau tangguh pengajian sebelum atau dalam tempoh PKP layak menerima bantuan ini? Jawapan 14: Tidak. Hanya pelatih yang berstatus aktif pada 31 Mac 2020 sahaja yang layak menerima bantuan ini.
Soalan 15: Adakah pelatih yang akan tamat latihan pada bulan Mei 2020 layak menerima bantuan ini? Jawapan 15: Layak. Pernyataan ini adalah merujuk kepada pelatih yang sedang mengikuti latihan dan berstatus aktif di PB masing-masing pada 31 Mac 2020.
Soalan 16: Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung dengan bantuan ini, siapakah pegawai yang boleh dirujuk? Jawapan 16: Pelatih boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di PB masing-masing.
Soalan 17: Adakah pelatih yang tamat latihan sebelum 31 Mac 2020 tetapi belum menduduki Penilaian Akhir dan Lawatan Verifikasi PPL layak menerima bantuan ini ? Jawapan 17: Layak, mereka termasuk pelatih yang masih berstatus aktif.
Halatuju Lepasan SPM 2019 – Laluan akademik & Sijil Kemahiran Malaysia / TVET
Apakah halatuju anda sebagai lepasan SPM 2019? Tahniah kepada anda jika lulus SPM 2019 dengan cemerlang. Dengan keputusan yang baik, pilihan anda memanglah banyak. Laluan akademik seperti Matrikulasi, Program Asasi, STAM/STPM dan Diploma Akademik adalah antara pilihan anda.
Ya, jangan ingat program kemahiran cuma untuk mereka yang gagal/tidak cukup kredit untuk SPM.
Sejak keputusan SPM keluar pada 5 Mac 2020, ramai pelajar dan ibu bapa lepasan SPM 2019 telah mesej, whatsapp atau hubungi min berkenaan kursus yang boleh diambil, terutamanya mereka yang tidak cukup kredit/gagal SPM Sejarah/BM.
Untuk pengetahuan anda, kursus kemahiran rata-ratanya cuma perlukan kemahiran 3M, boleh Membaca, Mengira & Menulis. Ini kerana fokus adalah pada kemahiran tangan/hands-on (70%) berbanding dengan teori (30%).
Dan untuk membantu anda/anak anda memilih kursus kemahiran/TVET, pertama sekali tanya anda/anak anda sendiri apakah minat atau hobinya. Adalah lebih penting pemilihan kursus berdasarkan minat anda/anak anda, bukannya berdasarkan kursus apa yang paling panas/popular.
Berikut adalah beberapa contoh lazim pemilihan program (pencarian kursus di Pusat Bertauliah JPK adalah mengikut nama/kod program) berdasarkan minat:
Automotif – G452-002-2:2018 atau kod lama TP-300-2/2:2013 Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan Kimpalan – MC-024-2:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam Masakan/kulinari – HT-012-2:2012 Penyediaan & Pembuatan Makanan Bakeri – HT-013-2:2011 Pembuatan Roti Kecantikan – MP-060-2:2013 Perkhidmatan Estetik ECE – T982-001-3:2017 atau kod lama CC-011-3:2012 PENDIDIKAN & PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK
Anda juga boleh muat turun Daftar NOSS untuk mengetahui semua standard pekerjaan yang telah dibangunkan setakat ini (namun, tidak semua program ada penyedia latihannya).
Akhir sekali, sekiranya anda dah ada SKM3 dan ke atas (DKM, DLKM) atau pengalaman industri >3 tahun, anda juga berpeluang untuk melanjutkan ke ijazah eksekutif (program URise) dari Universiti Tun Abdul Razak ataupun diploma, ijazah sarjana muda (Bachelors) & ijazah sarjana (Masters) melalui laluan APEL jika dah berumur 20,21 & 30 tahun masing-masing.
Jadi, SPM sudah bukan segala-galanya. Tanpa SPM juga boleh lanjutkan sehingga ke Universiti ya.
Mohon kursus kemahiran / TVET anda sekarang (SWASTA & BERBAYAR)
Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad (PP-PPD-PPB Siri D19/03/2020 di www.skkm.gov.my)
Who should attend this induction course? / Siapa yang patut hadir kursus induksi Mac 2020 (PP-PPD-PPB) ni?
a) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels / Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK): i) Assessor / Pegawai Penilai (PP) ii) Internal Verifier / Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) iii) Centre Manager / Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) b) Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre / Individu yang terlibat dengan pengendalian Pusat Bertauliah c) External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first / Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) – Need to attend PPL Induction Course d) Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System / Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad (PPL Siri L4/02/2020 di www.skkm.gov.my)
Siapa yang boleh ikuti kursus induksi Mac 2020 (PPL)? (tak sama dengan lantikan):
Warganegara Malaysia atau PR DAN
18 tahun ke atas
Lulus induksi PP-PPD-PPB
Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):
Pengalaman kerja 10 tahun (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) ke atas dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
Objektif kursus induksi PPL:
Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN
Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)
Peluang memang banyak, ada yang mungkin dapat rezeki 5 angka sebulan jika buat dengan baik secara sepenuh masa.
(PP-PPD-PPB Siri D19/03/2020 di www.skkm.gov.my) (PPL Siri L4/02/2020 di www.skkm.gov.my)
Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi: Nora@03-62429999 ATAU Melvin@012-312343
PERHATIAN: Kursus Mac 2020 telah ditunda (disebabkan PKP/PKPB) ke tarikh yang bakal diumumkan. Masih menunggu kelulusan SOP yang bakal diumumkan oleh urus setia pada bulan Jun 2020. Sila rujuk sini untuk maklumat selanjutnya.