Tag Archives: HVAC

NOSS dan MSIC – Apa tu?

Malaysia Standard Industry Classification (MSIC) adalah klasifikasi standard bagi aktiviti ekonomi di Malaysia. Ia bukan berdasarkan sesuatu barangan/perkhidmatan/pekerjaan.

Bertujuan menyediakan kategori aktiviti ekonomi yang boleh digunakan sebagai asas dalam pengumpulan dan statistik aktiviti ekonomi negara.


Muat turun daftar NOSS dari www.jpkmalaysia.com/noss

Bagi yang sudah tahu & sedang jalankan program NOSS, ingat beli NOSS baru dari JPK sebelum anda membaharui program. Jika nak tahu lebih lanjut, terutamanya mereka yang dah lama ikuti induksi PP-PPD-PPB atau PP-PPT, ambilah peluang ni untuk ambil semula kerana banyak rombakan telah dibuat. Harga istimewa untuk pelanggan I Smart Educare untuk refresher.
Boleh rujuk jadual induksi 2019 di sini.

Antara program hangat yang telah guna kod MSIC adalah:

G452-002-2/3:2018 Perkhidmatan Pembaikan/Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan @ Automotive
F432-003-3:2017 Operasi Pemasangan & Penyenggaraan Penghawa Dingin dan Pengudaraan Mekanikal @ 3 Phase HVAC
I551-003-2/3:2018 Operasi Pengemasan @ Housekeeping
I561-002-2/3:2018 Operasi Servis/Penyeliaan Makanan & Minuman @ F&B

CPC GS452-003-2:2018 (Ada 2 Elektif) (dulu TP-300-2:2016)
CPC F432-003-3:2017 (dulu ME-020-3:2012) @ 3 Phase HVAC
CPC I551-003-2:2018 (dulu HT-050-3:2012) @ Housekeeping
CPC I561-002-3:2018 (dulu HT-010-3:2012) @ F&B

Ingat, anda boleh beli NOSS dari JPK Putrajaya, Cyberjaya, pejabat-pejabat Wilayah atau kalau takda masa nak pergi sana, boleh rujuk dengan min dulu.

UTeM tawar bidang HVAC bermula tahun ini

UTeM tawar bidang HVAC bermula tahun ini

Program tersebut berkonsepkan tiga tahun pengajian di kampus dan satu tahun latihan industri. – Gambar hiasan

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menawarkan pengajian peringkat Sarjana Muda dalam bidang Penyejukan dan Sistem Penyaman Udara (HVAC), bermula tahun ini.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM Prof Datuk Dr Mohd Razali Muhamad berkata program berkonsepkan tiga tahun pengajian di kampus dan satu tahun latihan industri itu bertujuan memberi lebih pendedahan dan pengalaman menempuh alam pekerjaan agar mereka lebih berdaya saing dalam memenuhi kehendak industri.

Beliau berkata inisiatif itu bertepatan dengan aspirasi Kementerian Pendidikan iaitu gabungan program pengajian di universiti dan latihan industri jangka panjang dengan pihak industri.

 

“UTeM turut menjalin kerjasama strategik dengan pihak industri dalam sektor HVAC, Prihoda Malaysia Sdn Bhd bagi memudahkan proses penempatan penuntut bidang berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Razali berkata tiga syarikat dari sektor sama turut menyatakan hasrat bagi menjayakan program ini iaitu LTC Building Services Sdn Bhd di Seri Kembangan, Expertise: HVAC Services and Maintenance serta ACSON Malaysia Sales and Service Sdn Bhd.

Beliau berkata UTeM terus komited bagi menjana graduan berkompetensi tinggi dan memberi impak besar kepada sektor perindustrian di dalam dan luar negara dengan melaksanakan pelbagai strategi bersepadu.

Sementara itu, Pengarah Prihoda Malaysia Sdn Bhd Lee Wee Pin menzahirkan rasa gembira dan yakin akan membina hubungan baik dengan UTeM menerusi kerjasama tersebut.

“Program ini turut memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak yang mana industri memerlukan idea baharu daripada institusi pengajian tinggi bagi menambah baik lagi sistem sedia ada ke arah revolusi industri 4.0, manakala penuntut pula mempunyai tempat untuk menjalani latihan industri dalam tempoh yang lama,” katanya.

Sumber: BERNAMA