Tag Archives: I-031-3:2014

Syarat Lantikan Guru Vokasional@Pegawai Penilai – VTO sahaja?

Syarat Lantikan Pegawai Penilai - VTO
Calon internship – pembentangan kepada PPL pada penghujung 720jam internship

Tahukah bahawa syarat lantikan guru vokasional@Pegawai Penilai adalah tidak sama dengan tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)?

Secara ringkasnya:

Tenaga pengajar – Pemegang sijil kemahiran/diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, walaupun tiada sijil Vocational Training Operation – VTO.
Boleh mengajar tapi TAK BOLEH MENILAI (tandatangan portfolio calon program SKM/DKM/DLKM)

Pegawai Penilai – Mengikut Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Boleh mengajar DAN MENILAI/TANDATANGAN portfolio calon program SKM/DKM/DLKM.

Dalam konteks SKM, minimum adalah SKM3, kecuali bidang tertentu yang tiada Tahap 1-3, DKM/DLKM, Diploma & Ijazah akademik tapi bidang berkaitan boleh diterima.
DAN
SKM bidang Pengajar Vokasional yang dimaksudkan adalah Sijil VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO), I-031-3:2014

Jadi, boleh dikatakan peluang pekerjaan Pegawai Penilai adalah lebih tinggi berbanding tenaga pengajar (sebab tak boleh nilai)

Namun, selain SKM3 ke atas & siijl VTO, anda perlu juga ada sijil
Induksi PP-PPD-PPB (Siri D1/12/2019 pada 7&8 Dis 2019) supaya layak dilantik sebagai Pegawai Penilai.

8.30-5pm untuk 2 hari

RUMUSAN: PP perlu ada:
1. SKM3 ke atas
2. Sijil VTO
3. Sijil Induksi PP-PPD-PPB

Syarat-syarat memasuki kursus VTO :-

✅ SKM 3
✅DKM (TAHAP 4) @
✅DLKM (TAHAP 5)

Kelulusan dari :

✔KOLEJ VOKASIONAL
✔ILP
✔IKBN
✔IKTBN
✔IKM
✔KKTM
✔GIATMARA
✔ADTEC
✔ KOLEJ-KOLEJ KEMAHIRAN SWASTA
✔ PEKERJA MAHIR YANG INGIN MENJADI PENGAJAR KEMAHIRAN

📌PENGAMBILAN Dis 2019
📌Tempoh: 9 bulan (Sepenuh Masa) atau 12 bulan (Separa Masa)
📌Kelas teori 3 bulan (Sepenuh Masa) atau 6 bulan (Separa Masa)
📌Praktikal Mengajar 6 bulan

*Sijil VTO dikeluarkan oleh JPK, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA*
=============================================

👩🏻‍🏫 Baca lebih lanjut tentang kegunaan/faedah sijil VTO di www.jpkmalaysia.com/kursus-vto 
👩🏻‍🏫 Rujuk jadual kursus induksi PP-PPD-PPB di sini
👩🏻‍🏫 Baca cara untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara PPT (pengalaman kerja) di sini

=============================================

TEMPAT TERHAD – Pengambilan lepas ni Julai 2020

Lepasan KV, pemegang Diploma/Ijazah bidang teknikal boleh ambil VTO?

Lepasan KV boleh ambil VTO?

Ya, lepasan KV dan pemegang diploma/ijazah bidang teknikal boleh ambil VTO.

Sekiranya anda ada DVM, Diploma atau Ijazah akademik, anda akan layak jadi TENAGA PENGAJAR & juga PEGAWAI PENGESAH DALAMAN (walaupun tanpa Sijil Kemahiran Malaysia tapi kena ada sijil induksi PP-PPD-PPB).
Sekiranya anda ambil VTO, anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP).
Cuma pastikan bidang kelayakan anda tu sudah ada dalam Daftar NOSS supaya anda dapat jalankan internship (praktikal mengajar di Pusat Bertauliah JPK awam/swasta) selama 6 bulan setelah habis kursus teori.

Sumber: Razidah binti Sagap, Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru, CIAST

Tarikh-tarikh pengambilan

1) Kursus VTO
Pengambilan akan datang: bulan Nov/Dis, akan ditentukan kemudian

2) Induksi PP-PPD-PPB
Tarikh: 8-9 Oktober di Kepong Metro Prima (sekiranya anda di negeri lain yg jauh, tolong maklumkan, mungkin ada alternatif)
Tarikh tutup: 30 Sept

Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-62429999 atau 012-3123430.

Lepasan KV boleh ambil VTO
Identifying WA

TERKINI!

Mulai 1/1/2019, syarat untuk mengambil kursus VTO adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3