Tag Archives: IT

Pengambilan pekerja bidang IT, minyak dan gas meningkat

Pengambilan pekerja dalam bidang perkhidmatan teknologi maklumat (IT), telekomunikasi/Internet dan industri minyak dan gas (O&G) meningkat dalam enam bulan lalu. – Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT), telekomunikasi/Internet dan industri minyak dan gas (O&G) masing-masing mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 35 peratus dan 16 peratus dalam tempoh enam bulan lalu dari segi pengambilan pekerja secara dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Monster.Com bagi Asia-Pasifik dan Timur Tengah, Abhijeet Mukherjee, berkata berdasarkan Indeks Pekerjaan Monster, sektor perkhidmatan pelanggan mencatatkan pertumbuhan enam peratus tahun ke tahun dalam pengambilan, diikuti perisian, perkakasan, profesional telekomukasi, yang menambah tiga peratus.

“Sektor IT dan O&G adalah dua daripada sembilan industri yang memperlihatkan pertumbuhan. Kedua-dua sektor ini menunjukkan pertumbuhan kukuh masing-masing sebanyak 28 peratus dan 16 peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, sektor lain seperti perbankan, perkhidmatan kewangan dan industri insurans (BFSI) mencatatkan penurunan 12 peratus, manakala permintaan untuk profesional jualan dan pembangunan perniagaan turut merosot pada asas 10 peratus tahun ke tahun pada November.

Pengambilan secara dalam talian dalam industri BFSI di Malaysia mengalami penurunan selama 11 bulan sejak awal tahun ini.

“Menurut firma penyelidikan, ketidaktentuan dasar makro selepas pilihan raya mewujudkan kelembapan kesan terhadap pertumbuhan sektor perbankan, dan penganalisis turut menjangkakan pertumbuhan pendapatan teras juga rendah tahun ini.

“Sektor kewangan yang sebelum ini didorong oleh keputusan manusia dan pembuat keputusan, kini semakin berubah, susulan kemunculan teknologi baharu, khususnya automasi pintar,” katanya.

Beliau berkata bank perlu memberi tumpuan dengan mengambil pekerja yang pakar dalam teknologi tertentu.

“Membangunkan strategi bakat yang menangani latihan semula secara menyeluruh, mengenal pasti kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk bersaing pada masa depan, selain menarik, mengekalkan bakat yang tepat sangat penting dalam sektor ini,” katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my

Komen: Bidang IT ni agak meluas, jadi sebelum anda menawarkan program TVET/kursus vokasional bidang IT, kajilah dulu keperluan industri. Begitu juga dengan bidang O&G.

PUSAT BERTAULIAH JPK UNTUK DIJUAL (KL, PERAK, TERENGGANU & JOHOR) / DIPERLUKAN (KL/PJ)

WANTEDWANTEDBerikut adalah senarai PB yg nak dijual

1) KL (ada PTPK, MOTAC, MOF) – Tawaran sehingga hujung bulan Julai sahaja
Program Tourist Guide, PTPK sampai 2020.

2) Terengganu (ada PTPK, MOF,SLDN, sykt Bumi) Lesen sehingga 26/5/18
Program MP-060-2/3:2013
Ada pembiayaan 1Master & UPEN

3) Muar, Johor
Program IT-020-3/4:2013  Lesen sehingga April 2018, juga PB-PPT
Sewa premis sampai 2020.

4) Perak
Program EE-320-2,3:2012 (ada PTPK, sykt Bumi) Lesen sehingga 29/4/2020
Kalau berminat, sila emel ke ismarteducare @ gmail.com atau hubungi 012-3123430

PB yang nak dicari pula adalah seperti berikut:

1) Kawasan PJ/Sel (program kulinari, bakeri, pastri…)
2) PB yang ada lesen KDN sekali (PB Antarabangsa)

Kalau anda ada PB yang hendak dijual dan memenuhi syarat di atas, sila emel ke ismarteducare @ gmail.com atau hubungi 012-3123430