Tag Archives: Jabatan Pembangunan Kemahiran

Tahfiz TVET peluang cerah pelajar tahfiz dapat pekerjaan

Tahfiz TVET peluang cerah pelajar tahfiz dapat pekerjaan

Kementerian Sumber Manusia telah menyiapkan pelan tindakan (blueprint) 2025 di bawah Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang membabitkan enam kementerian untuk meluaskan lagi projek Latihan Vokasional dan Pendidikan Teknikal (TVET).

Timbalannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, program Tahfiz TVET merupakan langkah pertama untuk meluaskan lagi latihan kemahiran kepada anak muda Tahfiz mengikut keperluan industri semasa.

Katanya, kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merancakkan TVET secara lebih baik dengan elemen Tahfiz yang dibawa.

“Kita sedang dalam memasukkan pelan ini ke dalam Rancangan Malaysia Ke 12 supaya menjadi persiapan untuk kita lebih bersungguh-sungguh menyediakan dana mencukupi terutama dalam menghadapi Industri Revolusi 4.0.

“Saya harap dengan adanya TVET Tahfiz ini, perhubungan dua latar belakang yang berbeza dapat dipertemukan di mana tenaga pengajar tahfiz sedikit sebanyak dapat mempelajari ilmu kemahiran Industri Automasi dan Robotik. Malah guru TVET juga dapat memahami tentang Tahfiz.

“Saya menyeru ibu bapa supaya tidak bimbang untuk hantar anak-anak mereka dalam program TVET Tahfiz ini malah kita harus lihat sebagai salah satu masa depan mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perasmian TVET Tahfiz dan Sambutan Aidilfitri Encounter Corridor Training Centre (ECTC), di Galleri Klang Sentral, hari ini.

Datuk Mahfuz Omar beramah mesra dengan pelajar tahfiz dalam majlis yang diadakan hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Enter Coridor, Ahmad Radzi Yusof; Pengetua Maahad Tahfiz Al Quran Wa As Sunnah (MTAQWA’S), Ahmad Zaki Abdul Latif; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Dalam majlis sama, beliau turut menyokong pendekatan ‘MenTVETkan tahfiz dan menTahfizkan TVET’ sebagai salah satu agenda yang dibawa oleh kerajaan untuk memperkasakan pendidikan Tahfiz.

Katanya, peluang tersebut akan membuka peluang lebih luas kepada pelajar tahfiz menceburi bidang kemahiran yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) tanpa mengabaikan hafazan mereka.

“Saya juga berharap Jabatan Zakat dapat tampil membiayai memberikan dana kepada anak-anak tahfiz untuk program tvet yang sudah tentu akan membentuk pemikiran baru di luar kotak dimana Tahfiz tidak semestinya menjadi imam dan bilal sahaja apabila mereka keluar bekerja kelak,”ujarnya.

Sementara itu, Ahmad Radzi berkata, program TVET Tahfiz sama sekali tidak mengganggu proses pembelajaran dan penghafazan anak-anak Tahfiz.

Malah katanya, program ini dapat memberikan penekanan bersifat ‘serampang dua mata’ membabitkan latihan kemahiran dan menghafaz al-Quran kepada pelajarnya.

“Waktu belajar dan menghafaz mereka tidak akan terganggu. Program hafazan hanya akan berlangsung pada sebelah malam. Manakala program latihan TVET ini bermula jam 8pagi sehingga jam 5 petang.

“Untuk pilot project yang pertama kali di adakan ini, pengambilan pelajar tahfiz untuk sesi pertama latihan TVET seramai 35 orang,”ujarnya.

Program hari ini turut menyaksikan tandatangan memorandum persefahaman antara ECTC dan MTAQWA’S.

Sumber: malaysiadateline.com

Komen: Min cuma ingin tahu, kursus TVET tahfiz ni akan dapat sijil apa nanti?
Pastinya bukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kan?
Siapa boleh tolong jawab?


Kolej TVET di Pulau Pinang untuk Dijual

Pusat Bertauliah (PB) berdaftar dgn Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) 
– Pendaftaran penuh sah sehingga 2020
– Pendaftaran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sehingga 2021
– Pendaftaran Kementrian Kewangan & Taraf Bumiputera masih sah sehingga 2021
– Peruntukan Kuota Dana TVET PTPK Tahun 2019 (Jumlah nilai RM350K)
– Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Industri & Jaminan Penempatan Pekerjaan

Kursus yg berdaftar :
1. Juruteknik Elektronik Industri (Peralatan)
– EE-021-2-2012
– EE-021-3-2012
2. Juruteknik Rangkaian Komputer
– IT- 030-3-2013

Berminat (serious buyer only) sila emel ke ismarteducare@gmail.com

Pertemuan NGO-NGO TVET dengan Pengurus Besar PTPK


04.02.2019 | PERTEMUAN NGO-NGO TVET DENGAN YBHG. ENCIK MOHD FATHULLAH BIN MUSTAPHA, PENGURUS BESAR (PENGURUSAN), PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK).

Pertemuan adalah mendapatkan penjelasan dan titik penyelesaian bagi isu arahan pekeliling bertarikh 31 Januari 2019 – Ruj: PTPK.P&P.100-3/1 Jld 17 (7) berkenaan Syarat-syarat Baru Permohonan Dana TVET Pinjaman Latihan Kemahiran Skim Pinjaman Lepasan Sekolah Tahun 2019 Bagi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1, 2 dan 3. Dapatan dari perbinncangan yang dapat saya kongsikan ialah:

01. Tiada lagi kaedah agihan kuota bantuan kepada Penyedia Latihan (PL) sebaliknya peruntukan yang sedia ada perlulah dibida dengan syarat-syarat tertentu.

02. Tahun 2019 adalah menggunapakai pendekatan Industry Driven Funding yang sifatnya menekankan kepada kebolehpekerjaan.

03. Bantuan pinjaman kepada pelatih perlulah akhinya menyediakan pekerjaan yang merubah kehidupan. Ini yang perlu difahami oleh PL.

04. Penilaian melalui pemarkahan yang berbeza-beza apabila PL mampu menyediakan MOA atau MOU atau LOI atau Conditional Letter dari industri berkaitan penempatan pekerjaan kepada pelatih apabila tamat latihan. Walaupun ianya diperdebatkan, namun PTPK menyakini PL mampu membina hubungan dengan industri dan akhirnya manfaat kepada pelatih yang juga merupakan peminjam.

05. Cuma PKPB kekal menolak syarat dokumen berkenaan tidak membenarkan di tandatangani oleh PENGURUS SUMBER MANUSIA. Dokumen perlu ditandatangi oleh Pemilik atau Pengurusan Tertinggi. PKPB melihat syarat ini sesuatu yang “bikin lawak”. Dalam persekitaran perniagaan semasa, telah berlaku perubahan amalan pengurusan sumber manusia yang dahulunya hanya berperanan sebagai pusat khidmat dan sokongan untuk organisasi. Kini, ia lebih daripada sekadar memproses gaji dan pengambilan pekerja baharu. Dalam dunia moden, seorang pengurus sumber manusia memegang beberapa portfolio: rakan niaga, agen perubahan; pentadbir dan pembela para pekerja. Merujuk kepada beberapa kenalan HR Manager, terdapat 3 tugas teras seorang HR iaitu
a. A Line Function,
b. A Coordinative Function
c. Staff Functions [Assist and Advise]

06. PKPB menyokong perlunya Nilai tambah (Added Value) atau Dual Certification di dalam latihan perijilan kemahiran sedia ada. Di dalam hal ini, PKPB mengesyorkan agar Industry Lead Body (ILB) yang dilantik Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK) di beri kuasa mengeluarkan sijil tambahan kompetensi berdasarkan industri masing-masing. Menghakupayakan ILB melalui persijilan kepada pelatih akan senang di kawal kualitinya berbading persijilan antarabangsa yang lain.

07. Masih lagi dengan Nilai Tambah (Added Value), PTPK perlu melihat mana-mana PL yang ada program pembangunan belia melalui kemahiran insaniah/softskills hendaklah juga diberi pemarkahan yang baik.

08. PL yang melaksanakan single-tier DKM / DLKM tiada penetapan bilangan peruntukan.

09. Pembidaan bagi peruntukan pinjaman untuk SKM 1-3 tidak melihat kepada kapasiti JPK semata-mata sebaliknya kepada kemampuan PL memenuhi syarat yang ditetapkan.

Apa pun, PKPB melihat sudah sampai masanya semua pihak mengubah cara berfikir dan bekerja dalam menyantuni atau membantu membina anak muda hari ini untuk masa depan negara yang hebat. Isu ini masiih panas dan proses rundingan msih berjalan.

Turut hadir dalam pertemuan ini selain PKPB ialah Persekutuan Pusat-Pusat Bertauliah JPK Swasta Malaysia (FEMAC). Gabungan ILKS Bumiputera (GILKSB). Gabungan ILKS India Malaysia (GAPKIM). Gabungan Pusat-Pusat Kemahiran Swasta Terengganu (GAKENT) dan Tan Sri Zainal Rampak, Tokoh TVET.

Kredit:
RIZAN HASSAN
06.02.2019

Adakah PERUNDING (kursus induksi/SKM/VTO/pentauliahan pusat) anda bercakap benar??

If you don’t understand Malay well, can always email or call us for further explanation.
如果您不太了解马来语,可以随时发送电子邮件或致电我们进一步了解详情

Selama 18 tahun min berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran ni (terutamanya yang berkaitan dengan JPK), macam-macam kes penipuan telah min jumpa/dengar.

Berikut adalah senarainya, tak terhad kepada ini sahaja (mungkin min lupa atau tak pernah dengar/jumpa tapi memang berlaku):

1. Sijil induksi PALSU – Sebelum ni, tahun 2000an, memang ada sesetengah penganjur yang hit & run, cetak sijil sendiri & JUAL kepada peserta (tak perlu ikuti kursus). Ia samalah seperti penjualan sijil/diploma/ijazah di universiti ataupun sijil cuti sakit. Namun, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambil langkah untuk membendung perkara ni dari berlanjutan dimana:
a) Penganjur tidak boleh cetak sijil sendiri lagi
b) Sijil telah ada ciri-ciri keselamatan (bukan setakat no siri sijil sahaja) – itu yang menyebabkan kekadang sijil dapat lambat sebab JPK kehabisan sijil & perlu tunggu stok dari Percetakan Nasional Malaysia

TIPS: Cari penganjur yang sudah lama (> 10 tahun kalau boleh) & kerap menganjur (lebih 6 kali setahun) kerana mereka tidak berani bertindak sebarangan & juga senantiasa mengikut perkembangan terkini. Ia juga mengurangkan kemungkinan penganjur menunda kursus induksi berkali-kali, ia berlaku terutamanya penganjur adalah baru dan tiada peserta berkumpulan besar.


2. Bukti PALSU – Ini kerap berlaku terutamanya dalam permohonan SKM secara PPT.

Ini mungkin salah sesetengah pemohon, ada yang sememangnya tahu dia tak layak tapi BAYAR perunding untuk kaodim, biasanya beribu-ribu.
Macam mana min tahu? Sebab ada kisah benar yang diceritakan oleh PPL-PPT (Pegawai Pengesah Luaran yang mengesahkan penilaian PP-PPT).
Cth: Ada seorang lelaki yang langsung tak pernah terlibat dengan kecantikan (cuma ada perniagaan dalam bidang ni) mewujudkan bukti palsu (gambar/invois/sijil) tapi telah digagalkan oleh PPL-PPT yang memegang amanah beliau. Apa yang menggeramkan min adalah dengar khabar setelah calon (melalui perunding) minta PPL-PPT ditukarkan, calon tu LULUS.
Geram betul, calon/perunding/PPL-PPT seperti nilah yang menjahanamkan kualiti SKM #^@*%

TIPS: Baca Panduan Permohonan SKM secara PPT @ ikuti kursus induksi PP-PPT – jadual disini supaya anda ada sedikit idea apa yang diperlukan dan sekiranya dah faham, mohon terus dengan JPK, cuma RM300/setahap.

Kebelakangan ni, ada perunding yang menjanjikan calon yang tiada pengalaman mengajar bidang kemahiran bahawa mereka layak mohon VTO secara PPT.  Agak-agaknya buat bukti PALSU lagi kot. Ni juga kisah benar,  dimana 2 juruteknik auto yang tidak pernah mengajar dijanjikan oleh perunding bahawa mereka boleh dapat VTO secara PPT!

Itu yang menyumbangkan kepada banyak isu pemegang sijil VTO yang tidak boleh mengajar dengan baik ataupun tak tahu sangat tentang WIM (bahan pengajaran bertulis). Min tak nafikan juga ada Pusat Bertauliah VTO tertentu yang bagi ‘lesen terbang’, sehinggakan ada beberapa PB VTO yang telah ditarik pentauliahannya dan menyebabkan permohonan PB VTO baru/penambahan program VTO ni dibekukan.
Untuk pengetahuan anda, pengalaman mengajar minima adalah 4 tahun kalau nak mohon VTO secara PPT

3. Penjualan WIM yang tidak menepati format ataupun jumlah jam yang sepatutnya
Ha, ni berlaku bukan sahaja dalam dunia latihan kemahiran tapi syarikat gergasi MNC pun ada juga yang melakukan kesalahan sebegini.

Biasa lihat ni kan?

Sudah banyak PB/pembeli yang kantoi dengan janji-janji manis individu/perunding bahawa WIM yang mereka beli memenuhi spesifikasi/format JPK tetapi sebenarnya tidak.
Antara isu yang kerap timbul adalah:
1. Format (tidak mengikut format terkini)
2. Jumlah jam yang tidak menepati kehendak NOSS (sudah banyak kes untuk ni, terutamanya untuk program yang ada kes khas seperti FB-024-2 (1200j dan bukannya 800j)
3. Jadual Pembahagian WIM yang tidak menggunakan ayat yang betul ataupun setara dengan WIM yang dibangunkan

TIPS: Suruh penjual emelkan sampel WIM lengkap (ada Kertas Penerangan/Kerja/Tugasan, Pelan Mengajar Teori/Amali, Kertas Penilaian Pengetahuan (KA)/Prestasi (PA), lepas tu cross check dengan format WIM terikini (2017)  dan juga NOSS.

Cukuplah setakat ni, kalau anda ada sebarang lagi kes penipuan/janji tidak serupa bikin yang nak dikongsi (tak kira pasal SKM, induksi, pentauliahan PB, WIM ke apa) supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak tertipu,
sila emel ke ismarteducare@gmail.com, terima kasih.

Tips mencari perunding yang jujur:

1. Dah lama berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran (ni pun tak menjamin apa-apa)
2. Cuba dapatkan testimoni/pengesyoran dari 2-3 pihak, kalau ada.
3. Dapatkan pandangan/nasihat dari 2-3 individu/syarikat.
4. Sekiranya masih rasa was-was, sila rujuk dengan min atau lebih baik, JPK di 03-88865589.

* singkatan min bermaksud admin ya 😀