Tag Archives: JKKP

Pencarian TVET Influencer


TVET Influencer merupakan individu sama ada adiwira TVET atau selebriti yang menjadi idola dan role model kepada belia dalam bidang TVET.

KRITERIA TVET INFLUENCER
Permohonan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan TVET.

KATEGORI

  1. Kategori Selebriti
  2. Adiwira TVET

Wang Tunai dan Sijil Pengiktirafan untuk TVET Influencer yang dipilih.

Tarikh Tutup: 30 November 2019 (Sabtu)

Maklumat lanjut dan pertanyaan:
Tel: 03-8888 3150 (Agalita Joseph)
Emel: jkkptvet@moe.gov.my
Laman Web JKKPTVET: http://jkkptvet.moe.gov.my

Panduan Gaji Permulaan (160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran)

Tukang jahit, jurufoundri, mekanik, juruelektrik, pelukis pelan, kerani pejabat, pendandan rambut, jurusolek, pemandu pelancong, pembantu veterinar, juruteknik CNC, juruteknik automotif, juruteknik automasi robot, jurukimpal, juruteknik komputer, terapi spa, penolong jurutera pelbagai bidang, penolong pegawai latihan vokasional (PLV), pereka fesyen, jurutera pelbagai bidang adalah antara tajuk pekerjaan yang tersenarai dalam panduan ini.

Panduan ini dibangunkan khusus untuk lulusan Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia atau setaraf dengannya.

Pelbagai tajuk pekerjaan bawah Pensijilan Jabatan Keselematan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) turut dinyatakan dalam panduan ini.

Sekiranya anda tidak dapat masuk ke Institusi Latihan Kemahiran Awam yang tersenarai dalam panduan ini, anda boleh cuba mohon di Institusi Latihan Kemahiran Swasta.