Tag Archives: kursus kemahiran

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) – Ciri, kegunaan & kepentingannya

Definisi NOSS

Daftar NOSS terkini (Ogos 2019)

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS

✔️ Berasaskan keperluan pekerjaan.
✔️ Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
✔️ Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Kepentingan Kepada Majikan

  1. Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
  2. Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
  3. Menilai prestasi pekerja
  4. Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
  5. Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing

Kepentingan Kepada Pekerja

  1. Memberi maklumat skop tugas yang jelas
  2. Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
  3. Membantu dalam peningkatan kerjaya
  4. Menjadi penanda aras prestasi kerja
  5. Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
  6. Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian

Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih

  1. Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
  2. Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
  3. Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
  4. Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
  5. Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih

Secara ringkasnya,

Jika anda tak pasti apa kod program yang ingin dimohon untuk:

1. SKM secara PPT
2. Belajar kursus kemahiran/TVET (Sijil Kemahiran Malaysia – SKM)
3. Pentauliahan sebagai Pusat Bertauliah JPK /TVET atau SLDN

Sila muat turun DAFTAR NOSS (NOSS Registry) dan KENALPASTI
kod program anda.
Samada nak beli di Putrajaya/ Cyberjaya atau pejabat wilayah, ATAU dari admin (emel sahaja jika admin ada stok), jika anda tidak ingin bersusah payah pandu ke sana, bayar tol dan penat cari tempat letak kereta yang sangat terhad dan kena jalan jauh!
Admin cuma menyediakan khidmat nilai tambah ni, jadi sila BELI NOSS anda dari JPK tapi kalau nak cepat, takda pilihan lain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Restriction Movement Order)

NOTA: Mulai 1/6/19, NOSS adalah RM20/Tahap

BARU – NOSS yang berkaitan dengan IR 4.0

Banglasia atau Malaysia?

Banglasia adalah sebuah filem mengenai pekerja asing dari Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia. Ceritanya adalah mengenai perjuangannya mencari rezeki yang mencukupi sambil mengharungi pelbagai isu-isu kontroversi yang berlaku di Malaysia.


Dah tonton Dirty Harris yang asalnya seorang pegawai polis, datang ke Malaysia boleh pula jadi pekerja binaan, tukang masak, mekanik kenderaan motor, juru elektrik dsbgnya??

KEMENTERIAN Sumber Manusia bercadang menetapkan syarat kepada rakyat tempatan termasuk warga asing yang ingin bekerja dalam bidang kemahiran di negara ini perlu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) terlebih dahulu.

Timbalan Menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas mencapai kata sepakat dalam mesyuarat Pembangunan Kemahiran yang diadakan, baru-baru ini, dan akan dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebagai persediaan untuk lima tahun akan datang.

Katanya, warga asing khususnya yang mahu bekerja perlu mempunyai SKM dari negara ini, bukannya menggunakan sijil kemahiran dari negara lain.

“Kita mahu semua industri di negara ini mempunyai persediaan dan persiapan lebih awal bagi melahirkan tenaga kerja mahir.

“Dengan cara ini, barulah anak tempatan mendapat pasaran kerja lebih besar memandangkan majoriti yang memiliki SKM sudah tentunya rakyat Malaysia.

“Saya yakin industri yang ada dalam negara kita memerlukan pekerja yang mahir dan boleh memberikan hasil keluaran terbaik kepada industri di tempat mereka bekerja,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, hari ini.

Sumber: https://www.hmetro.com.my

Rasanya tak lama lagi pelajar kemahiran tempatan akan ada rakan sekelas dari Bangladesh, Pakistan, India, Indonesia dll


Tunggu apa lagi, dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia anda SEKARANG