Tag Archives: kursus VTO

Sijil VTO: Terbaik/Wajib untuk jadi Pengajar Kemahiran@Pegawai Penilai

Sijil VTO

Sijil VTO

Dikeluarkan & diiktiraf oleh :

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM)

Apakah Maksud VTO?

VTO adalah singkatan Vocational Training Operation @ Operasi Latihan Vokasional. Kursus VTO adalah untuk melatih pelajar dalam teknik mengajar bidang kemahiran dimana pelajar akan didedahkan dengan latihan pembangunan WIM (bahan pengajaran dan pembelajaran), teknik mengajar bidang kemahiran, pembangunan soalan teori dan amali dan lain-lain.

Siapa yang patut mengambil Sijil VTO ?

Individu yang berminat untuk menjadi pegawai penilai (WAJIB) / tenaga pengajar / cikgu / pensyarah di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Kelebihan Sijil VTO?

1. Sijil VTO diwajibkan mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar / cikgu / pensyarah) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

2. Melayakkan anda menjadi Pegawai Penilai (PP) program Modular ataupun SKK (Standard Ketrampilan Kebangsaan), tak perlu bazir duit untuk bayar RM2,500-2,800 lagi untuk sijil NCS TTT (NCS-004:2017).

3. Layak diberi pengecualian untuk sijil Train The Trainer HRDF/PSMB
Sijil TTT dari PSMB/HRDF diperlukan untuk mengajar kursus jangka pendek/korporat di bawah program PSMB. Yuran Kursus TTT adalah sebanyak RM2,500. Mereka yang memiliki Sijil VTO mendapat pengecualian mengikuti Kursus TTT dan hanya perlu membuat bayaran RM300 (jimat RM2,200) bagi mendapatkan Sijil TTT.

4. Peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar lebih tinggi
Tenaga pengajar TIDAK WAJIB untuk miliki sijil VTO tetapi ia membantu dari segi pengambilan bekerja sebagai pengajar sepenuh atau separa masa di kolej kemahiran kerajaan dan swasta. Ilmu serta teknik mengajar bidang kemahiran yang dipelajari juga membantu anda menjadi pengajar yang lebih mantap.

Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh sertai Kursus VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran

Testimoni Pelajar/Pusat Bertauliah

Testimoni pelanggan di Miri yang dijalankan secara in-house (Batch VIII)

Graduan VTO batch IX
Graduan VTO batch XI

MODUL VTO

  • COCU 1 TEACHING & LEARNING IMPLEMENTATION
  • COCU 2 COMPETENCY CURRICULUM DEVELOPMENT 
  • COCU 3 COMPETENCY ASSESSMENT DEVELOPMENT 
  • COCU 4 TEACHING & LEARNING MATERIALS DEVELOPMENT
  • COCU 5 CO-CURICULUM ACTIVITIES IMPLEMENTATION
  • COCU 6 TRAINING FACILITIES SAFETY & SECURITY ADMINISTRATION
  • COCU 7  INSTRUCTIONAL DELIVERY

    LALUAN LATIHAN / TRAINING PATHWAY I-031-3 2014
    Muat Turun Borang Permohonan VTO

Pendaftaran/pengambilan Jan/Feb 2021 (Separa masa@hujung minggu)

  • Pembelajaran: Online (masa PKPB) + Bersemuka
  • 6 bulan di Pusat Bertauliah I Smart Educare @ In-House (10 ke atas)
  • 6 bulan internship di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan anda (mesti bidang kemahiran/SKM anda)

Yuran pendaftaran: RM100
Yuran kursus: RM3,300 (bayar penuh) atau 3,500 (ansuran 7 bulan)
Bank: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Daftar VTO
Tenaga pengajar kemahiran diperlukan

Dapatkan Sijil VTO – Jadi HERO Untuk Membangunkan Graduan Kemahiran

tenaga pengajar kemahiran - I Smart Educare

Hampir setiap filem bencana – tak kira Independence atau World War Z atau Godzilla – ada saatnya salah satu watak akan melihat watak utama dan mengatakan ayat seperti “Nasib Bumi di tangan anda”. Hero kita selalu meneguk, kelihatan ketakutan dan kemudian bergegas untuk meletupkan asteroid atau mengalahkan makhluk asing sebelum mereka musnahkan bandar New York.

Mesej kepada anda yang ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran: Malaysia – dan dunia – bergantung kepada anda. Masa depan kita akan maju dan tumbang bersama graduan kemahiran, pembangun negara kita.

Kursus VTO – Apa itu VTO dan kelebihan sijil VTO?

Sebelum kita menjelaskan kursus VTO, baik kita tahu apa takrif VTO dan kelebihan sijil VTO.

1) Maksud VTO?
VTO – Vocational Training Officer (nama lama – kod I-031-3) / Pegawai Latihan Vokasional
VTO – Vocational Training Operation (nama baru – kod I-031-3:2014) / Operasi Latihan Vokasional
Ia merupakan satu kursus yang wajib bagi lantikan jawatan Pegawai Penilai (PP), bukan setakat tenaga pengajar kemahiran Malaysia di institut kemahiran kerajaan & swasta yang ditauliahkan oleh JPK.

2) Kelebihan sijil VTO@sijil pengajar vokasional?

a. Untuk melayakkan lepasan SKM untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK (Awam atau swasta), bukan setakat Tenaga Pengajar Kemahiran (TP)
Kursus dan sijil VTO diwajibkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai ( Pengajar / Pensyarah / Cikgu ) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia.
Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

b. Layak diberi pengecualian untuk sijil TTT HRDF (PSMB TTT)
Mereka yang mempunyai sijil VTO hanya perlu membayar RM300 (Jimat RM2,200-2,500) bagi mendapatkan Sijil TTT dari PSMB / HRDF. Kaedah biasa mendapatkan Sijil TTT adalah dengan mengikuti latihan (RM2,500-2,800) 

Bagi pemegang sijil kemahiran/diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, walaupun tiada sijil VTO, anda masih layak dilantik sebagai TENAGA PENGAJAR Kemahiran (bukan Pegawai Penilai).

Tenaga Pengajar Kemahiran bidang apa yang boleh menyertai Kursus VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran sebab kita perlukan tenaga pengajar kemahiran dari pelbagai bidang!

tenaga pengajar kemahiran - I Smart Educare
Tenaga Pengajar Kemahiran yang ramai diperlukan

Dan jika anda ada >4 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, bolehlah mohon VTO secara PPT.
Sekiranya tidak tahu konsep NOSS, pembangunan WIM yang diperlukan untuk pembentangan VTO-PPT nanti, boleh ikuti bengkel VTO-PPT (5 hari).

Syarat VTO-PPT

Kursus Percuma Penjana Kerjaya

Permohonan VTO 2021 akan datang:
Miri/Kota Kinabalu Pendaftaran/pengambilan Jan 2021
Kepong: Jan 2021

Brosur VTO I Smart Educare

Kursus Separuh Masa (Kepong)

  • Setiap Sabtu/Ahad 
  • 6 bulan di Pusat Bertauliah I Smart Educare @ In-House (10 ke atas)
  • 6 bulan internship di mana-mana Pusat Bertauliah JPK pilihan calon

Yuran pendaftaran: RM100
Yuran kursus: RM3,300 (bayar penuh) atau 3,500 (ansuran 7 bulan)
Bank: Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd

Pengambilan kursus induksi PP-PPD-PPB (Syarat WAJIB bersama sijil VTO untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai):
30-31 Jan di Rawang, Selangor (Sesi 2-3 Jan dah penuh)
Rujuk jadual induksi 2021 di sini

Muat turun Borang Permohonan VTO 2021 di sini.

Kursus Percuma Penjana Kerjaya
Halatuju Lepasan SKM3

Halatuju Lepasan SKM3 – DKM, Kerja, VTO ke Ijazah Eksekutif?

halatuju lepasan SKM3
Carta Halatuju Lepasan SKM3

Kita selalu baca artikel & iklan yang ditujukan untuk lepasan SPM. 5 hari lalu (3/6/20), keputusan permohonan UPU juga telah diumumkan. Bagaimana pula halatuju lepasan SKM3?

Tahniah kepada anda jika sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia 3.
Kalau belum ada, anda samada boleh belajar di mana-mana institut latihan kemahiran awam ke swasta. Jika dah ada pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, bolehlah mohon secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Tapi sebelum tu, sila kenapasti kod program yang anda nak mohon dulu dengan muat turun Daftar NOSS.

Baik, apakah pilihan yang ada jika dah ada SKM3?
Marilah kita lihat kelebihan & kelemahan setiap pilihan yang ada.
Artikel ni mungkin agak panjang, kalau anda dah tahu pilihan anda, terus ke pilihan tersebut.

A. Sambung DKM
B. Kerja di industri
C. Sambung VTO (Sijil Pengajar Vokasional)
D. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

A. Sambung ke Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Kelebihannya:

1. Peluang kerjaya (dan gaji) yang lebih baik/luas berbanding Sijil Kemahiran Malaysia sahaja.

halatuju lepasan SKM3 - kerjaya lebih baik
Kredit imej: The Economic Times

Dengan adanya DKM juga, anda boleh juga jadi Pegawai Penilai (PP) SKM atau DKM program yang sama, bukan setakat SKM sahaja (dengan syarat ada juga sijil VTO dan induksi PP-PPD-PPB)

2. DKM (termasuk SKM) SEPENUH MASA (bukan PPT) sudah diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA).
Oleh kerana ia juga diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), anda boleh sambung belajar ke Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS (ada program tertentu yang masih tertakhluk kepada keputusan Senat Universiti)

halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan SKM
halatuju lepasan SKM3 - Pengiktirafan kelayakan DKM
https://tinyurl.com/pengiktirafanDKM

Namun, adakah ia betul-betul diiktiraf oleh JPA untuk lantikan perkhidmatan awam, contohnya ke gred KA29?
Ia masih agak kabur kerana masih ada calon yang tak berjaya dengan kelayakan DKM (sepenuh masa). Min sendiri pun masih keliru. Lihat kisah benar di bawah, pengalaman yang dilalui oleh warga FB Group TVET Malaysia (5/5/20).
Min rasa DKM cuma diterima untuk sesetengah gred sahaja.

FB Survey on acceptance of DKM for JPA qualifications

Kelemahannya:-

1. Jika anda perolehi secara PPT, ia masih belum diiktiraf oleh Kerajaan bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)

2. Nilai Diploma tak setinggi Ijazah (bila dibandingkan antara DKM secara PPT dan Ijazah Eksekutif – kedua-duanya pun tanpa MQA).

Fikirkan, jika ada 2 pekerja yang sama-sama mahir & berkelayakan SKM3. Seorang ada tambahan Diploma dan seorang lagi ada Ijazah, majikan akan beri peluang kepada siapa dulu untuk naik pangkat?
Bukan setakat nilai komersial, status sosial pemegang diploma boleh dikatakan lebih rendah berbanding pemegang ijazah.

B. Kerja di industri

Kelebihannya:-

1. Mengasah kemahiran teknikal yang telah dipelajari serta menimba pengalaman industri

What is the right strategy to sharpen your skills and increase the ...
Kredit imej: www.reliablecounter.com

Anda boleh menambah serta meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran baru yang diperlukan oleh industri. Pengalaman yang diperolehi nanti juga membantu bila ingin sambung pelajaran kerana anda boleh mengaitkan dengan alam pekerjaan yang sebenar. Dan jika anda berminat jadi pengajar kemahiran nanti, pengalaman industri ini sangat berguna untuk anda menyampaikan ilmu kepada pelajar anda nanti.
Pengalaman anda tu juga membantu anda memohon DKM dan DLKM secara PPT ataupun Ijazah Sarjana / Sarjana Muda melalui APEL A.

2. Menjana pendapatan

Malaysia's ringgit takes a wild ride
Kredit imej: www.cnbc.com

Sekiranya keluarga anda tak mampu lagi untuk bayar yuran penggajian atau buat pengeluaran KWSP untuk sambung pendidikan (andai kata tak dapat pinjaman PTPK ke apa-apa institusi lain), baik juga anda kerja dulu untuk menjana sedikit pendapatan untuk anda serta keluarga anda. Jimat seboleh yang mungkin, kumpul wang untuk belajar bila mampu ataupun KWSP dah cukup dana.

Kelemahannya:-

1. Disebabkan SKM3 bertaraf sijil sahaja, gaji anda pun setakat tu sahaja. Peluang naik pangkat (tak kira awam ke swasta), pasti terbantut. Jadi, tangga gaji dan pangkat pun rendah. Memang kemahiran tu penting tetapi untuk organisasi tertentu, terutamanya sektor awam, syarikat GLC & berstruktur masih memerlukan persijilan untuk kenaikan pangkat.

2. Bila dah berkeluarga dan berumur, mungkin masa lebih padat kerana ada pelbagai komitmen, kerja & keluarga. Anda juga mungkin kehilangan motivasi untuk belajar.

C. Sambung VTO (Sijil Pengajar Vokasional)

Kelebihannya:-

1. Anda berpeluang menjadi pengajar kemahiran bertauliah dan mendidik generasi akan datang yang juga berminat belajar bidang kemahiran seperti anda. Namun, min syorkan anda betul-betul minat mengajar dan bukan kerana tak dapat cari kerja baru nak jadi pengajar.

Bakal pengajar yang sedang menjalani penilaian internship (720jam)
di I Smart Educare, PB VTO di Kepong

Kelemahannya:-

1. Disebabkan tiada pengalaman industri, anda tidak dapat mengaitkan teori dengan keadaan sebenar dalam industri. Justeru itu, anda mungkin tidak dapat menarik perhatian pelajar anda dengan contoh-contoh serta pengalaman menarik yang berlaku di industri.

D. Sambung Diploma Profesional atau Ijazah Eksekutif (Program URise)

Kelebihannya:-

1. Anda dapat ‘lompat’ selangkah, terus ke Ijazah (eksekutif) tanpa melalui diploma (jika anda yakin).

2. Yurannya (biasanya bawah RM15K) lebih murah berbanding Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda konvensional (MQA) (antara RM20-40K).

3. Tempoh pengajian yang singkat (6-12 bulan) berbanding dengan 2.5-3.5 tahun untuk diploma/ijazah (MQA).

4. Tidak perlu mempelajari mata pelajaran umum (MPU)

5. Tidak perlu pra-syarat akademik, cth lulus SPM BM & Sejarah

6. Pendekatan pembelajaran bersifat praktikal/aplikasi.

7. Laluan kerjaya juga bersifat industri.

8. Gaya pembelajaran yang fleksibel (blended – online + bersemuka, tak kira PKP ke tidak)

9. Boleh meneruskan pembelajaran ke Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) / Sarjana (Masters) kemudian kerana modul yang diajar adalah juga sebahagian dari modul ijazah sarjana muda MQA.

Kelemahannya:-

1. Diploma profesional dan ijazah eksekutif tiada akreditasi MQA.
Akreditasi MQA adalah wajib untuk:
a. Lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam (JPA)
b. Kenaikan pangkat untuk sesetengah jawatan, terutamanya tahap pengurusan. Hanya persijilan bertaraf MQA diterima oleh sesetengah syarikat swasta, terutamanya Syarikat Berkaitan Kerajaan / GLC
(Namun, masih banyak lagi syarikat SME yang tidak mementingkan akreditasi MQA, asalkan ia bukan keluaran badan/universiti luar negeri yang entah ada bangunan ke tidak & tiada akreditasi)

2. Disebabkan lepasan SKM3 rata-ratanya cuma berumur 17 tahun ++, dikhuatiri anda tidak cukup matang untuk menangani proses pembelajaran yang 1-2 tahap lebih tinggi dari Sijil Kemahiran Malaysia.
Namun, jika anda berani mencabar diri sendiri dan berusaha, tiada apa yang boleh halang anda dari berjaya.

* Jika anda cuma ada SKM1@2, boleh mohon untuk program diploma profesional ataupun mohon SKM3 secara PPT baru mohon ijazah eksekutif program URise terus.
Dan jika tiada SKM3 tetapi pemegang sijil teknikal lain dari industri ataupun ada pengalaman industri melebihi 3 tahun, anda juga layak untuk memohon ijazah eksekutif (program URise)

Halatuju Lepasan SKM3

Secara ringkasnya, berikut adalah pilihan anda. Mana satu sesuai untuk anda?

A. Sambung DKM melalui Pusat Latihan Swasta atau secara PPT, setelah ada pengalaman kerja 2 tahun dalam bidang SKM anda.
B. Kerja di industri
C. Sambung kursus VTO (Sijil Pengajar Vokasional)
D. Sambung Diploma Profesional @ Ijazah Eksekutif (khas untuk pekerja industri/graduan TVET/SKM/DKM)

Ataupun anda ada cadangan lain??