Tag Archives: naik pangkat

DKM/DLKM-PPT layak sambung ke Sarjana Muda BTech UTHM melalui APEL

No photo description available.

Berita baik untuk mereka yang mengambil DKM,DLKM secara “PPT” dan sedang bekerja dalam bidang berkaitan bidang kursus sekurang-kurangnya 2 tahun. Kalau beminat untuk menambah ilmu pengetahuan di peringkat Ijazah Sarjana Muda bidang Teknologi, saya difahamkan pusat APEL sedia utk memproses permohonan anda bagi mengikuti program Sarjana Muda Btech di UTHM. Untuk maklumat lanjut sila hubungi APEL centre UTHM.

Sumber: Dikongsi oleh Prof Madya Dr Razali Hassan, UTHM

Komen: Selain UTHM, Unimap, UTEM & UMP (yang lebih dikenali sebagai MTUN) yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda bidang Teknologi untuk lepasan DKM/DLKM (Tanpa SPM), UniRazak, KL bersama ISE Education Sdn Bhd juga menawarkan program URiseDiploma Profesional & Eksekutif Bachelor Pengurusan Industri, KHAS untuk pemegang/graduan TVET/SKM/DKM/DLKM (juga tak perlu SPM DAN tak perlu ujian APEL).

Program URise ini membolehkan graduan TVET/SKM/DKM/DLKM:

  1. Merasai program akademik pengajian tinggi tanpa terlalu membebankan (cuma 6-9 bulan, blended (online + tutorial bersemuka). Ia bagaikan matrikulasi.
  2. Peluang mendapat diploma/ijazah sarjana muda walaupun tiada SPM dengan bajet yang sederhana serta masa yang jauh lebih singkat berbanding program penuh status MQA.
  3. Membantu graduan TVET meningkatkan daya saing serta keupayaan untuk naik pangkat ke peringkat pengurusan, setelah adanya kemahiran teknikal.
  4. Meningkatkan status sosial graduan TVET.
Borang ni untuk pendaftaran/tunjuk minat program URise sahaja (sila hubungi APEL centre UTHM jika ingin tahu lebih lanjut mengenai kemasukan ke UTHM)