Tag Archives: painter

Peluang graduan TVET di Offshore

Bekerja di pelantar minyak tak sama dengan bekerja di tempat-tempat biasa. Berjauhan dengan keluarga, anak bini serta girlfriend, kerja 12 jam sehari start jam 6.30 pagi sampai le jam 6.30 petang. Pergerakkan pun terbatas, banyak regulation yang kena patuhi.

Tentang safety pulak, number one. Sesetengah platform Petronas langsung tidak benarkan personnel keluar dari living quarters kalau tak pakai coverall, sebab safety. Mercury hazard Dan Hidrogen sulfida.. Platform Supervisor ada hak untuk hantar balik pada sesiapa yang langgar safety regulation. Kena pakai PPE atau personnel protective equipment setiap masa sewaktu bekerja, kalau after working hour sekalipun kena pakai kalau keluar dari living quarters. Living quarters – tempat makan minum, tengok tv, mandi, rehat dan tidur.

Nak ke offshore pun perlu jalan urine test terlebih dulu, mana-mana personnel yang positive, minta maaf sila balik rumah, offshore bukan tempat untuk penagih. Sekarang Petronas dah kuat kuasakan peraturan ni di sebelah east coast ni. Mana-mana personnel yang nak ke Petronas platform mesti urine test dulu sebelum naik chopper. Exxonmobil, Talisman dan lain-lain buat masa ni belum start lagik.

Risiko pun tinggi, ombak besar, angin kencang, kerja-kerja yang dijalankan semuanya kerja yang robbust. Takde kerja yang takde risiko. Life di offshore perlu allert 24 jam. Masih berminat nak bekerja di offshore ke?

Kelayakkan untuk bekerja di Offshore

Bukan semua orang boleh atau layak untuk bekerja di offshore. Hanya mereka yang betul-betul fit dibenarkan berada di atas platform, mat fit tidak digalakkan sama sekali.

Turun dari platform to boat
Basic requirement untuk bekerja di pelantar minyak.

Berusia at least 18 tahun ke atas – biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Paling mudah gi register kat INSTEP – Institut Teknologi Petronas. Lawat web dia kalau nak tahu lebih lanjut. Tak jauh pun, area Batu Rakit Kuala Terengganu jer.
Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP – Batu Rakit Campus)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA
Tel: 609 – 669 6141
Fax: 609 – 669 6702
Email: instep@petronas.com.my

Kalau dah grad dari INSTEP, ada rezeki boleh bekerja dengan di Petronas ataupun Exxonmobil platform. Tapi kalau kena hantar kat onshore macam di Onshore Gas Terminal, Paka ka.. nasib lah.

Safety Passport – Conpulsory, wajib. Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. … kalau di sebelah pantai timur ni, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :
Basic sea survival course
HUET – Helicopter underwater escape training
Fire fighting
Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. Exxonmobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.

Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMX,XXX.XX. Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.

Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
3572, Jalan Panchur,
Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Tell : 09-8623300
Fax : 09-8623302

Physically fit – Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah.

Demob – balik ke onshore, atau back to town.

Mentallity Fit – Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.
Medical check-up – Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.
So ini lah serba sedikit BASIC requirement untuk bekerja di offshore.

Position Yang Ditawarkan

List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.

Helper – kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. Ramai adik-adik lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger – Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger Scaffolder – Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Fitter – Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.

Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.

Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Crane Operator – Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.

Roustabout –
Roughneck-
Derrickman
Driller/Assistant Driller
Toolpusher –
Storeman –
Mud Logger –
Production Operator –
Maintenance personnel –
Divers-
Catering staff –

Professional posts – Graduates from Chemistry, Physics, Engineering, Mathematics, Geology, Geophysics and Petroleum Engineering courses are all of interest to offshore companies in exploration and production activities such as:

Geologists and Geophysicists
Reservoir engineers
Drilling engineers
Petroleum engineers

Kredit artikel penulisan: www.offshoreman.net

Komen: Jika anda dah dalam bidang O&G dan nak dipersijilkan (Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia), anda boleh rujuk DAFTAR NOSS JPK untuk lihat samada standard pekerjaan telah dibangunkan ke belum. Kalau dah ada, mohon SKM/DKM/DLKM anda melalui PPT.

Dan jika anda ada pengalaman kerja melebihi 10 tahun dalam bidang kemahiran anda, bolehlah pertimbangkan untuk dilantik sebagai Personal Penilai & Verifikasi. Kursus induksi seperti PP-PPT & PPL selama 2 hari boleh melayakkan anda untuk dilantik, selain SKM & pengalaman kerja.