Tag Archives: PB

Pusat Bertauliah JPK di KL/Selangor DIKEHENDAKI & Kolej (MQA) untuk DIJUAL

 

Berikut adalah PB JPK & Kolej (program MQA) yang nak dijual

1) PB yang berdaftar dengan PTPK (lesen tamat 2020) untuk 1 program di Lembah Klang (Lesen & premis yg telah diubahsuai cantik bernilai RM1 Juta ++ dijual pada harga RM400K shj – siapa cepat, dia dapat)
Dikemaskini pada 26/7 (Telah DIJUAL)
Tinggal PB di Johor, Perak & Terengganu.
2) Kolej dengan KDN di Perak & PJ (RM4 & 5 Juta)
3) Kolej tanpa lesen KDN (RM1.1 juta, tapi sebab nak cepat, sekarang cuma RM850K!!!* T&C apply)

Jika berminat, sila hubungi 012-3123430.

Jika anda ada Pusat Bertauliah yang ingin dijual (buat masa ni cuma minat Lembah Klang sahaja), sila hubungi saya.

PROSES BAHARU PENDAFTARAN PELATIH 2016 PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam 1 Kemahiran,

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran telah memutuskan beberapa perkara berkaitan proses baharu pendaftaran pelatih Persijilan Kemahiran Malaysia seperti maklumat berikut:

1. Pendaftaran pelatih empat (4) kali setahun

1.1. Pendaftaran pelatih hanya dibenarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti Jadual 1.

Jadual 1: Penjadualan Pendaftaran Pelatih.

 Pendaftaran Pelatih di JPK  Pendaftaran di PTPK
 1 Januari- 28 Februari  1 Februari- 15 Mac
  April – 31 Mei  1 Mei-15 Jun
 1 Julai – 31 Ogos  1 Ogos- 15 September
 1 Oktober – 30 November  1 November-15 Disember

1.2. Kaedah baru ini akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2017.
1.3. Pusat Bertauliah (PB) perlu memastikan pendaftaran pelatih hanya dibuat sekali dalam tempoh seperti ditetapkan dalam Jadual 1 bagi memastikan nisbah Pegawai Penilai (PP) adalah mencukupi dan memudahkan PB mengatur jadual latihan bagi kumpulan pelatih tersebut.

2. Pendaftaran pelatih dalam tempoh peralihan (sebelum 31 Dis 2016)

2.1. PB hendaklah mengemukakan permohonan pendaftaran pelatih dengan mengemukakan dokumen proses baharu pendaftaran pelatih.
2.2. Sekiranya bilangan pelatih yang hendak didaftarkan melebihi kapasiti sedia ada yang diluluskan, PB perlu mengemukakan dokumen sokongan dan komitmen seperti penjadualan PP, jadual penggunaan bengkel dan peralatan latihan serta kemudahan fizikal bagi pertimbangan Jabatan.
3. Penguatkuasaan Proses Baharu Pendaftaran dan Kapasiti Pelatih

3.1. Mulai 1 Jan 2017, semua PB hanya boleh mendaftarkan pelatih mengikut kapasiti yang telah diluluskan oleh Jabatan.
3.2. Mengikut peruntukan Akta 652, Seksyen 23, Bahagian 23, PB perlu menyediakan personel dan kelengkapan serta kemudahan peralatan yang mencukupi bagi tujuan pelaksanaan latihan kemahiran bagi memenuhi ketetapan jaminan kualiti di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
3.3. Kapasiti pelatih bermaksud bilangan pelatih yang telah diluluskan oleh JPK berdasarkan kepada dua (2) kriteria utama iaitu keupayaan PB menyediakan bilangan personel Pegawai Penilai (PP) dan kemudahan fizikal/mesin dan kemudahan lain-lain yang mencukupi. Secara prinsipnya, nisbah PP kepada pelatih ialah 1 PP:25 pelatih.
3.4. PB hendaklah memohon kelulusan JPK bagi tujuan penambahan kapasiti terlebih dahulu sebelum pendaftaran dengan mengemukakan maklumat seperti berikut:

i. Surat iringan permohonan;
ii. Borang penambahan kapasiti pelatih [JPK/T/KAPPK/01(P1)]
iii. Maklumat personel pentauliahan;
iv. Kemudahan fizikal; dan
v. Maklumat-maklumat lain yang menyokong permohonan.

3.5. Permohonan penambahan kapasiti pelatih hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
(u/p: Pengarah MOSQ)

4. Kadar Fi dan Caj bagi permohonan penambahan kapasiti.

Bermula 1 Julai 2016, semua permohonan penambahan kapasiti pelatih dikenakan bayaran RM 200 setiap program melalui pewartaan Peraturan-Peraturan Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Fi Dan Caj) 2016 di Laman Portal Rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran pada 8 Jun 2016.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Sumber: www.dsd.gov.my

Kursus Induksi Terakhir sebelum Hari Raya

Jika anda terlepas tarikh ni, sesi akan datang hanya akan dianjurkan pada 6-7 Ogos nanti. Jadi rancanglah baik-baik masa anda/persijilan tenaga pengajar anda supaya tidak menghadapi masalah pembaharuan lesen PB (Pusat Bertauliah) ataupun sangkut denga PTPK nanti.

Tarikh: 28-29 Mei
Masa: 8.30-5pm
Tempat: I Smart Educare, Kepong Metro Prima, Kepong
Yuran: RM350 + 10 (pos sijil)

Siapa yang WAJIB/patut hadiri?

1) Bakal PP, PPD & PPB (WAJIB, pra-syarat)
2) Bakal PPL (WAJIB, pra-syarat)
3) Pentadbir JPK Pusat Bertauliah
4) Pemilik PB
5) Tenaga Pengajar

PS: Kursus akan datang

1) Induksi PPL: 11-12 Jun
2) VTO: Mula 18 Jun

Semua PB Swasta JPK perlu daftar GST

Adalah dimaklumkan bahawa semua PB Swasta yang berdaftar dengan JPK perlu membuat pendaftaran GST. Jabatan telah membuat rujukan daripada dokumen Warta Kerajaan Persekutuan bagi Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 dan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] serta perbincangan dengan pegawai kastam bahagian GST bagi sektor pendidikan dan Pegawai Undang-undang (PUU) dari Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dokumen yang dirujuk adalah seperti berikut:

1)     Warta Kerajaan Persekutuan bagi Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 bahagian Perkhidmatan Pendidikan perkara 14 (b)  dinyatakan;

“Berhubung dengan pendidikan tinggi yang disediakan kepada pelajar oleh penyedia institusi pendidikantinggi yang diluluskan di bawah Akta Pendidikan 1996, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]”

dan perkara 16 (c) (iv) dinyatakan;

“Pendidikan tinggi yang mengikuti kursus pengajian sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Akta Universiti Teknologi MARA 1976, Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 atau yang diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia”

2)            Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] perkara 34 dinyatakan;

(1)       Subject to the provisions of this Act, the Minister may establish and maintain the following educational institutions:

(a)        colleges, other than colleges with the status of University or University College established or deemed to be established under the Universities and University Colleges Act 1971;

(b)        special schools;

(c)        polytechnics; and

(d)      any other educational institution, the establishment or maintenance of which is not provided for under this Act or the Universities and University Colleges Act 1971.

(2)      The Minister may give grant-in-aid to an educational institution, not established by  him, falling within paragraph (1) (a) or (1) (b).

3)   Merujuk kepada Pegawai Undang-undang Kementerian Sumber Manusia dan   Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa perkara 14 (b) , 16 (c) (iv) dan 34 (1) (d) adalah tidak meliputi untuk PB Swasta yang berada di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]

Klinik Bimbingan & Khidmat Nasihat Persijilan Program Kemahiran 2014

KLINIK BIMBINGAN & KHIDMAT NASIHAT PERSIJILAN PROGRAM KEMAHIRAN 2014

Klinik ini adalah bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada Pusat Bertauliah (PB) yang telah mendapat pentauliahan program kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Klinik ini merangkumi proses dan prosedur Pendaftaran Pelatih, Permohonan PPL dan Permohonan Sijil Pelatih. Selain daripada itu Klinik ini juga meliputi perkara-perkara berkaitan pelaksanaan latihan dan penilaian pelatih berasaskan NOSS format baharu dan lama melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Klinik ini akan dijalankan seperti maklumat berikut:

 

No SIRI

ZON

TARIKH

Tempat

01/2014

Utara

Akan ditentukan kemudian

Pulau Pinang

02/2014

Tengah

Selangor/Putrajaya

03/2014

Sarawak

Kuching

04/2014

Selatan

Melaka

05/2014

Sabah

Kota Kinabalu

06/2014

Timur

Terengganu

Masa:

8.00 pagi – 5.00 petang

Jumlah Peserta:

Dihadkan kepada 30 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PB.

Bayaran:

TiadaBayaranDikenakan.
(Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PB.  JPK akan menyediakan makan dan minum semasa sesi berkenaan)

Muat turun Dokumen

Borang Penyertaan PB

Jadual Program PB

Wakil PB  boleh merujuk kepada Jadual Pengendalian Klinik dan mengisi Borang Penyertaan Klinik Bimbingan dan Khidmat Nasihat yang disertakan. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah di fakskan ke 03-88862430 atau email kepada pegawai penyelaras berikut:

Mohammad Liza B Abdul Razak               Pn Norsahizem Bt Mohd Nor
Tel:03-8886 5507                                               Tel:03-8886 2309
mliza@mohr.gov.my                                     norshahizam@mohr.gov.my

Pn Rodzilla Bt Yahya Sharafuddin                                                                            Tel:03-8886 2443
rodzilla@mohr.gov.my

Pn.Raihan Bt Mohd Zayadi
Tel:03-8886 5860
Raihan.mz@mohr.gov.my

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi pegawai penyelaras tersebut.