Tag Archives: Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT)

SKM melalui PPT (Untuk personel yang berpengalaman kerja) – Mohon Sendiri ke Khidmat Runding??

Adakah anda berpengalaman kerja, memiliki kemahiran tertentu tetapi tiada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?

Contoh Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT

Sebenarnya ada dua cara sahaja, samada mohon sendiri (DIY) ataupun dapatkan khidmat runding.

Nak jimat kos, mohonlah sendiri, sila baca Panduan Permohonan SKM -PPT yang boleh didapati dari sini.

Dah baca dan masih tak faham? Ikutilah taklimat SKM-PPT yang dianjurkan oleh setiap pejabat Wilayah JPK secara PERCUMA – Persediaan kepada calon mengambil SKM-PPT.

Diadakan setiap HARI SELASA MINGGU PERTAMA setiap bulan.

Kalau dah baca Panduan, dah ikuti Taklimat PERCUMA dan masih tak faham ataupun takda masa nak buat sendiri, BAYAR lor – dapatkan khidmat runding dari min 😀

Bergantung kepada perkhidmatan apa yang diperlukan, kosnya dari beratus hingga ribu, setiap Tahap.

PS: Bagi mereka yang dah ada SKM, berpengalaman 10 tahun ke atas (atau kurang tapi bidang baru/kritikal) dan minat jadi Pegawai Penilai kaedah PPT (PP-PPT), bolehlah ikuti kursus induksi PP-PPT minggu ni, 12-13 Okt di ISE Education Sdn Bhd, Keopng Metro Prima.

Muat turun borang & daftar kursus induksi PP-PPT

Loji Rawatan Air Selangor diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Warga kerja Air Selangor menzahirkan kegembiraan setelah menerima sijil SKM-PPT masing-masing.

LOJI Rawatan Air Sungai Semenyih mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Dengan pengiktirafan ini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selaku operator air yang terbesar di negara ini akan dapat mengendalikan latihan kemahiran melalui pusat bertauliahnya sendiri bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berkualiti di dalam industri pembekalan air, termasuk memberikan latihan kepada operator-operator air lain di negara ini. 

Latihan kemahiran yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS). Pengiktirafan ini diterima pada Oktober 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman menerima sijil pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, dalam Majlis Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia bagi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) baru-baru ini.

Suhaimi Kamaralzaman menerima sijil pengiktirafan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada
Dr. Aruna Ismail dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Seramai 346 warga kerja Air Selangor yang berkhidmat di Jabatan Operasi, Pengagihan dan Perhubungan Pelanggan juga menerima sijil SKM-PPT masing-masing di majlis tersebut.

Pengiktirafan ini adalah di antara usaha berterusan Air Selangor dalam membentuk warga kerja yang berkemahiran serta kompeten untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada syarikat dan juga pelanggan.

Air Selangor amat komited dalam memenuhi keperluan kompetensi di dalam industri perkhidmatan air di negara ini dengan menjadikan kompetensi sebahagian daripada parameter Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat.

“Ini sejajar dengan ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang menetapkan kompetensi sebagai syarat untuk memperbaharui lesen syarikat perkhidmatan industri air di Malaysia, tambah beliau.

Kumpulan penerima sijil terbaharu ini adalah sebahagian daripada 481 warga kerja Air Selangor yang telah mendapat pengiktirafan ini setakat kini.

Dalam perancangan bagi tahun hadapan, Air Selangor mensasarkan sebanyak 50 peratus warga kerja Jabatan Pengeluaran dan 30 peratus lagi warga kerja Jabatan Pengagihan untuk menjalani program ini. 

Menjelang penghujung 2019, dianggarkan sebanyak lebih 600 warga kerja Air Selangor berjaya mendapatkan pensijilan yang bakal membantu mereka melaksanakan kerja dengan lebih efektif.

Pengiktirafan dengan pensijilan ini juga merupakan antara pelan kerjaya strategik Air Selangor dalam membangunkan warga kerjanya bagi mencapai misi syarikat untuk menyampaikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan.

Sumber: www.mstar.com.my/