Tag Archives: Penyedia Latihan Kemahiran

PINDAAN PEMAKLUMAN BERKAITAN PEMANSUHAN PELAKSANAAN KELULUSAN PENTAULIAHAN PROGRAM SECARA BERSYARAT DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MULAI 1 JANUARI 2019

Ruj     :        JPK/702/1/10 JLD 14 (36)

Tarikh :        18 Disember 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah mengkaji semula keputusan pemansuhan pelaksanaan kelulusan pentauliahan program secara bersyarat di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia mulai 1 Januari 2019 yang telah dihebahkan melalui arahan pentadbiran (No. Rujukan : JPK/702/1/10 JLD 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018.

Selaras dengan ini, Jabatan telah memutuskan supaya tiada lagi kelulusan pentauliahan program secara bersyarat akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2019, kecuali untuk dua (2) keadaan berikut :

  1. Pentauliahan program bagi NOSS / NCS baharu; dan
  2. Pentauliahan pembaharuan program untuk menyelesaikan pelatih sedia ada sahaja.

Sehubungan itu, selain dua keadaan di atas, Penyedia Latihan Kemahiran / Pusat Bertauliah hendaklah mematuhi semua kriteria pentauliahan program kerana tiada lagi kelulusan secara bersyarat akan diberikan selepas tarikh kuatkuasa.

Justeru, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018 adalah terbatal.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Sumber: www.dsd.gov.my