Tag Archives: pereka fesyen

Panduan Gaji Permulaan (160 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran)

Tukang jahit, jurufoundri, mekanik, juruelektrik, pelukis pelan, kerani pejabat, pendandan rambut, jurusolek, pemandu pelancong, pembantu veterinar, juruteknik CNC, juruteknik automotif, juruteknik automasi robot, jurukimpal, juruteknik komputer, terapi spa, penolong jurutera pelbagai bidang, penolong pegawai latihan vokasional (PLV), pereka fesyen, jurutera pelbagai bidang adalah antara tajuk pekerjaan yang tersenarai dalam panduan ini.

Panduan ini dibangunkan khusus untuk lulusan Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia atau setaraf dengannya.

Pelbagai tajuk pekerjaan bawah Pensijilan Jabatan Keselematan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) turut dinyatakan dalam panduan ini.

Sekiranya anda tidak dapat masuk ke Institusi Latihan Kemahiran Awam yang tersenarai dalam panduan ini, anda boleh cuba mohon di Institusi Latihan Kemahiran Swasta.