Tag Archives: pinjaman PTPK

Senarai Institusi Kemahiran Awam Dalam Permohonan UPU 2019

Mengikut kaji selidik ringkas yang dilakukan di 3 kumpulan Facebook yang bertemakan TVET, didapati berikut adalah 4 faktor utama mengapa pelajar pilih pusat latihan kemahiran swasta berbanding awam.

1. Pelajar rata-ratanya tidak tahu kewujudan PB Awam tersebut (Berita baik, anda boleh rujuk di laman ni – SILA HUBUNGI Institutsi Kerajaan tersebut sendiri untuk tanya program yang anda minat nak ambil, JANGAN tanya min ya kerana min telah beri senarai tu di bawah. Kalau takda link/no diberi, sila Google untuk dapatkan lebih maklumat)
2. PB Awam yang diingini/dipilih tidak menawarkan program yang diminati oleh pelajar
3. PB swasta di lokasi yang strategik serta mengeluarkan graduan yang lebih berdaya saing
4. Syarat kemasukan PB Awam yang ketat seperti SPM…..

* Untuk 2,3 & 4, jika anda ada bajet/mampu untuk bayar yuran kursus ataupun sanggup ambil pinjaman PTPK (kalau ada kuota), sila isi Borang Permohonan Kursus Kemahiran – Berbayar  atau emel kepada admin butiran anda seperti berikut:
a. Nama
b. Emel & Tel
c. Bajet
d. Nama program yg diminati (maksimum 3)
e. Lokasi kursus yang diingini
f.  Kelayakan akademik/kemahiran
g. Perlu Pinjaman PTPK tak

Berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran di ILKA melalui permohonan UPU 2019 online? Berikut dikongsikan Senarai ILKA iaitu nama Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia buat panduan pelajar. Empat (4) institusi kemahiran yang digolongkan dalam ILKA adaah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dalam 2 kali setahun iaitu sesi Januari dan Jun/ Julai. Kursus pengajian yang ditawarkan adalah untuk Program bertaraf Sijil dan Diploma yang berbentuk kemahiran mengikut bidang tertentu.

Senarai ILKA

Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Berikut dikongsikan senarai ILKA yang terdapat di Malaysia. Klik link yang berwarna merah untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti nama dan alamat institusi, kursus yang ditawarkan serta panduan memohon.

Senarai ILKA Di Malaysia

Berikut adalah senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terdapat di Malaysia untuk mereka yang berhajat menyambung pengajian kemahiran peringkat Sijil dan Diploma.

i) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

ILKBS dibahagiakan kepada IKBN, IKTBN dan AKBG

  • Kursus kemahiran sepenuh masa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN/IKBN)
  • Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin) kepada belia
  • Kemahiran Jangka Pendek khas yang disesuaikan kepada belia
  • Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih)

Senarai ILKBS

ii) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) : Senarai ILKA

JTM diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.

Senarai ILJTM

iii) Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

iv) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Objektif institusi kemahiran di bawah MARA adalah :-

  • Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi
  • Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal di industri
  • Menyediakan kemudahan latihan dan infrastruktur yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa
  • Meningkatkan kompetensi pengajar bagi memenuhi keperluan i-pengajar
  • Melahirkan potential technopreneur yang berdaya saing dan berdaya tahan
  • Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat

Senarai IPMa

Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke ILKA

  • Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dalam 2 sesi iaitu sesi Jun/ Julai melalui permohonan UPU online dan sesi Januari melalui Laman web ILKA yang berkenaan.

Semoga perkongsian Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia boleh dijadikan panduan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian di sini. Selamat membuat permohonan kemasukan melalui UPU online dan secara terus ke ILKA yang berkaitan mengikut tarik yang diumumkan.

Sumber: https://www.infoupu.com/senarai-ilka-institusi-latihan-kemahiran/