Tag Archives: Pusat Bertauliah

Peluang Mengikuti Kursus Induksi PP-PPD-PPB di Universiti

 Ingin menubuhkan Pusat Bertauliah JPK@menawarkan sijil SKM kepada pelajar anda?
 Ingin dilantik sebagai pengajar@Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) ataupun Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)?
 Ingin dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)? Kursus induksi ni adalah pra-syaratnya

🌈 Semua ni boleh tercapai dengan mengikuti kursus induksi PP-PPD pada:

Tarikh: 28-29 Julai
Masa: 8.30-5pm
Tempat: UniKL MIAT, Sepang
Yuran kursus – RM350 (termasuk nota, minum pagi & makan tengah hari, sijil dari JPK)
BONUS: Tip peperiksaan akan diberi!

📌 Muat turun borang dari sini- http://jpkmalaysia.com/borang-permohonan-induksi-vto/.

📌 Lepas isi borang, emel bersama slip bayaran (butiran bank untuk bayaran juga ada di pautan yg diberikan)

📞 0123123430
📧 ismarteducare@gmail.com
📱 WhatsApp: 0123123430

 

SYARAT TAMBAHAN PENTAULIAHAN BAGI PROGRAM KEMAHIRAN AREA PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2018

  1. PENDAHULUAN

 

Syarat Tambahan Pentauliahan Pusat Bertauliah Bagi Program Kemahiran Area Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (selepas ini dirujuk sebagai “Syarat ini” bertujuan menetapkan keperluan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Pusat Bertauliah (PB).  Syarat ini adalah merupakan kuasa untuk mengenakan syarat pentauliahan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Seksyen 28 Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan hendaklah dibaca bersama dengan panduan yang sedang berkuatkuasa seperti berikut:

 

  • Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];
  • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), Jabatan Kebajikan Masyarakat [Akta 308];
  • Akta Kanak- Kanak 2001 (Pindaan) 2016
  • Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2012;
  • Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Program Latihan Kemahiran Bagi Persijilan Tahap Tunggal Melalui Sistem Pentauliahan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2015;
  • Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian;
  • Panduan Pendaftaran Pelatih Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Pentauliahan; dan
  • Mana-mana peraturan dan panduan yang berkuatkuasa.

 

 

  1. TAFSIRAN

 

“Dokumen” ertinya apa-apa dokumen perundangan secara bertulis di antara PB dan Pihak TASKA seperti dokumen MoA bagi membenarkan pelatih menjalankan latihan amali, peniliaian dan menggunakan TEM di TASKA ;

 

“Latihan Kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan, pengemaskinian dan  khusus yang berkaitan dengan kerja;

 

Pemilik Premis” ertinya pemilik berdaftar atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa yang sah di sisi undang-undang ke atas Premis TASKA;

 

 “Program Latihan” ertinya suatu kumpulan aktiviti latihan dan penilaian, dan hasil pembelajaran bagi suatu pekerjaan tertentu;

 

“Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar” (TASKA) ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Seksyen 7 Akta 308;

 

Tools, Equipment dan Material (TEM) ertinya senarai peralatan, kelengkapan dan bahan yang perlu digunakan untuk melengkapkan unit kompetensi (CU) di dalam Standard;

 

 

  1. KRITERIA PENTAULIAHAN TAMBAHAN

 

  • Syarat Pelatih

                    PB hendaklah memastikan syarat pengambilan pelatih                             dipatuhi seperti berikut;

  1. berumur 17 tahun pada tahun semasa;
  2. warganegara Malaysia;
  3. sihat fizikal dan mental; dan
  4. apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh PB jika berkaitan.

 

  • Premis Latihan  
  1. Mana-mana Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang hendak memohon pentauliahan bagi area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hendaklah :
    1. Memiliki TASKA yang telah mendapat perakuan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta 308; atau
    2. Mewujudkan kerjasama dengan mana-mana TASKA yang telah mendapat perakuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta 308; dan
  • Memastikan lokasi TASKA tidak melebihi 25 kilometer dari premis PB.
  1. Mempunyai sekurang-kurangnya 18 orang kanak-kanak di bawah usia 4 tahun.

 

  1. Bagi perkara a(ii), PLK/PB hendaklah menyediakan Memorandum Perjanjian (MoA) dengan pihak TASKA yang berkenaan. PB hendaklah menyediakan salinan asal dokumen yang lengkap seperti berikut;
  1. Dimatikan setem;
  2. Tempoh perjanjian selama 3 tahun;
  • Maklumat lengkap pusat bertauliah yang ditauliahkan termasuk nama, kod dan alamat lengkap pusat bertauliah, nombor telefon, nombor faksimili, emel dan lain-lain jika perlu;
  1. Butiran lengkap pengusaha dan alamat lengkap TASKA termasuk nombor telefon, nombor faksimili, emel dan lain-lain.
  2. Obligasi pihak-pihak termasuklah membenarkan pegawai JPK, personel pentauliahan dan panel yang dilantik oleh JPK memasuki TASKA untuk membuat pemeriksaan, pemantauan dan penilaian.
  3. Mengandungi jadual pelaksanaan latihan kemahiran dan penilaian yang lengkap dan telah dipersetujui oleh pengusaha kedua-dua pihak.
  • PB boleh menggunakan kelengkapan dan kemudahan di TASKA untuk tujuan program latihan.
  • PB dan TASKA hendaklah bertanggungjawab ke atas kebajikan serta keselamatan pihak-pihak yang terlibat sepanjang sesi latihan kemahiran dilaksanakan di TASKA.
  1. Mana-mana pihak yang ingin menamatkan MoA hendaklah mengeluarkan notis dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum penamatan berkuatkuasa;
  2. MoA akan terbatal sekiranya tempoh pentauliahan tamat;
  3. TASKA tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun baki sewaan dari tarikh permohonan;
  • Dokumen hendaklah diperbaharui sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat perjanjian;
  • Pihak TASKA hendaklah membenarkan Pegawai Pengesahan Luaran (PPL) melaksanakan verifikasi penilaian akhir di TASKA.
  • Pegawai yang diberi kuasa oleh KPPK boleh mengadakan pemeriksaan di bawah seksyen 38 Akta 652 ke TASKA untuk memastikan kesahihan latihan kemahiran dan penilaian dijalankan.
  1. Dokumen hendaklah ditandatangani oleh pemilik TASKA, pusat bertauliah dan saksi bagi kedua-dua pihak dan lengkap dengan Nama, Nombor Kad Pengenalan dan tarikh ditandatangani dihadapan Pesuruhjaya Sumpah.
  • PB hendaklah mengemukakan sesalinan dokumen MoA yang lengkap kepada JPK.

 

  1. Kemudahan dan peralatan yang disediakan di TASKA hendaklah memenuhi keperluan CU (Competency Unit) dalam NOSS yang berkenaan bagi tujuan latihan dan penilaian.

 

 

  • Kriteria Pegawai Penilai (PP)

 

  1. Bagi PP yang memiliki SKM program bertauliah CC-011-3/4/5:2012 atau program NOSS sebelumnya hendaklah mempunyai Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) atau Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK), JKM.
  2. Nisbah PP dengan pelatih adalah 2:25.

 

 

  1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

 

PB hendaklah:-

  1. menyediakan jadual lengkap pelaksanaan latihan berstruktur yang merangkumi pelaksanaan latihan dan penilaian di premis latihan dan TASKA yang telah dipersetujui di antara PB dan pihak TASKA serta diluluskan JPK.
  2. memastikan pelatih dan Personel Pentauliahan dibenarkan memasuki TASKA untuk tujuan latihan dan penilaian mengikut jadual latihan yang  telah dipersetujui.
  3. memastikan pelatih, PP dan PPD melaksanakan latihan amali dan penilaian di TASKA mengikut jadual latihan dan tempoh masa yang ditetapkan dalam jadual program latihan.
  4. menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pelatih dari premis latihan yang ditauliahkan ke TASKA bagi tujuan pogram latihan kemahiran.
  5. memastikan kebajikan dan keselamatan pelatih dan personel pentauliahan semasa menjalankan latihan kemahiran di TASKA.
  6. menyediakan perlindungan insuran kepada pelatih yang menjalankan latihan kemahiran.

 

 

  1. PELAKSANAAN LATIHAN

 

  • PB hendaklah memastikan pelatih telah menguasai teknik penerimaan, tatarias (grooming), penyediaan pemakanan, aktiviti penjagaan rutin harian, aktiviti menidurkan dan merehatkan dan penyerahan kanak-kanak kepada penjaga sebelum latihan amali dilaksanakan di TASKA.
  • Latihan bagi perkara 4.1 hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 300 jam di premis latihan PB.
  • PB hendaklah memastikan Pengurusan TASKA telah mendapat persetujuan bertulis dari ibubapa terlebih dahulu sebelum latihan amali dijalankan di TASKA.
  • PB dibenarkan untuk melaksanakan penilaian prestasi di TASKA bagi menilai CU yang berkaitan.
  • PB hendaklah memastikan latihan dilaksanakan berdasarkan kepada jadual pelaksanaan latihan kemahiran dan penilaian di TASKA.

 

 

  1. PEMAKAIAN

 

Syarat ini terpakai bagi semua program NOSS di bawah Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

 

 

  1. TARIKH KUATKUASA

 

Syarat Tambahan Pentauliahan Pusat Bertauliah Bagi Program Kemahiran Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini berkuatkuasa pada 1 Jun 2018.

 

 

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran

Jabatan Pembangunan Kemahiran

 

 

 

 

 

Program PVMA bantu selesai isu pelajar tercicir

SHAH ALAM – Pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim terhadap isu pelajar tercicir atau pelajar bermasalah boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

Sebaliknya menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak ILKS Bumiputera, Nordin Abdul Malek, masalah pelajar tercicir mungkin dapat diatasi dengan kelas pemulihan atau kelas kemahiran di sekolah.

“Pihak kami menghormati pandangan banyak pihak terhadap isu ini. Bagaimanapun saya lihat tidak ada penyelesaian terbaik yang disuarakan oleh kerajaan.

“Pada pandangan kami, isu pelajar tercicir sepatutnya sudah ada penyelesaian.Pelajar yang bermasalah atau tidak minat untuk mengikuti  kelas kemahiran, yang mana ia diisi dengan aktiviti yang boleh membimbing semula mereka,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya bekerjasama dengan pengusaha pusat latihan kemahiran bumiputera yang menguruskan Program Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kami berpengalaman lebih 20 tahun untuk menguruskan pelajar seperti ini dan kami mengambil pelajar mengikuti program kemahiran seawal tingkatan empat.

“Kami tawarkan kepada remaja atau pelajar yang kebanyakannya tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran akademik,” jelasnya.

Kelmarin, Kementerian KPWKM  mencadangkan hukuman buang sekolah digantikan dengan kelas pemulihan atau peralihan untuk pelajar bermasalah yang diisi dengan aktiviti yang boleh membimbing semula mereka.

Rohani menyarankan Kementerian Pendidikan menimbang  semula hukuman buang sekolah itu memandangkan kebanyakan pelajar yang dibuang sekolah lebih terdedah untuk bergaul dengan golongan yang salah dan terlibat dengan jenayah.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kaji semula hukuman buang sekolah]

Menurutnya lagi, program itu mampu meringankan bebanan guru dalam mengawal selia pelajar di sekolah.

“Setiap sekolah ada kelompok yang dianggap berisiko tinggi yang tidak berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Mereka mempunyai sikap yang mengganggu keharmonian sekolah.

“Beban guru sudah terlalu tinggi. Mereka perlu fokus kepada pelajar yang mahu meneruskan pengajian dan dalam masa sama mereka perlu menumpukan perhatian kepada kelompok pelajar berisiko tinggi ini,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan satu jawatan kuasa ditubuhkan kementerian bagi menangani masalah tersebut.

“Saya cadangkan tubuhkan task force dan jemput kami sebagai ahli jawatan kuasa memandangkan kami mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam menguruskan kelompok pelajar tercicir,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Ulasan: Pelajar PVMA lazimnya tiada 5 kredit, jadi, boleh mohon sambung belajar di pusat latihan kemahiran di Pusat Bertauliah JPK, boleh cari di sini

Kursus Induksi PPL 15-16 April di Kuala Selangor (Cuti-cuti Malaysia)

Tarikh: 15-16 April 2017
Masa: 8.30-5pm
Tempat: I Smart Educare, Kepong Metro Prima
Yuran: RM350 + 10 (caj pengeposan sijil)Faedah kursus kepada pesertaBerpengetahuan mengenai Pentauliahan Persijilan melalui konsep Persijilan & Sistem Latihan Dual Nasioan (SLDN).
Peningkatan kelayakan personel untuk pembangunan kerjaya
Dapat menyediakan panduan & motivasi kepada masyarakat dan organisasi dalam aspek pembangunan & penilaian Pusat Bertauliah.Berpeluang menjadi Tenaga pakar Industri Negara (DPIN)
Persijilan yang diiktiraf oleh pihak Awam & SwastaFaedah kursus kepada organisasi-Mempunyai aset dalam aspek jaminan mutu pentauliahan Pusat Bertauliah
-Mempunyai personel yang berkelayakan & diiktiraf
Kualiti Pusat Bertauliah dan daya saing dapat ditingkatkan

Siapa yang patut hadir?
a) Calon Pegawai Pengesah Luaran
b) Calon Pegawai Pengesah luaran SLDN
c) PP-PPT yang ingin dilantik sebagai PPL-PPT
d) Individu yang terlibat dengan pengendalian Pusat Bertauliah

Kenapa perlu hadir?
a) Memenuhi syarat untuk menjadi PPL
b)Memahami tugas dan tanggungjawab PPL

Syarat
a) 18 tahun ke atas
b) Warganegara Malaysia atau PR
c) Telah lulus kursus induksi PP-PPD

Untuk pengesahan tempat anda, sila isi borang permohonan yg boleh dimuat turun dari sini http://jpkmalaysia.com/?attachment_id=603, kemudian emel kembali bersama slip bayaran ke ismarteducare@gmail.com.

Butiran Bank: I Smart Educare, Maybank 514589203020
Yuran: RM350 + 10 (caj pengeposan sijil)
* Kursus VTO batch baru mula 23/4/17

* Kursus Induksi PP-PPD 6-7 Mei 2017 

Klinik Bimbingan & Khidmat Nasihat Persijilan Program Kemahiran 2014

KLINIK BIMBINGAN & KHIDMAT NASIHAT PERSIJILAN PROGRAM KEMAHIRAN 2014

Klinik ini adalah bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada Pusat Bertauliah (PB) yang telah mendapat pentauliahan program kemahiran dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Klinik ini merangkumi proses dan prosedur Pendaftaran Pelatih, Permohonan PPL dan Permohonan Sijil Pelatih. Selain daripada itu Klinik ini juga meliputi perkara-perkara berkaitan pelaksanaan latihan dan penilaian pelatih berasaskan NOSS format baharu dan lama melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Klinik ini akan dijalankan seperti maklumat berikut:

 

No SIRI

ZON

TARIKH

Tempat

01/2014

Utara

Akan ditentukan kemudian

Pulau Pinang

02/2014

Tengah

Selangor/Putrajaya

03/2014

Sarawak

Kuching

04/2014

Selatan

Melaka

05/2014

Sabah

Kota Kinabalu

06/2014

Timur

Terengganu

Masa:

8.00 pagi – 5.00 petang

Jumlah Peserta:

Dihadkan kepada 30 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PB.

Bayaran:

TiadaBayaranDikenakan.
(Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PB.  JPK akan menyediakan makan dan minum semasa sesi berkenaan)

Muat turun Dokumen

Borang Penyertaan PB

Jadual Program PB

Wakil PB  boleh merujuk kepada Jadual Pengendalian Klinik dan mengisi Borang Penyertaan Klinik Bimbingan dan Khidmat Nasihat yang disertakan. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah di fakskan ke 03-88862430 atau email kepada pegawai penyelaras berikut:

Mohammad Liza B Abdul Razak               Pn Norsahizem Bt Mohd Nor
Tel:03-8886 5507                                               Tel:03-8886 2309
mliza@mohr.gov.my                                     norshahizam@mohr.gov.my

Pn Rodzilla Bt Yahya Sharafuddin                                                                            Tel:03-8886 2443
rodzilla@mohr.gov.my

Pn.Raihan Bt Mohd Zayadi
Tel:03-8886 5860
Raihan.mz@mohr.gov.my

Sekiranya terdapat pertanyaan, sila hubungi pegawai penyelaras tersebut.

Kursus Induksi PP-PPD bulan September

Tarikh: 7-8 Sept
Masa: 8.30-5pm
Tempat: I Smart Educare, Kepong
Borang: Muat turun di sini
Yuran: RM400 (termasuk makan/minum 3 kali sehari, nota, sijil, kos penghantaran sijil)
Bayaran atas: I Smart Educare, Maybank 514589203020

PERCUMA
1) Khidmat runding untuk medapatkan SKM secara PPT: Nilai RM100
2) Khidmat runding untuk mendapatkan akreditasi Pusat Bertauliah: Nilai RM300

Jadi, jika anda bercadang nak dapatkan SKM & mohon Pusat Bertauliah, pelaburan anda dianggap SANGAT BERBALOI, malah dapat sijil dari JPK (logo harimau), makan/minum PERCUMA!. Penginapan hotel – tak termasuk ya 🙂

Untuk maklumat lanjut atau daftar, sila emelkan borang anda ke:
ismarteducare [at] gmail.com atau hubungi 03-62429999 (Nora) atau 012-3123430 (Melvin)