Tag Archives: Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

8 Soalan Lazim (FAQ) Pegawai Penilai (PP)/Tenaga Pengajar Kemahiran

恭喜发财,万事如意

8 Soalan Lazim (FAQ) Pegawai Penilai/Tenaga PengajarKemahiran?

Pegawai Penilai (PP) atau tenaga pengajar kemahiran? Tahukah anda apa persamaan dan perbezaan antara dua ni? Kalau tak, sila baca lebih lanjut di sini.

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa 8 sahaja? Bukan 10, bukan 5?
Sebenarnya, ia boleh sebarang bilangan yang berkemungkinan, tapi mengikut budaya orang Cina, angka 8 tu sangat ONG! Ia kedengaran seperti Huat dalam bahasa Kantonis ataupun Mandarin. Jadi min pun senaraikan 8 sahaja, nak buang semua suay@perkara buruk COVID-19 ni.

In modern China, ‘8‘ is associated with wealth. ‘Eight‘ (八) in Chinese is pronounced ‘ba’ and sounds similar to fa (发, trad. 發, i.e. facai 发财), meaning “well-off” or “getting rich in a short time”. Thus 8 is said to invite great wealth.

1. Apakah syarat untuk menjadi Pegawai Penilai (PP)?

“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;

Selain syarat am seperti warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas, berikut adalah tiga lagi sijil yang perlu dimiliki oleh seseorang Pegawai Penilai.

a. Sijil Induksi PP-PPD-PPB
b. Minimum SKM3 ke atas
c. Sijil VTO

Pegawai Penilai - Syarat Kelayakan

2. Saya pemegang Diploma/Ijazah Akademik, minat jadi tenaga pengajar kemahiran, boleh ke?

Nampaknya ramai graduan Universiti seperti anda berminat untuk mengajar bidang kemahiran dan nak tahu kelayakkannya. Sekiranya sekadar nak jadi tenaga pengajar kemahiran, tak susahpun. Selain memenuhi syarat am seperti PP, cuma perlu mempunyai pengalaman kerja serta kelayakan teknikal yang diperakui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) DAN LULUS kursus induksi PP-PPD-PPB.

Tetapi, peluang kerja yang lebih banyak peluang adalah jawatan sebagai Pegawai Penilai (PP). Ia diperlukan oleh semua Pusat Bertauliah JPK@PLK, awam ataupun swasta, untuk memenuhi syarat pentauliahan serta kapasiti pelajar yang boleh diambil oleh PLK tersebut.

3. Saya pemegang Diploma/Ijazah Akademik, minat jadi Pegawai Penilai, boleh ke?

Boleh, syaratnya sama seperti No 1. Jika anda tiada pengalaman kerja yang mencukupi (min 3 tahun), disyorkan anda kerja dalam bidang kemahiran yang anda bakal nak mohon SKM3 nanti sehingga cukup 3 tahun ke atas supaya layak mohon SKM3 secara PPT.

Dalam masa ni, kumpulkan bukti-bukti ketrampilan yang cukup dan memenuhi kandungan NOSS (Aktiviti Kerja) untuk pembangunan portfolio anda nanti.

Jika anda dah ada pengalaman dalam bidang kemahiran ikut bidang NOSS melebihi 3 tahun, mohonlah SKM3 dulu secara PPT, sebelum mengikuti kursus VTO.

4. Saya pemegang Sijil Vokasional Malaysia (SVM) / Diploma Vokasional Malaysia (DVM) sahaja, nak jadi Pegawai Penilai, boleh ke?

Sama seperti No 3, boleh. Anda juga perlu mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia 3 atau lebih tinggi kerana SVM/DVM tidak setara dengan SKM/DKM.

5. Saya sudah ada pengalaman mengajar bidang kemahiran selama 8 tahun, bolehkah diecualikan daripada VTO?

Tiada pengecualian tetapi sekiranya anda telah mengajar dalam bidang kemahiran yang ada bidang NOSSnya lebih daripada 4 tahun, bolehlah mohon sijil VTO secara PPT. Pastikan anda ada lantikan daripada majikan ataupun deskripsi tugasan yang jelas menyatakan anda mengajar budak/pekerja di bawah anda.

6. Saya sedang bekerja, boleh berkursus VTO secara separa masa ke?

Boleh, selain CIAST/sesetengah Pusat Bertauliah JPK swasta yang tawarkan secara sepenuh masa, anda boleh pilih untuk belajar secara sepenuh masa dengan I Smart Educare, PB VTO yang sudah lama dalam bidang ini.

Kursus adalah pada hujung minggu selama 6 bulan diikuti oleh internship 6 bulan di PB pilihan anda (sama program dengan bidang SKM anda).

7. Di mana saya boleh ambil VTO?

Sehingga 2019, cuma ada 50+ Pusat Bertauliah JPK yang masih ditauliahkan (tapi bukan semuanya aktif). Juga, tiada lagi pentauliahan Pusat baru untuk program VTO lagi 2019.
Setahu min, Pusat yang masih aktif menawarkan program VTO oleh pihak swasta (selain CIAST serta kampus satelitnya di seluruh Malaysia) ada di Kedah, P. Pinang, KL & Selangor (majoriti di sini), JB, Pahang, Sabah & Sarawak. Semua pusat ni adalah kenalan min, jadi kalau perlukan maklumat lanjut, boleh daftar minat anda di sini.

8. Bila saya boleh daftar untuk kursus VTO?

Bergantung kepada negeri mana, pengambilan setiap Pusat Bertauliah adalah berbeza.
Yang di KL, Selangor & Sabah, dijangka ada pengambilan awal bulan Mac 🙂
Berminat? Dah bersedia?

Daftar Kursus Induksi PP-PPT
Jangan Terlepas Peluang
Kalau terlepas, kena tunggu 6 bulan kemudian!