Tag Archives: skkm.gov.my

Kursus Induksi PP-PPD-PPB & PPL Mac 2020

kursus induksi JPK
Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad
(PP-PPD-PPB Siri D19/03/2020 di www.skkm.gov.my)

Who should attend this induction course? / Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni?

a) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels / Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK):
i) Assessor / Pegawai Penilai (PP)
ii) Internal Verifier / Pegawai Pengesah Dalaman (PPD)
iii) Centre Manager / Pengurus Pusat Bertauliah (PPB)
b) Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre / Individu yang terlibat dengan pengendalian Pusat Bertauliah
c) External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first / Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) – Need to attend PPL Induction Course
d) Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System / Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

kursus induksi
Sila daftar awal kerana tempat adalah terhad
(PPL Siri L4/02/2020 di www.skkm.gov.my)

Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas
  3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) ke atas dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Objektif kursus induksi PPL:

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Peluang memang banyak, ada yang mungkin dapat rezeki 5 angka sebulan jika buat dengan baik secara sepenuh masa.

(PP-PPD-PPB Siri D19/03/2020 di www.skkm.gov.my)
(PPL Siri L4/02/2020 di www.skkm.gov.my)

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-62429999 ATAU
Melvin@012-312343

PERHATIAN: Kursus telah ditunda (disebabkan PKP/PKPB) ke tarikh yang bakal diumumkan. Masih menunggu kelulusan SOP yang bakal diumumkan oleh urus setia pada bulan Jun 2020. Sila rujuk sini untuk maklumat selanjutnya.

PERSONEL PENILAIAN DAN VERIFIKASI (PPV)

PERSONEL PENILAIAN DAN VERIFIKASI (PPV) SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)

Personal Penilaian dan Verifikasi (PPV) adalah individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan Penilaian dan Verifikasi Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).  PPV juga perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang dimohon serta berperanan dalam jaminan mutu pelaksanaan SPKM dan penigasan tertakluk kepada keperluan JPK.

Struktur PPV

PPV: PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

  • mana-mana individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah bagi melaksanakan lawatan verifikasi ke Pusat Bertauliah (PB) / PB SLDN
  • PPL juga bertanggungjawab memastikan tahap kualiti latihan kemahiran yang dijalankan oleh PB memenuhi kriteria kemahiran ditetapkan.

PPL ini terdiri daripada dua (2) kategori iaitu ;

–  Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB);
–  Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)

PPL-SLaPB merupakan seseorang personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di Pusat Bertauliah. Peranan dan tanggungjawab PPL-SLaPB pula termasuklah:

i.  Membuat lawatan, menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB);

 ii. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;

iii. Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran berkenaan perkaraperkara yang diperuntukkan dalam melaksanakan aktiviti verifikasi luaran memenuhi kriteria kemahiran yang ditetapkan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada JPK.

Sekiranya anda berminat untuk memohon sebagai PPLSLaPB ini, anda perlu memenuhi kriteria syarat seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurang 10 tahun dalam bidang kemahiran yang dimohon;

iii. Lulus Kursus Induksi PP-PPD-PPB;

iv. Lulus Kursus Induksi PPL; dan

v. Memiliki kelayakan kemahiran berikut bagi bidang yang ingin dimohon ;

a. SKM 1,2,3 – Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang yang dimohon

b. DKM – Memiliki sekurang-kurangnya DKM/ Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohon

c. DLKM – Memiliki sekurang-kurangnya DLKM/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohon

Bagi anda yang memohon program berkaitan Operasi Latihan Vokasional (VTO, VTE dan VTM) pula, anda hendaklah memenuhi syarat tambahan seperti berikut;

a. Vocational Training Operation (VTO) – Memiliki SKM program VTO; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTO melebihi dua (2) tahun atau mengajar mana-mana bidang kemahiran di PB JPK melebihi lima (5) tahun. 8 Panduan dan Syarat Permohonan Perakuan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV)

b. Vocational Education & Training Implementation (VTE) – Memiliki DKM dalam program VTE; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTE melebihi dua (2) tahun atau menyelia dan mengurus program kemahiran di PB JPK melebihi lima (5) tahun.

c. Vocational Education & Training Management (VTM) – Memiliki DLKM dalam program VTM; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTM melebihi dua (2) tahun atau menyelia dan mengurus program kemahiran di PB JPK melebihi lima (5) tahun.

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja/ Pusat Bertauliah.

Peranan dan tanggungjawab PPL-SLDN termasuklah:

i. Memantau pelaksanaan Peperiksaan Akhir;

ii. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;

iii. Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran (JPK/SLDN/VL01);

iv. Menyemak dan mengesah Buku Log; dan

v. Menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan.

Bagi memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria seperti yang telah ditetapkan.  Syarat perakuan sebagai PPL-SLDN adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurang 10 tahun dalam bidang kemahiran yang dimohon;

iii. Hadir Kursus Induksi SLDN;

iv. Lulus Kursus Induksi PPL; dan

v. Memiliki kelayakan kemahiran berikut bagi program yang dimohon :

a. SKM 1,2,3 – Memiliki sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang dimohon.

b. DKM – Memiliki sekurang-kurangnya DKM atau Diploma yang diiktiraf Kerajaan berkaitan dengan bidang dimohon.

c. DLKM – Memiliki sekurang-kurangnya DLKM atau Ijazah yang diiktiraf Kerajaan berkaitan dengan bidang dimohon.

PPV: Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT)

Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:

i. Menilai ketrampilan berdasarkan pengalaman, pengiktirafan dan pencapaian terdahulu calon PPT dengan bukti-bukti keterampilan yang sahih, kebolehpercayaan dan mencukupi sebelum dibuat verifikasi bagi tujuan persijilan.

ii. Menjalankan sesi kaunseling bagi membimbing dan membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon.

Bagi jawatan ini, antara kriteria dan syarat perakuan yang perlu anda penuhi sebagai PP-PPT adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurang 10 tahun dalam bidang kemahiran yang dimohon (mestilah bidang yang sama);

iii. Lulus Kursus Induksi PP-PPT; dan

iv. Memiliki kelayakan kemahiran berikut bagi program yang dimohon;

a. SKM 1,2,3 – Memiliki SKM dalam program yang dimohon.

b. DKM* – Memiliki DKM dalam program yang dimohon.

c. DLKM* – Memiliki DLKM dalam program yang dimohon. Nota : * Berada pada peringkat penyeliaan/ pengurusan/ professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5;

vii. Bagi pemohon yang memohon program berkaitan Operasi Latihan Vokasional (VTO, VTE dan VTM) anda hendaklah memenuhi syarat tambahan berikut ;

a. Vocational Training Operation (VTO) – Memiliki SKM program VTO; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTO melebihi dua (2) tahun atau mengajar mana-mana bidang kemahiran di PB JPK melebihi lima (5) tahun.

b. Vocational Education & Training Implementation (VTE) – Memiliki DKM dalam program VTE; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTE melebihi dua (2) tahun atau menyelia dan mengurus program kemahiran di PB JPK melebihi lima (5) tahun.

c. Vocational Education & Training Management (VTM) – Memiliki DLKM dalam program VTM; dan memiliki salah satu kelayakan berikut iaitu mempunyai pengalaman mengajar program VTM melebihi dua (2) tahun atau menyelia dan mengurus program kemahiran di PB JPK melebihi lima (5) tahun.

Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)

Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan verifikasi dan mengesahkan terhadap penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:

i. Melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang telah dilakukan oleh PPPPT dan memastikan penilaian dilaksanakan mengikut kriteria kemahiran yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria dan syarat perakuan sebagai PPL-PPT seperti berikut:

i. Merupakan seorang PP-PPT yang masih sah tempoh pengiktirafan; dan

ii. Telah membuat penilaian sekurang-kurangnya tiga puluh (30) portfolio sepanjang tempoh menjadi PP-PPT dalam program yang berkaitan; atau

iii. Mempunyai pengalaman sebagai PP-PPT sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam program yang berkaitan;

iv. Berada pada peringkat penyeliaan / pengurusan /professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5

PROSEDUR PERMOHONAN

Semua urusan Permohonan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) (Personel BaruTambah JawatanTambah Program dan Pembaharuan) hendaklah dibuat secara ATAS TALIAN melalui URL https://www.skkm.gov.my/ dan memuat naik dokumen seperti jadual di bawah dalam format PDF mengikut jenis jawatan yang dimohon.

Borang Kebenaran Majikan
Borang Akuan Pengesahan Pengalaman
Borang Akuan Pemilik Perniagaan

senarai semak permohonan PPV
senarai semak pembaharuan PPV

NOTA

Perlu diberi perhatian bahawa, hanya satu program NOSS boleh dipilih dalam satu-satu permohonan. Oleh itu, sekiranya personel memohon untuk diperaku lebih dari satu program NOSS maka bilangan permohonan juga perlu mengikut bilangan program yang dimohon. Contohnya personel memohon pembaharuan untuk program NOSS bagi SKM 1, SKM 2 dan SKM 3 maka permohonan perlu dibuat sebanyak tiga (3) kali untuk setiap program tersebut.

Dah bersedia nak dilantik sebagai PPV?
Klik gambar di bawah untuk jadual kursus induksi JPK tahun 2020

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SKKM BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM KREDIT KEMAHIRAN MALAYSIA (SKKM) BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Adalah dimaklumkan bahawa, penggunaan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) akan bermula pada 1 Oktober 2018 bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk menggantikan proses secara manual yang digunakan sekarang.

Semua permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan capaian url: –https:www.myspike.my . Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna SKKM terlebih dahulu sebelum proses seterusnya boleh dilakukan. Untuk permulaan, permohonan PPT secara Mengikut Tahap (MT) & Single-Tier (ST) boleh dipohon melalui sistem ini.

Penggunaan sistem ini juga akan melibatkan peranan Personel PPT iaitu PP-PPT dan PPL-PPT. Oleh itu, Personel PPT juga perlu mendaftar sebagai pengguna SKKM supaya proses Penugasan PP-PPT dan Penugasan PPL-PPT berjalan lancar.

Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada sistem tersebut, pengguna boleh membuat aduan pada Sistem Aduan IT dengan menghantar emel ke jpkpptgp@mohr.gov.my atau hubungi helpdesk di talian 03-83214769.

Kerjasama dari semua amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih
 
Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Bahagian MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran