Tag Archives: VTO separa masa

Percetakan sijil induksi JPK (PP-PPD-PPB/PP-PPT/PPL)

Sampel sijil induksi yang dicetak oleh pihak JPK sebelum ini

Percetakan sijil induksi JPK mulai tahun 2020

Untuk makluman semua, percetakan sijil induksi JPK (PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL) mulai tahun 2020 adalah diusahakan oleh peserta sendiri.
Ia boleh dicetak sendiri dari www.skkm.gov.my. Pihak JPK TIDAK AKAN CETAK lagi sijil induksi.

Itulah sebabnya semua peserta perlu daftar dalam sistem dulu, sebaik-baiknya 2 minggu sebelum tarikh kursus kerana perlu masa untuk disemak oleh pihak urusetia.

Anda boleh cetak sijil induksi anda setelah keputusan telah ada (biasanya 1-3 bulan lamanya) dan telah dikemaskini dalam www.skkm.gov.my. Kertas yang digunakan boleh je A4 70gm, 80gm, kadbod…. suka hati andalah.

Adakah ini akan menyebabkan isu sijil palsu berlaku? Ya, mungkin juga pada pendapat min. Jadi, nak tahu betul ke tak, perlu la juga semak dalam sistem skkm.gov.my nanti.

Apa komen anda?

Jangan adu pada admin ya, kami cuma maklumkan sahaja, bukannya pembuat keputusan
Daftar di www.skkm.gov.my untuk Induksi PP-PPT siri T1/02/2020 (ISE Education Sdn Bhd)
Daftar di www.skkm.gov.my untuk Induksi PP-PPD-PPB siri D1/02/2020 (ISE Education Sdn Bhd)

Selain daftar di skkm.gov.my, anda juga kena isi borang permohonan & buat bayaran kepada penganjur sebanyak RM350 atas Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd untuk pengesahan tempat.

Bagi yang ingin jadi Pegawai Penilai, pengambilan kursus VTO separa masa juga ada bulan Feb 2020. Daftar cepat sebab lepas ni, pengambilan Julai/Ogos pula.

Komitmen masa anda sebagai calon VTO separa masa:
360 jam: 6 bulan hujung minggu sahaja
720 jam: 6 bulan di PB program kemahiran anda

Kursus VTO Jan 2020 (Separa & Sepenuh Masa)

  • Minat untuk jadi pengajar vokasional?
  • Ingin tahu cara membangunkan bahan pembelajaran & pengajaran (WIM)?
  • Nak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK?
  • Ingin dapat pengecualian daripada Train The Trainer (TTT) PSMB?

Kursus VTO ni lah yang anda perlu ambil untuk dipersijilkan sebagai pengajar vokasional bertauliah.

Sijil kursus VTO Jan 2020

Banyak pilihan & ada juga promosi (di Kepong, KL shj)

SEPARA MASA

Promosi kursus VTO Jan 2020
1. Hanya untuk pengambilan di I Smart Educare, Kepong sahaja (batch Jan 2020)

2. JB (Mulai 18/1/2020)
3. Miri, Sarawak (Batch Feb 2020)
4. Penang (Tengah kumpul peserta)

SEPENUH MASA
1. Kota Kinabalu (Mulai 3/2/2020) – Isnin-Jumaat