TVETUni (SKM to DKM/Degree/P. Eng/Ts)

Program Artikulasi merupakan laluan pendidikan untuk lulusan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Adakah anda seorang penjawat awam yang memerlukan ijazah sarjana muda (Bachelors Degree) /ijazah sarjana (Masters Degree) berstatus MQA untuk kenaikan pangkat?

ATAUPUN

Pekerja kemahiran sektor swasta yang memerlukan diploma/bachelor yang ekonomi dan mengambil jangka masa lebih pendek (<12 bulan) tetapi masih diterima oleh majikan untuk peluang menyertai kumpulan pengurusan?

ATAUPUN

Pekerja yang ingin sambung pendidikan tetapi terkongkong dengan masa kerana perjalanan ke universiti terlalu jauh dari rumah/tempat kerja ataupun tiada masa hadiri kelas sepenuh masa? (Ada program yang blended, online & bersemuka 2 kali setiap modul/bulan)

Adakah anda sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan ingin ada peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti, tak kira awam ataupun swasta?

Peluang ni dah terbuka untuk kedua-dua kategori di atas, bukan sahaja untuk bidang teknikal (kumpulan pertama lulusan diploma kemahiran lanjut pengajian di MTUN mulai September 2019) tetapi juga untuk sesetengah bidang dalam NOSS.

Jika anda berminat untuk mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dari PB JPK swasta atau Diploma Profesional (tanpa SPM), Bachelor Eksekutif (tanpa SPM), Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) ataupun Ijazah Sarjana (Masters) dari Universiti swasta (IPTS) dalam bidang pengurusan secara amnya, isi borang tunjuk minat ini.

Syarat Kemasukan :
1. Warganegara Malaysia
2. SKM3 (DKM sahaja)
4. DKM/DLKM ATAU
5. SPM/SKM dan Berumur 20 tahun ke atas (Bachelor) atau 30 tahun ke atas (Masters) dan ada pengalaman kerja.
6. Tiada sebarang pendidikan tetapi ada pengalaman kerja dalam bidang kemahiran (yang ada dalam Daftar NOSS)


Bagi program Bachelor Teknologi, sila rujuk terus dengan ahli Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada:

1) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
2) Universti Teknikal Malaysia (UTeM)
3) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
4) Universiti Tun Hussein onn (UTHM)