Category Archives: SKM

Nak tahu cara dapatkan DKM jika sudah ada SKM3?

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam MQF

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Ia berada di Tahap 4, setara dengan Diploma dalam sektor Teknikal & Vokasional@DVM dan sektor Pengajian Tinggi@Diploma MQA.

Diploma Kemahiran Malaysia - Takrif Tahap NOSS

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengarus perdana program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, sekarang lepasan SKM3 bukan sahaja boleh sambung ke Diploma Kemahiran Malaysia tetapi juga Diploma MQA (akademik) di Institusi Pendidkan Tinggi Swasta (IPTS), tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu. Sila baca Pekeliling terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), juga boleh diperolehi melalui tiga (3) kaedah utama.

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga (3) kaedah

3 Cara Permohonan Sijil Kemahiran Malaysia

1. Melalui Latihan di Institusi yang Diiktiraf

Kaedah melalui program latihan di institut latihan kemahiran @ pusat bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) awam ataupun swasta bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu.

#Sekiranya anda tak tahu Pusat Bertauliah Swasta mana yang baik serta menawarkan program DKM yang anda nak sambung

Permohonan Kursus Diploma Kemahiran Malaysia


2. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

Namun, bukan semua program yang tersenarai dalam Daftar NOSS ditawarkan di Pusat-pusat Bertauliah JPK ataupun Pusat SLDN, terutamanya DKM, Tahap 4.

Juga, program DKM yang ditawarkan di Pusat Bertauliah (PB) ataupun SLDN biasanya sepenuh masa dan makan masa yang panjang (rata-ratanya 12 bulan di PB & 3 bulan Latihan Industri). Anda mungkin tidak dapat berhenti kerja dari syarikat anda sekarang untuk belajar, jadi kaedah PPT adalah lebih sesuai.

Diploma Kemahiran Malaysia - Tempoh Latihan

* Sekiranya anda memerlukan khidmat runding untuk mendapatkan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau membeli Pusat Bertauliah yang sedia ada, sila hubungi min di 012-3123430.

3. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Anda mungkin telah kerja sejurus selepas dapat SKM3 dan telah kerja beberapa tahun dalam bidang berkaitan. Ataupun tak pernah pun belajar di pusat latihan kemahiran untuk dapatkan Sijil Kemahiran Malaysia tetapi dah lama berkecimpung di sesuatu bidang kemahiran tertentu.

Kaedah yang paling sesuai untuk mendapatkan DKM anda adalah melalui pengalaman terdahulu (kerja atau latihan). Anda dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK.

Apakah Syarat Permohonan DKM secara PPT?

Diploma Kemahiran Malaysia - Syarat Umum Permohonan Secara PPT
Diploma Kemahiran Malaysia - PPT ikut tahap

Berbanding dengan permohonan SKM-PPT, DKM-PPT melibatkan pembangunan portfolio DAN Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT)

Diploma Kemahiran Malaysia - LPKT

Saya rasa baik saya berhenti di sini kerana artikel ni cuma nak kongsi 3 cara utama anda boleh dapatkan DKM anda. Kalau nak tahu cara permohonan (Panduan dan langkah-langkahnya) SKM/DKM/DLKM secara PPT, boleh rujuk laman Persijilan Kemahiran Malaysia melalui PPT.

Jika masih keliru, tak yakin ataupun takda masa nak fahamkan dengan baca banyak sangat panduan yg diberikan, boleh pertimbangkan untuk ikuti Bengkel Pembangunan Portfolio & LPKT yang kami jalankan untuk bimbing anda dari A-Z.

Jika DKM bukan pilihan anda selepas SKM3, boleh baca sini untuk pilihan yang lain.

Mohon SKM Secara PPT (Pembangunan Portfolio) – Jimat Sehingga 95% Kos & Masa Anda!

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM


Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/VTO

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/VTO bagi tujuan Persijilan Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibahagikan kepada 3 jenis:

a) Program SKM – Pembangunan portfolio sahaja

b) Program DKM/DLKM – Pembangunan portfolio & Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT)

c) Program VTO – Pembangunan portfolio & Written Instructional Material (WIM)

Adakah anda layak mohon SKM/DKM/VTO secara PPT?

Jika anda minat untuk mendapat pengiktirafan kemahiran anda berdasarkan pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu, persijilan secara Pencapaian Pengiktirafan Terdahulu (PPT) adalah kaedah yang paling sesuai. PersijilanKemahiran Malaysia merupakan sistem persijilan bagi bidang kemahiran yang diterajui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

Bengkel Permohonan Portfolio SKM - Konsep PPT

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/VTO
Jimat wang dan masa – sehingga 95%!

Mari kita buat perbandingan kos antara belajar secara sepenuh masa/separa masa di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dengan pentauliahan PPT.

Yuran pembelajaran program SKM setahap di pusat latihan kemahiran awam/swasta (purata) – RM 6,000
Yuran pendaftaran program SKM setahap secara PPT – RM300
Penjimatan: 95% RM anda!

Masa pembelajaran program DKM (purata) – 15 bulan termasuk OJT
Masa pembangunan portfolio & LPKT (purata) – 3 bulan
Penjimatan: 80% masa anda!

Bidang kemahiran apakah yang boleh anda mohon SKM/DKM secara PPT?

Anda boleh mohon apa sahaja bidang (tidak terhad kepada satu sahaja), asalkan anda ada cukup pengalaman kerja serta bukti-bukti ketrampilan yang dapat memenuhi NOSS bidang kemahiran tersebut.
Contohnya, anda mungkin ada pengalaman dan bukti dalam bidang yang berkaitan rapat seperti kecantikan, spa, aromaterapi, make-up & terapi urut. Jadi kalau layak, mohonlah untuk semua bidang.


Berapa tahun pengalaman kerja yang perlu saya ada untuk layak mohon SKM/DKM/VTO secara PPT?

Bagaimanakah Cara Untuk Memohon SKM/DKM/DLKM-PPT?

  1. Pertama sekali, kenalpasti bidang kemahiran/kod NOSS kemahiran yang sesuai dengan pengalaman kerja anda dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari laman ini.

2. Lepas tu, beli NOSS melalui:
a) www.myspike.my (cuma sah setahun sahaja dan tidak sesuai untuk dicetak – alignment semua lari)
b) JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – Cara terbaik jika anda berdekatan ataupun perlu pergi ke sana.
c) Hubungi kami – Cara terbaik jika anda nak cepat ataupun tinggal jauh dari pejabat-pejabat JPK. Namun, tajuk NOSS terhad.

3. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (dah tahu lakukan aktiviti tersebut dan ada BUKTI kukuh).

4. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.myspike.my

5. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri) ATAU
• Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
• Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
• Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM

Mengapa Sertai Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/VTO?

Anda telah baca panduan persijilan kemahiran Malaysia secara PPT dan manual permohonan secara online dan langkah-langkah permohonan tetapi masih keliru atau tidak yakin dan memerlukan bimbingan dari A-Z.

Mungkin keliru dari segi permohonan secara online, tak pasti cara pengumpulan serta jenis bukti ketrampilan yang kukuh untuk pembangunan portfolio yang dapat diterampilkan oleh Pegawai-Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) tanpa banyak masa terbuang, tak tahu cara penulisan Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT) untuk DKM/DLKM atau pembangunan WIM untuk VTO-PPT.

Bengkel Pembangunan Portfolio SKM
Mohon Sini (Klik gambar di atas)

Permohonan SKM-PPT PERCUMA – Tajaan Khas PSMB

Permohonan SKM-PPT PERCUMA? Betul ke?

Sebelum anda lihat apakah syarat serta T&C permohonan SKM-PPT Percuma ini, mari kita lihat apa faedah Persijilan Kemahiran Malaysia

1. Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia

Bagi sektor perkhidmatan kecantikan dan dandanan rambut, sesetengah pihak berkuasa tempatan seperti MPAJ & MPS dikatakan mensyaratkan pengusaha atau pekerjanya perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk memohon lesen premis.

Difahamkan juga sektor air akan mewajibkan sesetengah pekerja dalam bidang tertentu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia.

2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik. Ini dah terbukti dengan kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur dimana seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung

3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Ia telah terbukti bahawa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni memang laku dan jauh lebih bernilai dari sijil-sijil lain, tak kira tempatan ke luar negeri seperti UK.

Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).

Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Jadi, jelas bahawa nilai SKM/DKM/DLKM ini amat besar, cuma ramai yang masih tidak tahu menghargainya.

Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan:

  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 & 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Tetapi permohonan SKM-PPT PERCUMA tajaan khas PSMB ni hanya untuk Tahap 3 & terhad kepada 8 bidang SAHAJA

permohonan SKM-PPT percuma
permohonan SKM-PPT percuma

Sekiranya bidang kemahiran anda tiada dalam senarai ini dan ingin mohon SKM secara PPT (tanggungan sendiri), boleh baca lebih lanjut dari Panduan Permohonan yang boleh dimuat turun dari sini.

Jika dah baca panduan pun masih kabur/tak yakin mohon sendiri, bolehlah belajar melalui bengkel yang kami jalankan (secara online masa PKPB).
Bengkel untuk pembangunan LPKT (Tahap 4 & 5) serta VTO-PPT juga dijalankan. Sila Daftar CEPAT 👇👇👇. Bengkel SKM-PPT mula 12/12/20

Daftar Bengkel SKM-PPT
Jangan Terlepas Peluang